Written by Bella | April 6th, 2017

Tentu ada yang masih ingat khabar angin baru-baru ini yang mengatakan penyanyi Yuna sudah bertunang dengan adik kepada Ashraf dan Aishah Sinclair iaitu Adam Sinclair gara-gara dilihat berpakaian sedondon. Walaubagaimanapun, Yuna menafikan gosip tersebut.

Terbaru, menerusi portal Utusan Online, mereka melaporkan Yuna bakal menamatkan zaman bujangnya bersama Adam pada 1 Ogos 2018. Mereka berdua bakal mengikat tali pertunangan sekitar bulan  Oktober depan.

Namun, sehingga kini Yuna ataupun pihak pengurusannya masih belum memberikan sebarang respon berhubung berita perkahwinan ini.

Sebelum ini Yuna dalam satu kenyataan mengakui sedang mengenali hati budi Adam dan beliau juga pernah memuat naik status di Instagram dengan kata-kata romantis ditujukan buat lelaki tersebut. Ramai mempercayai pasangan ini sedang hangat bercinta.

Jika berita ini benar, kami harap Yuna dan Adam akan berbahagia bersama dan semoga perancangan mereka untuk ke jinjang pelamin berjalan lancar. Lagipun mereka berdua sudah lima tahun berkawan.

Sumber Berita : Utusan Online

16 responses to Yuna Dan Adam Sinclair Bakal Berkahwin Pada 1 Ogos 2018?

  1. Pekerja Gomen says:

    Ogos 2018?????????
    Itu bersamaan 1 tahun 9 bulan dari sekarang…
    lebih kurang 635 hari lagi…
    Dalam seminit pun banyak benda boleh jadi..
    Ko rasa???
    Klu 2017 takpe gak nak excited

    30

    0
  2. bukanpeminatyuna says:

    Kahwin lah Yuna oii

    0

    0
  3. MISSING IN ACTION says:

    Handsomenya adam dalam gambar yang dalam kete tu.. jauh lagi better dari berjambang lebat..

    5

    0
  4. tuala lilit kepala says:

    ko ni typo ke apa bella…2018 kut lama lagi. dah x sabo sgt ke?

    2

    2
    • Anonymous says:

      betullah tu. kan ditulis situ bertunang oktober dpn..mksdnya tahun ni. jd logiklah nikah ogos 2018. takkan nikah ogos 2017 pastu tunang oktober 2017. apa kes…..

      11

      0
      • noname says:

        Mcm dlm rotikaya punya artikel. hahaha. =D Dlm BN ni ade jgak sebut Ogos 2018. Dlm RK tulis “bertunang terlebih dahulu sekitar Oktober ini sebelum bernikah pada awal Ogos depan”… x sebut “tahun” pon… x ke kelakor. hehe

        0

        0
    • Bella says:

      rujuk utusan..2018

      0

      0
  5. Jjay says:

    Adoyaii ..lama lgi..
    itu pun kalau jadi lah..
    kita hanya mampu merancang ..
    ermm..

    3

    0
  6. amik says:

    Dia ni klu jambang tu x yah la tebal2 sgt..tlebih tebal..geli plak aku tgk..lucu pun ada jugak..muka handsome pun jd kurang handsome..bagus la si yuna ni kawen..at least ada jaga dia kat sne..

    5

    0
  7. Kuih donat says:

    Huiyoo kak yuna kemain rapat. Pegang2 lagi.

    1

    0
  8. JIMBO says:

    Bangang la. Benda lambat lagi. Kalo dah tunang tu senyap2 dah la. Lagi sebulan nak kawin, kad dah siap baru ko sembang.

    0

    0
  9. menyampahko yuna says:

    Kata muslimah….

    bergambar pun peluk2 lelaki… masa nyanyi ngan Usher tu hari,…. bila peluk semua kecoh.. siap buat parodi lagi.. ni peluk sesama islam bukan muhrim x per lak… di halalkan yek??

    entah apa2 la artis ni

    0

    0

Leave a Comment

Optional