Written by AbangNara | November 3rd, 2015

Ramai yang melahirkan rasa terkejut apabila Zul Handy Black disingkirkan pada minggu ketiga Gegar Vaganza 2. Rata-rata kecewa dengan keputusan juri ini kerana persembahan Zul pada minggu pertama dan kedua cukup memukau. Namun tidak dinafikan nyanyian Zul agak mengecewakan pada minggu ketiga. Akan tetapi, rata-rata berpendapat bahawa nyanyian Sheeda lebih teruk jika dibandingkan dengan Zul. Namun pastinya para juri yang diketuai oleh Datuk Ramli MS mempunyai penerangan yang tersendiri.

zul handy black

Menurut Datuk Ramli MS, nyanyian Zul dan Ezlyn tidak menunjukkan peningkatan sekaligus menyebabkan mereka tersingkir. Kata beliau:-

Untuk GV2, terus-terang saya katakan sukar untuk mencari kesalahan setiap peserta. Kami di kerusi juri perlu menilai peserta pada segenap aspek, bukanlah pada nyanyian semata-mata.

Cuma saya ingin tegaskan peserta GV2 adalah penyanyi senior, jadi nyanyian mereka tidak boleh sumbang. Mereka bukan pendatang baru macam pelajar Akademi Fantasia (AF).

Menyanyi salah lirik, kita boleh pejam sebelah mata, tetapi tidak ada maaf jika menyanyi sumbang. Biar menyanyi tak sedap tetapi ‘in tune’.

Tetapi ingat pada peringkat seterusnya para peserta perlu lebih serius ketika membuat persembahan kerana ketika itu kami mencari ‘the best among the bes

Mereka (Zul dan Ezlyn) ketinggalan, peserta lain sudah jauh ke hadapan. Peluang sudah diberikan namun tahap nyanyian mereka sama.

Tiga peserta ini menjiwai lagu dengan baik. Walaupun menyanyikan lagu yang bukan dari genre mereka, mereka ‘deliver’.

Haiza, Azian Mazwan Safuan dan Siti Nordiana adalah peserta ‘underdog’ tetapi lihatlah kualiti yang mereka ada pada hari ini

zul handy black

Jujur Abang Nara katakan diri ini kecewa juga apabila Zul Handy Black tersingkir. Namun siapalah kita untuk mempertikaikan keputusan juri yang mempunyai pengalaman berpuluh-puluh tahun dalam industri nyanyian. Apa pun, Gegar Vaganza kali ini memang lebih hebat, meriah dan menarik. Setiap minggu pasti Abang Nara sekeluarga tak terlepas menontonnya. Sama-sama kita nantikan Ahad ini untuk melihat peserta mana yang akan tersingkir seterusnya. Sumber Astro Gempak.

zul handy black

P.S: Best Buy World Malaysia adalah ‘one stop centre’ untuk anda mendapatkan 100% barangan authentic seperti minyak wangi, beg tangan, pencuci muka, kosmetik dan banyak lagi. Kepopularitian Best Buy World telah dinikmati dan dirasai di Singapura, Malaysia, Hong Kong dan Indonesia. Antara jenama popular yang ada untuk anda ialah SK-II, Estee Lauder, Clinique, Christian Dior, Chanel dan Calvin Klein. Layari Facebook Best Buy World Malaysia, Instagram Best Buy dan juga laman web Best Buy Malaysia untuk melihat dengan mata anda sendiri.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

39 responses to Zul Handy Black & Ezlyn Disingkirkan Kerana Tahap Nyanyian Tiada Peningkatan – Datuk Ramli MS

  1. nok gebuzzz says:

    bajet sheeda out sbb suare x sedap langsung,nyanyi lagu buaya atau hantu sumbang…
    ptt bagi peluang pd zul,haiza mmg power…harap hingga ke final

    0

    0
  2. akubukansedarekau says:

    Sheeda lagi ke laut..phuiihhh

    0

    0
  3. n masir says:

    patut amir uk’s keluar tp kalo keluar nnt org ckp sbb m nasir pula

    0

    0
  4. Cilipadi says:

    Kalau minggu ni Sheeda tak terkeluar jom ramai ramai kita boikot GV.

    0

    0
  5. kiahkiut says:

    ezad is the best ever..cayok ezad!!

    0

    0
  6. melati says:

    Datuk Ramli MS..tu dh Mental sebab kena bahan gan Nabil….tu yg dia kater Zul gan Ezlyn takder peningkatan…semua org ckp Sheeda yg teruk…takut minggu Ramli MS kena bahan gan Nabil lagi dia kater Nabil plak nyanyi tak sedap…hihihihi..kelakor lah ko Datuk Ramli MS.,.

    0

    0
    • Anonymous says:

      Melati bodoh ooo melati bebal, kau punya otak tu tak mampu nak menghargai seni muzik. Bakat kau hanya menulis komen komen bengap daan mengumpul dislike. Bawa-bawa la tutup mulut bangkai kau tu

      0

      0
      • melati says:

        org Anonymous ni yg bodoh seni Muzik ko dh sampai Abto Paano ker….kalau aku ckp ko bodo , dh memang nya ko bodo..mesti keluarga ko nyesal sebab ko bodo kan…hahahaha

        0

        0
        • Anonymous says:

          Tak menyesal pun sebab aku dah pathetic macam kau yang hanya tahu mengomen serupa cibai dalam ruangan ni, anjinggg

