Written by AbangNara | September 12th, 2014

Cantik. Semua wanita mahu kelihatan cantik. Ada yang sanggup menjalani pembedahan untuk memancungkan hidung, meruncingkan dagu dan macam-macam lagilah. Namun ada yang belajar teknik solekan, berdiet dan mengamalkan pemakanan sihat untuk kelihatan lebih jelita berbanding dahulu. Yana Samsudin yang kini kelihatan semakin jelita menjadi mangsa desas-desus dirinya membuat pembedahan kerana perbezaan wajahnya yang agak ketara jika dibandingkan pada awal kemunculannya dan masa kini.

yana samsudin bedah muka

Yana Samsudin 2014

Walaupun telah membuat penafian sebelum ini, desas-desus tersebut tidak mati sebaliknya makin bertiup kencang. Pada awal Januari lalu, Yana dikatakan melakukan pembedahan plastik dengan mengubah wajahnya menjadi lebih tirus selain telah pembedahan memancungkan hidung. Namun Yana memaklumkan yang penggunaan pendakap gigi telah menyebabkan perubahan berlaku pada wajahnya. Yana sendiri mengakui yang wajahnya ada perubahan namun pelakon ini menegaskan tidak pernah melakukan sebarang pembedahan. Kata Yana:-

Saya tak kecil hati pun bila orang kata saya buat (pembedahan) muka. Nak buat macam mana, saya sudah jelaskan segala-galanya tetapi mereka tetap persoalkan wajah saya yang kononnya berubah.

Tetapi saya mengakui, dari kecil sampai ke besar, muka saya berubah sedikit dari semasa ke samasa. Tetapi tidaklah ketara sangat. Bukan saya sahaja, adik saya pun begitu.

Berdasarkan pemerhatian saya, individu yang menjalani pembedahan plastik atau suntikan botoks tidaklah menunjukkan perubahan wajah yang ketara.

Dan saya pelik kenapa sesetangah wanita begitu obses mahu berbuat demikian. Sedangkan mereka tahu dengan risiko yang bakal dihadapi pada masa akan datang nanti.

Rawatan kuntur wajah adalah antara aplikasi kecantikan yang saya suka kerana membentuk wajah kita agar kelihatan lebih kemas

 

yana samsudin bedah muka

Yana Samsudin 2011

Hmmmm. Pada pengetahuan Abang Nara, tak semestinya perubahan wajah berlaku kerana pembedahan. Banyak lagi punca ia boleh berlaku. Badan semakin kurus, buat ‘facial’ muka dan macam-macam lagi teknik tradisional. Apa pun, Yana nampak makin cantik sekarang ini. Apa kata anda? Sumber Mstar Online.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

39 responses to Yana Samsudin Tegaskan Tak Pernah Jalani Pembedahan Muka

  1. bakal suami yana SAMSUDIN says:

    YES FIRST…….

    0

    0
  2. okay says:

    dulu aku minat ko…sekrang x lagi sbb ko hipokrit..ko ingt org Malaysia ni bodo n buta ke x bleh beza muka ko dulu n skrg? x pyh bg alas an bodo..kalo ko ngaku lg bagus..aku lg suka..sekurang2nya ko x hipokrit

    0

    0
    • SF says:

      aikkk bukan dulu die sendiri yg mengaku ke buat surgery? sorry eh cakap, gambar first tu mmg nampak lain dari yana yg aku kenal dulu. muka nampak tegang. emm still prefer yana yg dulu. cute je…

      0

      0
    • astaga says:

      ce tnye rohana jalil muke xbotox, xwat pe pe cume air sembahyang je!!!ade ke patot?????

      0

      0
  3. kukisah says:

    Org lain pun human braces gak Cik Yana oii…yg berubahnye gigi jek..xtawu plak sampai bole mancungkan idung..klo da buat ngaku jela.. pesalahnye kan.

    0

    0
  4. pink guava says:

    takkan kau nak ngaku berak tgh jalan..ye dak? alahaii..

    –> bakal suami yana SAMSUDIN..beriya2 kau suka dpt first kat atas tu, dah kenapa?..ko terencat?

    0

    0
    • MINA says:

      LEPAS NIE WARTAWAN JGN TANYE ADE BUAT PEMBEDAHAN KE?
      CUBA TANYE, ADE CUCUK APE2 UTK MANCUNGKAN HIDUNG?
      SERIOUSLY.. SY YG PERNAH 1 SEKOLAH MENENGAH DULU DAN DUDUK 1 YONG PENG DGN DIA, NAMPAK SANGAT KETARA BHGN HIDUNG DIA.
      SEDARE DIA SENDIRI BTANYE PD ORG, YANA HIDUNGNYE LAIN SGT SKRG…OPERATE KE??
      MGKIN SEDARE DIA TU SDIRI TAK BERANI NAK TANYE YANA SENDIRI…
      MGKIN SEDARE

      0

      0
  5. Wawa says:

    jeles la tuu org makin lama makin lawa
    wellll matured

    0

    0
  6. mastura says:

    aku rasa kak yana ni tak buat pembedahan pon.aku rasalah..rasalah okeyyy….dia pakai nose up yg tgh peymes jual sekarang kot..tapi comel apa

    0

    0
  7. mastura says:

    aku rasa yana ni pakai nose up yg tgh peymes orang jual tu..aku rasalah.xfitnah okeyy.btw, yana comel apa.

