Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

(TAHNIAH) Faye Kusari Dan Azmi Hatta Kini Sah Suami Isteri

Tentu anda tahu, pelakon Faye Kusairi sering berdolak-dalih mengenai perancangan perkahwinannya bersama Azmi Hatta. Bulan lepas, Faye ada memuat naik foto ibu bapanya bersama kad jemputan, tetapi beliau memberitahu itu adalah untuk jemputan sambutan hari jadi anak saudaranya.

Advertisement

Namun, hari ini Faye mengejutkan ramai pihak ketika memuat naik foto undangan perkahwinannya bersama Azmi menerusi akaun Instagramnya. Ia seakan memberi bayangan beliau sudah bernikah. Tidak lama selepas itu Instagram rasmi kelab peminat Faye iaitu Fayekusairiloversklub turut memuat naik gambar perkahwinan pasangan ini.

Menerusi portal Harian Metro, Faye dan Azmi melangsungkan pernikahan di sebuah kawasan kondominium yang terletak di Taman Cempaka Jalan Ampang dan dihadiri oleh ahli keluarga kedua belah pihak. Difahamkan,  Faye menerima mas kahwin berjumlah RM300. Terdahulu pengantin lelaki yang juga bekas suami penyanyi Elly Mazlein tiba sekitar jam 11.25 pagi tadi.

Mereka yang terkejut dengan berita pernikahan ini memberikan pelbagai respon selain membuat pelbagai spekulasi mengenainya.

Ada yang tidak faham, mengapa Faye sanggup menipu pihak media dan peminatnya sebelum ini. Apa salahnya berkongsi berita gembira ini secara umum sebelum ini?

Advertisement

Apa-apa pun, kami harap perkahwinan yang dibina akan kekal sehingga ke jannah. Semoga bahagia selalu.

Sumber Berita : Harian Metro

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top