Written by AbangNara | March 1st, 2015

15 Januari lalu, Diana Rafar telah pun memfailkan penceraian terhadap suaminya, Zamarul Hisham. Berita ini ternyata mengejutkan para peminat yang menganggap pasangan ini adalah pasangan bahagia. Tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba rumah tangga mereka berantakan. Terbaru, Zamarul Hisham telah pun mengesahkan yang sebenarnya dirinya dan Diana Rafar telah pun bercerai talak satu pada tarikh yang sama. Mereka bukan lagi suami isteri.

zamarul hisyam dan diana rafar cerai

Ada desas-desus perhubungan mereka retak kerana orang ketiga namun ia telah dinafikan oleh Zamarul Hisham dan Diana Rafar sendiri. Hasil perkahwinan mereka telah dikurniakan seorang anak lelaki bernama Kashfi Haiqal. Sedih juga Abang Nara membaca penjelasan panjang lebar daripada Zamarul. Iyerlah, mana ada insan di dunia ini yang mahu perkahwinan mereka berakhir dengan penceraian. Namun ini semua sudah suratan takdir. Yang penting, Zamarul ada niat untuk menyambung kembali kehidupan sebagai suami isteri bersama Diana. Kata Zamarul:-

Memang tiada apa yang perlu diselindungi lagi. Memang kami sudah sah bercerai Januari lalu. Cuma apa yang berlaku ada hikmah. Terlalu peribadi untuk bercerita setiap inci butiran. Saya tidak mahu mengaibkan orang atau menyalahkan sebelah pihak saja. Apatah lagi memenangkan diri sendiri untuk hal berbangkit. Cukup orang tahu kami bercerai pada tarikh itu. Mungkin masing-masing ada kekhilafan sendiri yang terlepas pandang…perlu diubah.

Saya ibaratkan perceraian ini satu cara bermuhasabah diri. Insya-Allah berkat doa peminat yang sentiasa mendoakan kami ia umpama satu semangat. Komen positif yang diterima, Insya-Allah hubungan kami rasanya masih kuat lagi.

Saya tak melihat rumah tangga kami ini di tahap sudah melalui kegagalan. Ia bagi saya ibarat ujian untuk masing-masing belajar mengenai kesilapan. Saya mengaku ada buat silap. Macam saya cakap tadi, semua ini ada hikmah tersendiri.

Ia barangkali menjadi ruang untuk mengeratkan hubungan saya dengan dia serta anak kami. Barangkali juga untuk menjadikan kehidupan kami sebagai suami isteri lebih indah lagi selepas ini tanpa perlu ada isu yang tidak patut wujud.

Jika jodoh kami kuat dan dipanjangkan semula, Insya-Allah. Ini perkahwinan kedua saya selepas kegagalan perkahwinan pertama. Saya takut sebenarnya melalui fasa bercerai berai ini. Cukuplah yang kedua ini…tak mahu yang ketiga lagi.

Pening kepala saya memikirkan hal sebegini. Tapi benda sudah jadi, ia ujian untuk kita jadi lebih kuat. Usia saya ini lebih sesuai kepada aktiviti mendengar ceramah di surau atau melakukan penghijrahan diri.

Sejujurnya saya agak terkejut apabila berlaku perceraian ini. Insya-Allah selagi saya boleh pertahankan perkahwinan kedua ini semula, saya akan lakukannya. Terlalu ramai peminat kami dan peminat anak kami sendiri termasuk rakan wartawan yang mendoakan yang terbaik.

Apa yang terjadi membuka mata kami bahawasanya terlalu ramai yang menyayangi hubungan kami. Kalau ada berita gembira (merujuk semula) saya akan kongsi, tapi bukan sekarang. Diana pun selesa dengan situasi sekarang untuk bermuhasabah diri. Doakan kami.

Ditanya tentang kewujudan orang ketiga dalam perkahwinan mereka, Zamarul dengan panjang lebarnya menjelaskan:-

Sebenarnya wujud orang ketiga ini secara kebetulan. Bagi saya hal ini mudah. Saya sendiri suka berkawan dan memberi kebebasan kepada isteri juga dalam hal berkawan. Berkawan ini membuka penting untuk mewujudkan rangkaian perniagaan dan kerjaya seninya.

Cuma dalam erti kata berkawan. Ada kalanya kita tersalah percaturan bertemu kawan yang salah dan sebaliknya. Batas tetap ada batasannya. Jangan sampai melanggar batasan yang ditetapkan itu. Saya sejujurnya mengaku tak pernah berjumpa dia apatah lagi berurusan dengannya. Malahan saya tak pernah pun menghadiri majlis hari lahir anaknya. Iyalah masing-masing buat kesilapan cuma saya tak mahu menimbulkan spekulasi dan mengaibkan sesiapa.

