October 13th, 2016

Gegar Vaganza musim ke 3 bakal bermula pada hari Ahad ini, namun ia sudah mencetuskan kritikan netizen apabila gambar promosi 12 peserta program berkenaan dikatakan tidak berkualiti.

Namun, antara gambar yang teruk dikecam netizen adalah Zur Eda. Ramai yang mengatakan solekan wajah Zur Eda tidak kena dan ia membuatkan wajah penyanyi itu cukup pelik dan kelihatan tua.

Malah, beberapa foto peserta lain tampak tidak bersedia selain menunjukkan bentuk tubuh badan mereka berisi dan sebagainya.

Netizen juga mempersoalkan adakah pihak Astro tidak mempunyai bajet yang mencukupi untuk mengupah jurusolek dan jurugambar yang boleh memberikan hasil terbaik.

Berikut antara komen netizen:-

Ini pula foto-foto beberapa lagi peserta yang paling mendapat perhatian:-

Kami juga bersetuju ada peserta yang nampak tidak kena dengan gaya solekan dan “posing” yang diberikan.  Apa pula pendapat anda?

Sumber Berita : Media Hiburan


Comments are closed.

Loading...