          0

          0
  7. ayah anda kulup says:

    zul n amir mgu 3 punya perfomance memang out…x serius..
    nizam x pat tgk sbb siaran ASTRO hilang sbb hujan renyai2..
    farahdiya ok tp mcm pelik jer bawak lagu tu
    nasser wahab..masih belum diuji
    ezlyn..over..terlebih glukos agaknya
    ct nornana,azianmazwansapuan,ezad, acong ok bjaya sahut cabaran
    haiza..suara ok tp ntahla mcm x best je bila dia ubah lagu tu byk sgt..
    sheeda mcm biasa…ke lautan hindi…segeralah angkat kaki

    0

    0
  8. Fizi Bin Hakim says:

    Zul Handy Black ni terlalu nk jadi awie sangat. dari segi nyanyian, gaya bercakap, penampilan. tapi mmg sepatutnya Sheeda tu yg keluar..suara out xda peningkatan lansung, harap anak perempuan je lawa..boleh gak aku cuci mata. hehehe

    0

    0
  9. pening says:

    agree suare ezlynn xsedap la…x merdu….mcm ditekan2…suare zul sedap tp haritu die byk sumbang n bunyik gaye mcm awie sgt…stress tgk…top 5 haiza faradhiya nassier ezad n azian mazwan.kbai.

    0

    0
  10. . says:

    Kalau tak tersingkir bila GV nak habis.sampai bila nak bertanding?Artis lama lain nak masuk gak GV 3.zul nyanyi lagu sendiri pun terberak.

    0

    0
  11. Anonymous says:

    sy nak Nasser wahab lagu heavy metal rock ker lagu ppuan y mcm rossa tuh ker lagu agnas mo bru ADIL

    0

    0
  12. Peminat GV says:

    Mmg xbestkan..lagi satu sabarlah sorang2 nt yg lain pon keluar ngak dulu dgn cpt jer
    Yg last2 nt baru yg terbaik..so hadap jerlah..hiii

    0

    0
  13. Mak Jemah Pemalu says:

    Yang aku peliknye ialah….M.Nasir mcm xtau nak komen ape..okla..standartla..mcm xpercaya M.Nasir yg komen..

    0

    0
    • Enter Your Name says:

      mungkin sbb die dah kene sound mase iklan, lepas die komen amir ukays tu.
      start lepas tu komen die tros slow..macam stakat layankan ajee..

      0

      0
      • zhu says:

        Aku pun pikit mcm tu gak… sbb mule tu dia komen memng pedas…pastu dia mcm slow… yg sheeda nyanyi dia kata ok…aku tk leh trima langsung… sheeda tu tk patut join lah….

        0

        0
    • MK says:

      Betol2…lps dia komen Amir terus dia slow…Nmpak riak muka dia komen tak ikhlas mase sheeda nyanyi…mungkin dah kena warning jgn komen pedas2 kot…kalo mcm tu baik jgn panggil M.Nasir jd juri kalo tak blh nak komen yg terus terang…ni komen nak jaga hati buat ape camtu…

      0

      0
  14. kak yong says:

    sabo ler. x lama lagi sampai ler turn sheeda tu. xdenye dia dapat masuk final. tp kalau pegi gak harus aku #kecamramlims.hehe

    0

    0
  15. Moi says:

    Ter

    0

    0
  16. mawar says:

    korang x yah risau la tentang sheeda tu..sure x gi final…tentang zul tu saya setuju lah ngan Tok Ram sbb x der peningkatan..terlalu ikut stail awie sgt…waktu konsert pertama tu masih boleh terima tapi kalo dh lagu lain still stail mcm tu…hmmm x nak ada klon awie

    0

    0
  17. Moi says:

    Terima je la kenyataan. Memang suara Zul tu out. Tak boleh pegi pun walaupun dah bagi lagu senang. Sama macam Sheeda sumpah out. Nizam Laksamana pun secara jujur bagi aku tak best. Tapi paling aku nak tengok Naseer Wahab bawa lagu rock. Asyik lagu senang je.

    0

    0
  18. anon says:

    sheeda memang nyanyi tak sedap sebab korang nengok dia dah tua ,tapi kalo dgr betul2 dia nyanyi in tune so dia masih ok,irama tu ada.zul sumbang..ezlyn over confident tapi suara sgt lemah,suara tenggelam timbul,dgr muzik lagi kuat! faradiya suara jelas dan kuat..puashati

    0

    0
  19. takpuashati says:

    aku mmg tak puas hati zul keluar..cuba bg lagu rossa tu dekat peserta lelaki yg lain atau semua peserta lelaki cuba nyanyi lagu rossa tu , aku nak jugak tengok mane pergi nye. laut hindi??? come on la astro agak2 la nak bg lagu pun..mcm nak jatuhkan org..byk lagi lagu lain kot..lagu rossa tu tak mencabar langsung + bg aku lagu tu keperempuan sgt, so nak expect ape kalau rocker kena bawa lagu gedik2 mcm tu..please astro bg la lagu yg mencabar vocal dan ade quality..kesian dapat lagu yg tah ape2.padahal byk lg lagu yg bagus untuk cabar dorang bawa muzik lain..lagu amer ukays tu pun alahai je aku rasa

    0

    0
  20. ewah2 says:

    penyanyi yang berkualiti adalah penyanyi ni boleh menyanyi pelbagai genre lagu….
    sahut cabaran…!!

    0

    0
  21. nobitadoremon says:

    Gegar Vidanza lah! Korang niiii. Apa pulak Gegar Vaganza?

    0

    0
  22. go here says:

    It’s amazing for me to have a site, which is valuable designed for my know-how.
    thanks admin

    0

    0