Kita boleh jumpa bercakap secara lelaki dengan lelaki. Saya boleh jadi abang kepadanya dan mendengar versi cerita daripadanya. Saya kesal walaupun mempertahankannya dengan kenyataan menipu pembaca itu, dia masih tak muncul untuk bersemuka.

Saya sudah memujuk hingga menjatuhkan diri saya sebagai Zamarul Hisham. Benda sudah berlalu. Jika dia rasa haru memperbetulkan apa yang perlu, jumpa saya dengan baik. Jika dia rasa berdiam diri itu lebih baik, terpulang kepadanya

zamarul
Apa pun, Zamarul mengakui yang dirinya masih mencintai Diana Rafar. Malah berharap untuk kembali semula. Romantis juga kata-kata Zamarul ini. Semoga cinta mereka kembali bertaut. Kata Zamarul:-

Jika sayang itu sekadar percakapan semata-mata, mahu saya tulis pula perkataan sayang itu di merata tempat. Dia pun tahu saya terlalu sayangkan dia. Sebab itu, dia tahu saya masih berada di sini. Doakan kebahagiaan kami dan kesihatan. Rindu itu masih ada. Sayang memanglah masih sayang

Salam takziah buat Zamarul dan Diana atas penceraian ini. Semoga ada sinar untuk kembali bertaut. Sama-sama kita doakan. Sumber Berita Harian.

12 responses to Zamarul Hisham & Diana Rafar Sah Bercerai Talak Satu 15 Januari Lalu

  1. anon says:

    Sdih membaca coretan zamarul. Yelah pasangan yg baik tak mau perceraian. Kdg2 kita sebagai manusia ni mudah lalai. Dah dpt pasangan yg baik, kita tak sedar. Ape2 pun di harap mereka rujuk kembali…

    0

    0
  2. cik piNgu says:

    semoga diorang kembali bersama… Amin.

    0

    0
  3. Reen says:

    Wow kata2 zamarul very gentleman and kedengaran tulus dari hati seorang suami. I pray that their love is still strong and semoga Allah mudahkan hubungan mereka. Ambillah masa utk muhasabah. Marriage is about two people. When there are the third one, it becomes too crowded.

    0

    0
  4. Isteri says:

    Byk sgt yg bercerai sebab wujud org ke-3. Simple je sbnarnya, jgn la mulakan. yela mula2 kawan la. pastu de prob, ngadu lak masalh rumahtangga kt org ke-3, membuka aib pasangan lg. Org ke-3 konon2 jd penasihat. Ke hulu-hilir ngn yg bkn muhrim, sdgkn da berumahtangga. 2 semua kan m’galakkn mksiat, boleh mengundang fitnah. Jagalah maruah diri dan pasangan masing2. (Peringatan utk diri sendiri jgk)

    0

    0
    • isteri juga says:

      sangat setuju.Tpi sa percaya org ke-3 best untuk menasihat ja. simpati dan cinta tidak sama. Lumrah asam garam dlm perkahwinan jgn la sampai bercerai. Ingat janji kita dgn pasangan kita masa bercinta. Mmg klu dah ada anak situation akan berubah tpi bertahanlah. anak2 jga yg kita cari masa kita dah tua atau dah xlaku. (Peringatan untuk diri sendiri juga)

      0

      0
  5. minah jambu sayang nenek says:

    kalau dh cerai tu sudaaaaaaaaaaa tk payah nk rujok2 ke peeee… Diana pon dh tkde hati lagi ngan bekas laki dia si zamarulll sooooo bila dh cerai buat la hal masing2 tk payah nk pujok2 rujok2 ok…untok zamarul ape2 pon peranan yg pengarah kasi rembat aje janji ada kejaaa..lov u zamarulllllllll..

    0

    0
    • sudah sudah lah says:

      salah ke kalau doa yg baik2 je utk mereka berdua ni..?raseny x slhkan..?malah dpt pahala free lg doakan kebahagiaan n kesejahteraan org lain

      0

      0
  6. kul says:

    xpaham … byk sgt berbahasa basi … klau syg naper cerai …??

    0

    0
  7. Jadoo says:

    so ceritanya diana la yang ada skandal ni??

    0

    0
    • minah jambu sayang nenek says:

      diana la yg ada skandal ngan si oja tu gak nyeee babtu dia tk boleh tengok lagi si zamarul tu punye mukaaaaa pasal si oja tun hensem tingiiii babtu diana suka ngan diaaaa…..kalau tk caya tengok la nanti ngan sape si diana kawin buat kali yg kedua nye…kalau minah jambu salah teka sori ehhh..

      0

      0
  8. ayu says:

    so diana la yg flirt gitew ke..

    0

    0