Written by Bella | May 18th, 2017

Teaser Zaquan Adha yang bergandingan bersama Elfira Loy sejak beberapa hari lepas mendapat perhatian ramai. Mereka tertanya, adakah Zaquan kini sudah bergelar pelakon dan bakal meninggalkan dunia sukan?

Menerima tawaran sebagai duta kempen Terima Kasih Ramadhan anjuran TV3, Zaquan yang mengambil keputusan untuk meceburi bidang hiburan menafikan dakwaan bahawa kerjaya bola sepaknya sudah tidak berapa baik.

Terlalu ramai yang bertanya di laman sosial adakah saya sudah jadi pelakon? Ada juga yang bertanya adakah saya sudah tidak laku sebagai pemain bola sepak sehingga ingin menceburi bidang lakonan?

Di sini saya ingin jelaskan bahawa ia tidak benar dan kerjaya saya sebagai pemain bola sepak masih baik. Saya terima tawaran ini pun bukan memerlukan untuk saya berlakon. Jika sekadar berlakon iklan sahaja saya okey.

Selain tawaran iklan, Zaquan akui beliau menerima banyak tawaran untuk berlakon di dalam drama dan filem. Namun, beliau terpaksa menolak berikutan komitmen yang panjang dan ia mengganggu kerjayanya sebagai pemain bola sepak.

Selebriti lain yang turut menjadi duta dan menjayakan kempen tersebut ialah  Elfira Loy, Ayda Jebat, