Written by AbangNara | July 14th, 2015

Susah jugak jadi orang hensem ini. Nasib baiklah Abang Nara tak berapa hensem jadi tak dapatlah merasai apa yang dialami oleh Shukri Yahya ini. Hero drama Dia Isteri Luar Biasa ini sudah pun bertunang dengan Tya Adnan. Kedua-duanya sama cantik dan sama padan. Yang sempoinya Shukri tidak pernah menyorokkan status dirinya yang sudah bertunang. Namun bak kata orang, masa bertunang ini darah memang manis. Shukri Yahya juga tidak terlepas daripada menjadi godaan wanita-wanita di luar sana.

tya adnan shukri yahya

Ini semua adalah ujian untuk menguji kesetiaan Shukri Yahya terhadap bakal isterinya, Tya Adnan. Kalau dugaan sekecil ini tidak dapat dirempuh, macam mana nak harungi dugaan lepas berkahwin nanti. Namun Abang Nara percaya akan orang seperti Shukri ini. Pasti hati Shukri kental dan keras. Dingorat Jennifer Lopez pun tak akan beranjak cintanya. Kata Shukri:-

Saya tidak menyembunyikan status saya sebagai tunangan orang dan itu secara jelas memberikan isyarat saya sudah dimiliki. Godaan dari wanita itu, saya tidak tahu sama ada niat mereka hanya sekadar berkawan atau sebaliknya. Tapi saya selalu fikir positif dan anggap kalau ada wanita nak dekat pun, mereka hanya sekadar menambah kenalan. Saya sendiri mahu terus fokus kerja dan tak mahu fikir perkara remeh temeh sebegini.

Memang belum ke arah itu lagi (berkahwin). Ada rezeki dan jodoh, insya-Allah kami akan kahwin. Saya nak kerja kuat dulu, kumpul harta banyak-banyak. Saya lihat ramai pelakon lelaki di negara kita yang sudah berkahwin tetapi masih kekal diminati. Lihat saja Rosyam Nor, Aaron Aziz, Adi Putra, Izzue Islam contohnya.

Saya percaya pada akhirnya bukan soal status yang menjadi ukuran atau ancaman turun naik fasa kerjaya sebaliknya saya optimis bakat juga yang menjadi pertaruhan. “Saya berharap janganlah nilai saya daripada status. Kalau lakonan kita bermutu dan memberi komitmen terbaik, kelompok yang meminati kita itu akan sentiasa ada. Insya-Allah.

shukri tya

Diharap nanti apabila tiba hari perkahwinan, Shukri Yahya dan Tya Adnan juga tidak akan menyorokkan berita gembira tersebut. Pasangan ini memang sangat ‘sweet’ dan sedap mata memandang. Jangan terpengaruh dengan godaan wanita-wanita lain. Dah cukup cantik dah tunang anda. Bersyukurlah dengan apa yang ada. Tak gitu? Sumber Berita Harian.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

17 responses to Walaupun Tak Sorok Status Sudah Bertunang, Shukri Yahya Masih Digoda Wanita Lain

  1. aku says:

    kurr…kurrr…kurrr

    0

    0
    • Anti laki2 handsome tp pemalas says:

      Alaaaa … aper nak heran … pompuan lain gode dia ni … kan muda lg gagah perkasa dgn rupa adolerr skitttt …. Laki akak Sharipah Sohara …. raja mukhlis tu ponnnn ada pompuan nak goda sampai rumahtngga akak sohara tunggang langgang ….. huhuhuhuhu
      Muka pecah tembok .. Perut mcm belon nak pecah pun x pe. Janji poket penuh .. berlambak ler pompuan nak kejor yop kejor. Malam2 Tutup jer Lampu … Aper susah. Kena plak lps GST ni smua brg mahal … bior mate saket, jgn perot saket kena gastrik. Muke hansome tp pemalas pon x guna gak …perabih kan boreh je

      0

      0
  2. missss says:

    Ingatkn rita td…haha

    0

    0
  3. Anonymous says:

    sesetgh ppuan laki org pun di godanya smpai cerai berai.. ni plak baru bertng..

    0

    0
  4. Anonymous says:

    tunang dia mcm muka rita rudaini

    0

    0
  5. Dada Shukri luar biasa says:

    Mana taknya … Shukri ni sangat hensem … merembesss

    0

    0
  6. Anonymous says:

    hensem kee….

    0

    0
    • Dada Shukri luar biasa says:

      Kira hensemlah … kalau dapat aku nak … samalah standard dgn Syarul Ridzwan, Ungku Ismail dgn Fatah Amin … semua lelaki Melayu terakhir … merembesss

      0

      0
  7. Anonymous says:

    Lelaki takde yang goda Shukri ke?

    0

    0
  8. melati says:

    Tak kisah saper mereka ni, tapi sian kat Zizan Kangkang…yg komen 10 org jer….aper lah nasib Zizan macam binatang peliharaan plak aku tgk Zizan tu…hihi

    0

    0
  9. norajew says:

    nape aku rasa tunang dia mcm over…rasa jew

    0

    0
  10. Anonymous says:

    muka tunang shukri ada iras muka rita jer aku tngok…huhuhu

    0

    0
  11. tecit says:

    hmm. kalau dah tunang tapi bagi statement “..memang belum ke arah itu (kahwin) lagi..”

    Kau paham x konsep tunang tu ape? Org dulu tunang sebab nk kenal2. Pastu kawen kalau ade jodoh. Masalah ko dah lame kenal. Orang skang tujuan tunang tu utk kawen terus. Ko nye statement belum ke arah itu?? Habis ape tujuan ko tunang? Ikot trend? Ikot kawan2? Xde niat nak kawen?

    I so hate these kind of men! Pempuan, ko tinggal je jantan ni. Die bukan siyes pon nak kawen ngan ko. Pastu cam poyo ann nak cakap ramai orang goda die. Nampak nau die pon suke test market!

    0

    0