    0

    0
  8. oshin says:

    memanglah x mengaku buat pembedahan coz mmg dia x buat pun. tapi dia cucuk hidung tu dgn kolagen bagi mancung, cucuk dagu bagi runcing..

    0

    0
  9. Anon says:

    Mungkin betul.. Sbb skrg nak ubah muka tak perlu buat pembedahan pun boleh.. Botox, filler, thread lift.. Rata2 artis buat non invasive surgery.. Tu ah kalau artis cantik x payah percaya dorg guna produk mcm2.. Pergi jumpa dktr je byk treatment asal ada duit.. Satu lg kalau guna filler tu bukan setakat hidung mancung, kulit pun glow naturally..

    0

    0
  10. gadis90 says:

    dah dia kata dia tak wat pembedahan, dah la. wat pe nak menyibuk. suka hati dia la

    0

    0
  11. Cikgu Best says:

    Cikgu rasa memang Yana ni tak menipu. Dia bercakap benar apa…sebab dia bukannya buat surgery.
    Sekarang ada macam2 cara nak mancungkan hidung, especially cucuk filler. 15 minit dah siap. Tak payah nak sugery bagai. Waktu lunch break pun boleh buat.

    Tak caya gi follow @idealystclinic kat ig.

    0

    0
  12. cik jah says:

    ehh,… ari tu dia ngaku masukkan filler kat hidung.. da tarik balik ke statement dia tu

    0

    0
  13. aku says:

    “Berdasarkan pemerhatian saya, individu yang menjalani pembedahan plastik atau suntikan botoks tidaklah menunjukkan perubahan wajah yang ketara”
    sbb tu la org kata ko buat plastic surgery sbb perubahan ko sgt la KETARA yana oiiii!

    0

    0
  14. Anonymous says:

    jawab la dgn Tuhan nnti….

    0

    0
  15. arteeeess says:

    Arteesss kennnzzz…mna nk ngaku.kita ni yg slalu tgk dia mmg tau la..xnak ketahuan buat muka xpyh blakon sgt kennzz..haha

    0

    0
  16. bujat says:

    terus terang je la ko buat hidung kat bangkok.. sama je ngan si hanez tue.. puiii…

    0

    0
  17. sham says:

    ketara sgt tang hidung tu haa…aku pakai braces pun muka takde berubah…tak payah la nk sorok sgt. mengaku aje kan senang.

    0

    0
  18. vee says:

    nampak sangat berubah muka. bukan nak buruk sangka, tapi nampak lain benar!

    0

    0
  19. saya tak bodoh says:

    maaf cakap org bodoh jer percaya muka ko berubah sbb dah tua.. yana yg saya kenal mmg dah sedia cute…
    sampai hati bodohkan org terang2…

    siapa ada pic adik beradik dia ! apa betul ke muka derang berubah 100% dr masa semasa

    0

    0
  20. sukahatiakulah says:

    Xbaik la fitnah org. Lntak la dia. Kan dia dh ckp dia xwat surgery. Sapa kita nak mghukum tanpa bukti. korang sggp ke tanggung dosa fitnah????

    0

    0
  21. Sabri Ali @ Nick says:

    Akak Yana memang comel sentiasa.. <3 <3

    0

    0
  22. ahem says:

    Apasal aku rasa sebelum ni yana lagi cun? Muka dia skrg dah la panjang. Macam bapok.

    0

    0
  23. Hello Kitty says:

    Yana tidaklah cantik, terlalu bergantung kepada teknologi make-up untuk menampilkan diri. Tapi lakonan beliau hebat.

    0

    0
  24. joji says:

    ada ke makeup yg boleh tggi kan hidung smpai dahi tu… hahahhahahahha kelakar sgt statement minah yana niiii…uwekkkkkk!

    0

    0
  25. pening says:

    xpernah la org bukak braces hidung jadi mancung…sorry la nk tipu pon…by the way yana ni selalu dpt watak cute2 dulu sbb muke die yg cute…bile dh mcm ni dh xmasuk category cute so nk dpt watak heroin x brape nak boleh sbb byk lg heroin lawa2….kn rugi…sape suruh ubah muke…ish3…

    0

    0
  26. acne says:

    Hello wojld you mind letting me know which webhost you’re workibg with?
    I’ve loaded your blog inn 3 completely different intedrnet browsers and I must saay this blog loads a lot quicker then most.
    Caan you recommend a good internet hosting provider at a fair price?
    Many thanks, I appreciate it!

    0

    0