February 12th, 2015

Ini yang Abang Nara tak gemar nie. Namun siapalah Abang Nara untuk mempersoalkan keputusan yang diambil oleh Syaiful Zero. Sepatutnya berkahwin pada bulan ini, Syaiful telah mengambil keputusan untuk menangguhkan perkahwinannya untuk memberi tumpuan kepada kerjaya bersama dengan adik-adiknya. Mungkin ia satu keputusan yang bijak di kala populariti kumpulan Zero sedang mencanak naik selepas menjuarai MLM2014.
syaiful zero tangguh kahwinKata Syaiful:-

Nawaitu asal kami menyertai Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) adalah untuk mendapatkan wang dan menunaikan dua hasrat kami itu. Hal perkahwinan, mungkin akan ditunda terlebih dahulu…Buat masa ini biarlah kami bertiga fokus pada kerja dahulu.

syaiful zero tangguh kahwin Semoga bakal isteri Syaiful turut sama memahami keputusan ini. Iyerlah, mesti dah excited nak berkahwin tup-tup ditangguhkan. Tak apalah. Sementara tengah banyak ‘job’, kenalah pulun habis-habisan. Nanti kalau dah berkahwin tak boleh nak beri tumpuan sepenuhnya pula kan. Semoga ini adalah keputusan yang terbaik untuk semua pihak. Sumber AstroGempak.


Comments are closed.

Loading...