Bulan Oktober yang lalu, Cristine Suzanne sudah pun selamat bergelar tunangan orang. Menurut perancangan, mereka berdua bakal bergelar suami isteri pada 22 Januari 2014. Kalau sebelum ini memang jarang melihat wajah si jejaka yang berjaya mencuri hatinya, kini Cristine Suzanne dilihat sering berkongsi gambar mereka berdua bersama.
Daripada gambar di atas sahaja kita sudah nampak betapa bahagianya mereka berdua sekarang ini. Nampak gayanya Cristine Suzanne dan tunang kedua-duanya jenis “happy go lucky“. Rasa nak tergelak pun ada juga melihat aksi muka mereka yang gila-gila. Cute sangat!!!
Semoga hubungan mereka berdua dijauhi daripada cabaran dan dugaan sehingga hari pernikahan kelak. Masa bertunang ini darah memang tengah manis. Jangan diikut sangat hati dan perasaan. Yang penting, jangan lupa buat persediaan untuk hari bahagia anda. Lagi beberapa keping gambar Cristine Suzanne dan tunang dengan membaca artikel ini sepenuhnya.