Written by AbangNara | September 12th, 2013

Nama Syazwan Zulkifli kini sedang hangat diperkatakan peminat industri hiburan tanah air. Bukan kerana kehebatan lakonannya tetapi kerana Syazwan adalah pemandu kereta Nabila Huda yang terlibat dengan kemalangan di Karak baru-baru ini. Pelbagai tuduhan dilemparkan kepada Syazwan, antaranya ialah dia mabuk ketika kejadian tersebut berlaku.

syazwan zulkifli

Malah Syazwan juga dituduh mempunyai hubungan cinta dengan Nabila Huda. Tampil menerusi Berita Harian hari ini, Syazwan Zulkifli menafikan kedua-dua dakwaan tersebut. Kata Syazwan:-

Hanya kerana kemalangan itu, peminat sesuka hati membuat spekulasi sedangkan kami memang akrab. Saya mula berkawan dengan Abil sejak dia baik dengan Johan. Takkanlah disebabkan kami terbabit dalam kemalangan, dengan mudahnya kami dituduh bercinta. Secara logik, takkanlah saya mabuk pada siang hari apatah lagi saya membawa nyawa orang dalam kereta

syazwanAbang Nara lihat Syazwan ini seperti seorang yang bertanggungjawab. Daripada apa yang Abang Nara baca, memang nampak Syazwan mengambil berat keadaan Keisha, anak Nabila Huda sebelum menyelesaikan masalah dirinya. Apa yang lebih mengharukan Abang Nara ialah inisiatif yang bakal diambil oleh Syazwan untuk bertemu keluarga Nabila dan memohon maaf secara peribadi.

Jika saya berada di tempat Zaidy, tentulah saya risau kerana membabitkan nyawa anak saya. InsyaAllah apabila keadaan sudah reda, saya akan mengajak Nabila berjumpa dengan keluarganya untuk memohon maaf secara peribadi. Saya berasa bertanggungjawab dan masih dirundung rasa bersalah berikutan kemalangan itu

Memang gentleman sungguh si Syazwan Zulkifli ini. Bagi Abang Nara, perkara yang sudah berlaku lupakanlah sahaja. Lepas ini lebih berhati-hati ketika memandu. Malang memang tidak berbau. Kepada pembaca BeautifulNara juga, Abang Nara mohon anda mengambil langkah berjaga-jaga ketika memandu. Sekarang ini terlalu banyak kemalangan maut. Semoga kita semua selamat sentiasa.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

50 responses to Takkanlah Saya Mabuk Pada Siang Hari – Syazwan Zulkifli

  1. miss s says:

    mulut org mne blh tutup..aku kesian tgk anak dia.

    0

    0
    • Hantu karak says:

      Adakah anda mabuk di malam hari?

      0

      0
      • Kak Enon says:

        mabuk tgk nabila seksi sgt kot.. itu la mabuk siang hari namanya syazwan ooiiiii…

        0

        0
        • Fatimah Arshad says:

          Nabila ke pekan membeli gula,
          Gula di makan bersama capati,
          Syazwan punya statement dah tak tentu hala,
          Amy Search lagi la kesian makan hati..

          0

          0
        • Olga says:

          Ayat tersirat :
          “Saya biasanya mabuk di malam hari sahaja bila selalunya saya keluar bersama nabila & kawan2 di club malam”

          0

          0
      • Bibik Bendi says:

        SWINEEEEEEEEEEEEEEEEEE SWINEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEE
        youre just a pig inside a human body .

        0

        0
    • ayam jepun says:

      AMBOII ! TAK LOGIK MABUK TENGAH HARI ! SO ! MALAM BOLEH LAH YE ???? NAK NYANYI DANGDUT INDON JAP ! GOYANG DOMBRET O O O O GOYANG DOMBRET ! AH AH !

      0

      0
  2. kikilala says:

    bagus jugak kalau nabila huda dgn dia. semoga dia dapat mengembalikan nabila ke pangkal jalan..huhu

    0

    0
  3. malu says:

    nabila bkn ibu yg baekk!

    0

    0
    • gohead gostan says:

      jgn cakap org lebih2 sgt..takut berbalik ke diri sendiri..masa tu nanti dah tak boleh nak masuk gear reverse dah..

      0

      0
  4. zul says:

    first

    0

    0
  5. sosowat says:

    ” Secara logik, takkanlah saya mabuk pada siang hari apatah lagi saya membawa nyawa orang dalam kereta ”

    P/s: Oooo kiranya si polan selalu mabuk di MALAM hari je…

    0

    0
  6. kiahpropadelejen says:

    “TAKKANLAH SAYA MABUK PADA SIANG HARI”

    0

    0
  7. paukaya says:

    malam je la ko mabuk..hahahahahahaha

    0

    0
  8. anti neelopa says:

    jadi, adakah dia mabuk di malam hari?

    0

    0
  9. minah jambe merah biru says:

    heloooo dia tk mabokkk cuma dia steam je

    0

    0
    • minah jambu merah biru says:

      bang nara dari tadi minah jambu komen mana kaler minah jambu yg merah biru tu ???? asek2 kelua klabu asapppppp je !! pe dh jadi ???

