Written by Bella | October 17th, 2016

Minggu lepas, nama penyanyi Zur Eda  tiba-tiba sahaja menjadi bualan ramai apabila ada yang mengkritik wajah beliau kelihatan tua dan menakutkan apabila foto promosi bagi Gegar Vaganza 3 yang belum di “edit” tersebar di Internet.

Netizen mencetuskan pelbagai spekulasi dan turut mempersoalkan kerja jurugambar dan jurusolek yang sangat tidak berkualiti sehingga menjejaskan imej Zur Eda.

Sedar dirinya menerima kecaman teruk, Zur Eda akui pada mulanya beliau merasa amat terkejut melihat foto berkenaan.

Sampai macam itu sekali rupanya gambar saya selepas dirakam. Saya memang terkejut. Realitinya, solekan itu kalau dilihat secara depan-depan tidaklah seteruk seperti yang dalam foto itu. Saya tahu ramai yang bercakap mengenai hal itu. Perkara yang negatif, memang orang suka tengok. Maklumlah zaman sekarang semua teknologi di hujung jari. Semua benda boleh tersebar sekelip mata sahaja dengan internet. Mungkin mereka berasa puas (mengutuk) tanpa fikir dosa dan pahala.

Dosa antara Tuhan, mungkin boleh dimaafkan, tetapi kadang-kadang kita terlupa dosa sesama manusia ini lah yang perlu dipandang serius. Jika orang yang dikutuk dan dihina itu tidak memaafkan, tunggulah di akhirat sana.

Namun, Zur Eda tidak mahu terlalu memikirkan hal berkenaan dan tidak terasa hati atas apa yang berlaku.

Saya fikir positif sahaja. Mungkin dengan apa yang terjadi ini, secara tidak langsung ramai lagi yang semakin mengenali saya dan dapat menaikkan nama sendiri.

Apatah lagi saya sekarang sedang bertanding dalam program realiti. Saya tidak terasa hati mahupun tertekan dengan perkara ini.

Kalau terlalu fikirkan percakapan orang ia kadang-kadang boleh buat kita terlalu tertekan. Biarlah mereka mengata,  apa yang penting kena selalu berfikiran positif.

Sumber Berita : Kosmo!

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

13 responses to Zur Eda Tidak Kecil Hati Dengan Kritikan Netizen

  1. nok gebuzzz says:

    kontroversi utk GV…kalau x org tak tau ko ada……tapi pic yg baju hitam tu mmg menyeramkan…..

    6

    0
  2. minah jambu say no to DRUG says:

    biasa laaa orang2 ni nak tengok muka yg jambu aje pasal dorang nak puji2 biasa la tuuuu kalau nampak gambar orang yg dh berumur macm2 dorang akan cakap tua la seram la eh macm2 lagi lah kan..yg masok GV bukan nye budak yg berumur belasan taon mesti la ada foto2 yg nampak tk cantek n nampak tua bodoh ke pe orang2 ni semua…sabar aje la zur asal kan u dh di calon kan masok dlm GV sudaa kalah menang blakang kire yg penting u enjoyy di pentas Gegaaaaaaar Vaganzaaaaaaaaa..!

    2

    0
  3. hello kutty says:

    salah satu sebab kenapa islam suruh pakai tudung makcik…selain dapat menutup aurat..selamatkan diri dr api neraka.. boleh juga melindungi aib diri sendiri…maaf ckp realitinya mmg mcm hantu mak limah…apa guna edit bg lawa2 pon…sedangkan…sedey nauuuuuu

    hahahah…semoga sedar diri cepat sikit ye makcik…

    11

    2
    • minah jambu say no to DRUG says:

      yg sebok cakap pasal tudung2 ni dh kenape ? kau ke yg kena kritik ? bukan kan ? kau ingat dengan memakai tudung tu boleh masok syurga ? yg tk bertudung tu terus masok neraka gitu eh ??? kau ye yg menentu kan nye ??? cakap jangan nak macm bagos sangat !!

      3

      14
      • hello kutty says:

        sudah sombong…bodoh pulak….ade ke statemnt aku kat situ pakai tudung masuk syurga…aku ckp selamatkan diri dari api neraka…kurang2 kalo pakai tudung, terlepas satu dosa nak menghala neraka…sukati ko lah..pendapat masing2..tepok dada tanya iman!

        12

        1
        • minah jambu say no to DRUG says:

          so suka hati dorang la nak bertudung atau pon tidak ! jangan nak memandai2 jadi hakim cakap orang itu ini paham !

          0

          3
    • Kelmarin says:

      Yg nmpk mcm hantu mak limah tu sbb mekap plus lighting tu kak oi.. sedap nau panggil org makcik. Nak suruh org pakai tudung pon, bahasa kau pon nan hado….

      1

      0
      • kelmarin buruk sekarang lagi burok says:

        kau ni confirm nek kebayan Zur Eda yg comment.. beriya iya sgt nenek kebayan oiii.. kah kah kahhhhhh

        0

        0
  4. Anonymous says:

    dh tua2 kertu ni pakai le tudung..x manis d pandang..kn brtudung tu wajib..ap hek mak cik2 ni rase klau dh tua2 pn masih x bertudung…x ad rase malu ke ngan y muda2 tpi brtudung..dia org ingt le..klau dh tua2 ni x pakai tudung lgi nmpk cantik n muda kot…tpi hakikatnyaaaaaaaaaa dh mcm gambo zur eda y menyermkn d atas tu..

    3

    0
  5. Anonymous says:

    rasanya xde yg menhina dia.. yg netizen pertikaikan adalah makeup & lighting.. apadaaaa

    2

    0
  6. sentap says:

    muka sepesen ngan rohana jalil…dagu pjg terjojol…pipi tegang giler…mgubah kejadian tuhan…pelik semcm…

    3

    0
    • Mizz_Mimi says:

      not throwing any shades atau nak fitnah sapa2. tp kan..mmg lain mcm..bkn dia je tp peserta wanita yang lain pun gitu..terik semcm kulit..over contouring kut ke edit? filter?

      1

      0
  7. STAFF AAE says:

    KAMI RAMAI2 NAK MINTAK MAAF SEBAB KUTUK2 JUGAK

    2

    0