Bekas Suami Bakal Dapat Hak Penjagaan Anak Secara Penuh Selepas Yatt Berkahwin

Hiburan

Bekas Suami Bakal Dapat Hak Penjagaan Anak Secara Penuh Selepas Yatt Berkahwin

Bertahun mendirikan rumah tangga kemudiannya berpisah dan mengetahui pula bahawa bekas isteri bakal berkahwin tidak lama lagi, pasti ia sedikit akan membuatkan perasaan seseorang lelaki itu sedih.

Advertisement

Namun,buat bekas suami Yatt Hamzah iaitu Abdul Mutalib Shukor beliau sama sekali tidak merasa sedih dan mendoakan agar bekas isterinya itu bahagia dengn bakal suaminya nanti. Malah, beliau juga merasa gembira kerana bakal mendapat hak penjagaan penuh terhadap anak mereka Suci Hanania Malika selepas Yatt berkahwin nanti.

Ya Allah, benar. Sedikit pun saya tidak rasa sedih dengan berita ini. Kalau Yatt temui pengganti, saya pula akan mendapat hak penjagaan penuh terhadap Nia. Itu janji kami dulu sewaktu bercerai. Sebelum ini, selagi Yatt tidak bernikah lain, Nia akan bersama saya setiap minggu pertama dan ketiga sahaja. Sebaik sahaja Yatt sah ada suami lain, saya akan menjadi penjaga sepenuhnya terhadap Nia.

Sebenarnya sewaktu bercerai dulu, kami ada buat perjanjian kerana ketika itu saya tidak tuntut apa-apa, biarpun perniagaan Suci By Yatt Hamzah adalah perniagaan bersama. Antara syaratnya ialah hak penjagaan anak akan menjadi milik saya sebaik sahaja Yatt berkahwin lain. Saya harap syarat itu akan dipatuhi.

Ditanya jika Talib sudah bertemu dengan pengganti, beliau bagaimanapun buat masa ini ingin memberikan fokus sepenuhnya kepada anak perempuan beliau dan hanya akan memikirkan soal kahwin jika wanita itu dapat menerima anaknya denganbaik.

Buat masa sekarang, saya belum terfikir untuk cari orang baharu kerana nak cari pengganti dalam keadaan saya ini bukan mudah. Saya kena fikir masak-masak sebab wanita yang bakal menjadi isteri saya perlu terima anak saya juga. Kalau ada wanita yang sanggup terima saya dan anak, mungkin saya akan fikirkan.

Kalau sudah mempunyai perjanjian sebegitu, harapnya Yatt Hamzah selepas ini dapat menunaikannya. Semoga berbahagia dengan perkahwinan baharu  dan berkekalan sehingga ke akhirnya.

Sumber Berita: Utusan Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...