      0

      0
  10. saya says:

    kenapa la nak blame org yg telibat kemalangan. lagi2 kat karak tu mmg byk kemalangan berlaku. yg maut pun ramai. baru2 ni pun jadi lagi kat karak sampai 4 kenderaan. dah nama kemalangan boleh jadi kat sape2 je. UAI pun pernah kemalangan. aku pun pernah kemalangan sebab orang lain yg cuai kami terlibat sama. benda dah jadi tinggal muhasabah diri la. allah jentik sikit la tu buat peringatan. dah jangan nak salahkan sape2.

    0

    0
    • Dark Angel says:

      betul, sokong.. xabes2 nak salahkan org lain.. nabila salah la, syazwan salah laa.. ni sume dugaan kecil buat mereka.. korang xsepatutnya menghukum! bawak2 la menginsafi diri ok..

      0

      0
  11. Anonymous says:

    cubalah prasangka baik..ini buruk je..

    0

    0
  12. pening says:

    nara seperti bese bagi headline yg akan mencetuskan kontroversi…haiiii laaaaa

    0

    0
  13. miss A says:

    statement macam penah mabuk jer~~
    patut ckp… org islam mane boleh minum arak… dose!

    0

    0
  14. shishimut says:

    la aku tgk video keek dia sebelum accident tu tak nampak mcm mabuk pun…korang ni memandai je.

    0

    0
  15. CikDewiBulan says:

    Untuk pengetahuan abg nara, on that day happened byk kmlangan yg berlaku dkat hgway tu ..slah sorg pndduk karak pn ade yg mninggal sbb accident kwasan berhmpiran dgn kejadian mereka ni..and mase hari tersebut jugak telah berlaku angin lintang (kepala angin) disekitar karak..

    0

    0
  16. putripandora says:

    ‘takkanlah saya mabuk pada siang hari….sebab saya selalu mabuk pada malam hari je’……….

    0

    0
  17. saya ok jer!! says:

    patutnyaaa kpenq kena jawab. takkan la saya mabuk disiang hari. APATAH LAGI SAYA UMMAT ISLAM TAKKAN LA NAK MABUK!! jeng jeng jeng..

    0

    0
  18. mayo says:

    benda da nak jadi,peminat xbole la nak salahkan sesapa dalam hal ni.klu ade ape2 berlaku dlm kereta tu pon hanya mereka dan ALLAH Allah subhanahu wa ta’ala yg tau…yang memandai tuduh2 ni xtakut azab ke..sibuk btol bukak aib org…

    0

    0
  19. Anonymous says:

    kpeng ni mmg teruk pangai nya….

    0

    0
  20. Pavlova says:

    laaa… xhabis lagi ke issue ni? malang xberbau, benda dah Allah tetapkan. mcm xdpt beza kerja Allah ngan kerja manusia, mcm xleh terima Qada’ dan Qadar. apa yg terjadi ada hikmahnya, Allah Maha Mengetahui.

    0

    0
  21. sakit mata says:

    Pada sapa-sapa yang tak pernah memandu di Karak Hiway tu jgan la nak buat andaian..kalau nak tahu Karak Hiway tu bahaya woo….jalan licin..selekoh dia bahaya…saya yang selalu ulang-alik ke Terengganu-KL pun takut woo nak drive laju-laju…kut mana la tahu kan orang nak ambil kesempatan tuang minyak atas jalan…nasib tak baik dah kena…

    0

    0
  22. dork says:

    karak tempat tokey bengkel tuang minyak atas jalan. sila hati-hati. kau selamat kira bersyukur. jangan bawak laju kat situ. orang nak cari duit, tak kisah nyawa kau.

    chow-

    0

    0
  23. wancho says:

    mgkin kaki minum la kalo jwb camtu, mcm Scha dulu…mnjwb dakwaan konon dia diserbu dan ditgkp bersama2 minuman keras…dia kata, itu smua bohong….saya mmg dtg ke kelab tu, tp malam tu saya TAK MINUM…SEBAB SAYA DEMAM….!!!
    ( maknanya hr2 biasa yg X demam ni ko minum la ek ??? hek elehh….)Retis Msia….

    0

    0
  24. rebecca says:

    Cukup2 lah menuduh orang…..orang melayu ni memang judgemental…..bacalah statement dia positively….memang logik nya orang tak mabuk di siang hari cuma secar umum nya orang putih atau kaki botol would do that. To all of you I wanna say “get a life”….if he lies let him answer to his creator…period.

    0

    0
  25. Girl says:

    Masa accident tu hujan lebat sepanjang petang… Kitorg balik kl dari kuantan nampak ada 5 ke 6 accident kat lpt.

    0

    0
  26. BUNKFACE NO.1 says:

    Karak ni tempat orang selalu eksiden, awal pagi tadi ada 4 buah kenderaan eksiden kat Karak, nama pun tempat keras..tak perlu tunggu kau mabuk, kalau nak eksiden…dia eksiden jugak

    0

    0
  27. linda says:

    x pyh jd isu sgt laaa..aku pun br eksiden kt karak last month

    0

    0
  28. Minyak tanah says:

    Respek gak kat mamat nie walaupun baru pertama kali dengar nama dia.. Hahahahaha

    0

    0
  29. […] Takkanlah Saya Mabuk Pada Siang Hari – Syazwan Zulkifli (47) […]

    0

    0
  30. […] Takkanlah Saya Mabuk Pada Siang Hari – Syazwan Zulkifli (48) […]

    0

    0
  31. […] Takkanlah Saya Mabuk Pada Siang Hari – Syazwan Zulkifli (49) […]

    0

    0