Kasihan sungguh menjadi Hanez Suraya. Minta maaf pun salah, berdiam diri pun salah. Senyap tak cakap apa-apa salah, aktif muat naik gambar kat Instagram pun salah. Senang cakap buat apa-apa pun salah di mata orang ramai. Memang “stress” menjadi insan bernama Hanez Suraya. Itu yang Hanez Suraya kesal apabila ada segelintir pihak yang mempertikaikan permohonan maafnya semalam.
Malah kewujudan pihak yang sengaja membuat kenyataan seolah-olah mencucuk Hanez agar dapat mensensasikan keadaan turut memburukkan lagi suasana. Kata Hanez menerusi Harian Metro:-
Tak perlulah orang luar sibuk sangat ‘cucuk’ saya untuk mensensasikan keadaan. Cukuplah saya dah minta maaf dan ia datang daripada niat yang ikhlas.
Orang di luar tak perlulah nak tahu siapa tapi ikhlas saya cakap ia tak ada kena mengena dengan mana-mana pihak yang pernah ada kes dengan saya sebelum ini.
Saya mohon maaf kalau ada buat salah dengan mana-mana pihak, tapi kalau orang taknak maafkan, wallahualam. Biarlah saya buat bahagian saya dulu.
Bagi Abang Nara, langkah meminta maaf yang dilakukan oleh Hanez Suraya adalah satu langkah terpuji. Tak kiralah lambat ke cepat, yang penting minta maaf. Kepada Hanez, pedulikanlah kata orang. Yang penting kita tahu hati kita ikhlas. Semoga dengan permohonan maaf ikhlas ini, banyak pihak yang akan memaafkan pelakon ini.
P.S: Range Rover Sport 2014 dilancarkan, harga bermula RM860,000