Written by Bella | February 29th, 2016

Sebelum ini, bekas suami Yatt Hamzah iaitu Abdul Mutalib memberitahu beliau akan mendapat hak penjagaan penuh terhadap anak mereka Suci Hanania Malika selepas Yatt sah bernikah dengan Muhammad Zulfadli.

Apabila pihak media bertanya mengenai perkara berkenaan, Yatt nampaknya enggan memberikan sebarang komen mengenai kenyataan yang dibuat oleh Abdul Mutalib.

Walaubagaimanapun, Yatt ada memberitahu bahawa tiada sebarang perjanjian yang dibuat bersama bekas suaminya itu dan beliau sama sekali tidak akan berpisah dengan anaknya.

Tidak bijak rasanya kalau saya mengulas mengenai perkara itu kerana ia seperti menyimbah minyak dan membesarkan lagi api yang sudah pun marak.

Individu yang bersuara atau telah bersuara dan mahu bersuara itu adalah hak mereka dan terpulanglah.

Apa yang boleh saya katakan tiada sebarang persetujuan dan saya tidak akan sesekali berpisah dengan anak dan kami akan bersama selama-lamanya.

Berbicara mengenai gosip yang melanda beliau dan suami sebelum mereka berkahwin pada hari Sabtu lepas, Yatt kagum dengan sikap Zulfadli yang tenang dan matang dalam menangani segala gosip serta ingin fokus kepada perkahwinan mereka sahaja.

Alhamdulillah dia sangat tenang dan profesional apabila keluar dakwaan tersebut sebaliknya saya yang panik tetapi sebagai seorang selebriti saya sudah terbiasa.

Sifat matang dan sabar yang ada pada dirinya itulah membuatkan saya jatuh hati kepadanya dan dugaan melanda kami sebelum berkahwin adalah ujian Allah kerana Dia sayangkan kami.

Pasangan Yatt Hamzah dan Zulfadli merancang untuk berbulan madu di Krabi, Thailand selama seminggu sebelum kembali sibuk dengan kerjaya masing-masing.

Sumber Berita : mStar Online

14 responses to Yatt Hamzah Nafi Buat Perjanjian Serahkan Hak Penjagaan Anak Kepada Bekas Suami

  1. Pandan Kaya says:

    Tak habis2 lagi ke, dah la yatt jgn ckp apa2 dah, nyampah dah

    0

    0
  2. kaki tabur says:

    memang best la anak serah kat ex hubby…baru feel sikit..tak de gangguan…

    0

    0
  3. cik piNgu says:

    Yatt kagum dengan sikap Zulfadli yang tenang dan matang dalam menangani segala gosip serta ingin fokus kepada perkahwinan mereka sahaja.

    ok yatt, teruskanlah kekagumanmu, yelah skg ko kagum la sb dpt brg fresh brg baru.

    0

    0
  4. sekadar mengkondem says:

    pompuan lau putus cinta pun ambik mase nk move on..ni kan plk cerai…hbs edah terus kahwin baru…sesuatu sgt…

    0

    0
  5. Anonymous says:

    u guys nampak “masok” sgt.. it shows that korg da laaaammmaaaaaa “kenal”.. how sad

    0

    0
  6. jid says:

    kan dah kata dia ni takkan bagi anak kat ex-suami dia, mayb dia ckp nk bagi hak penjagaan penuh pd exhusband sbb nk cepat cerai, so boleh kawin baru cepat sikit. mmg no good la this woman. dahle sambil ajak usrah, boleh ngorat plak bidak muda 10 thn, mmg dasar sgt

    0

    0
  7. Anonymous says:

    aku tengok laki ni xda laa matang sangat mcm si yatt cakap.. mcm bdak2 ada laa, org yg matang xda la nk posing mcm tu, mmg childish gila aku tgok..

    0

    0
  8. Ckp tak sama dgn buat says:

    Tengok gambar slps kahwin pyn dah boleh agak mcm mana hubungan yatt n suami baru ni. Tak da segan silu langsung cara pegang2 mcm dah biasa. Muslimah ke hapa mcm ni ???

    0

    0
  9. . says:

    cuci mangkuk simangkuk.apa lah si laki nie.otak takde.org punya pun kau layan.

    0

    0
  10. nyampah kat hipokrit says:

    Yatt kagum dengan sikap Zulfadli yang tenang dan matang dalam menangani segala gosip serta ingin fokus kepada perkahwinan mereka sahaja.

    hahaha.. itu bukan matang, dia tak tau nak komen atau buat apa.. so dia diam je la. Ko tunggu la lepas kawin nanti, pas habis bab seronok seronok nanti.

    0

    0
  11. Aku says:

    Apa punya komenlah siYatt ni. `Dia sangat tenang dan profesional sebaliknya saya yang panik tetapi sebagai selebriti saya sudah terbiasa’. Kata dah biasa tapi panik pulak.

    0

    0
  12. Cik Chombi says:

    Ikut hukum penjagaan anak dalam Islam, hak hadhanah anak perempuan memang pun akan dpt kepada bapak kandung kalau emak kandung kawen lain. Untuk menjaga kemaslahatan anak perempuan tersebut. Tambahan suami kepada ibunya bukan mahram kepada anak perempuan tersebut.

    0

    0