Tangguh Kahwin Sebab Tunggu Duit Kemenangan, Bukan Kerana Lupa Diri – Syaiful Zero

Hiburan

Tangguh Kahwin Sebab Tunggu Duit Kemenangan, Bukan Kerana Lupa Diri – Syaiful Zero

Apabila Syaiful daripada kumpulan Zero mengumumkan penangguhan perkahwinannya, ramai para peminat mula tertanya-tanya sama ada pelawak itu sudah mula lupa diri. Iyerlah, bila dah femes, bila dah popular, memang banyak artis yang hanyut dan lupa daratan. Lebih-lebih kalau dapat wang dengan jumlah yang besar. Banyak peminat yang kecewa dengan penangguhan perkahwinan ini. Malah tak kurang yang menganggap Syaiful sengaja menggunakan cerita perkahwinannya untuk menagih simpati.

syaiful zero

Advertisement

Lagi menyedihkan apabila ada desas-desus pertunangan Syaiful telah terputus di tengah jalan. Tidak mahu peminat terus diselebungi misteri, Syaiful Zero tampil menjelaskan keadaan sebenar. Sebenarnya perkahwinan tersebut ditangguhkan untuk menunggu duit kemenangan MLM2014. Iyerlah, bukannya malam tue menang RM500,000, esok pagi terus dalam bank ada duit. Mestilah ada proses tertentu. Kata Syaiful:-

Saya tangguh kerana menunggu duit kemenangan berjumlah RM500,000 tempoh hari benar-benar sudah berada di dalam tangan kami. Itu sahaja. Insya-Allah selepas dapat duit, saya dan tunang akan berkahwin. Kami tidak ada sebarang masalah dan pihak keluarga juga memahami situasi saya.

Saya tidak pernah lupa diri. Sebenarnya saya tangguhkan perkahwinan sebab menunggu duit dan masa yang sesuai kerana saya ingin berehat selepas memberi komitmen besar dalam program tersebut. Ingin saya tegaskan, saya tidak pernah memutuskan hubungan dengan tunang.

Kami telah berkawan selama lima tahun dan bertunang pada tahun lepas. Tidak mungkin saya akan meninggalkan tunang yang sentiasa ada bersama saya di waktu saya susah. Dalam hati saya hanya ada dia sahaja dan kami akan berkahwin dalam tahun ini juga.

syaiful zero

Ha kan bagus kalau dari awal dah bagi penerangan macam ini. Tak adalah peminat terus serkap jarang. Kalau tahu sebabnya, pasti para peminat akan memahami. Diharap duit kemenangan tersebut akan segera diperolehi dan perkahwinan Syaiful dapat diteruskan seperti yang dirancang. Sama-samalah kita doakan. Sumber Kosmo.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...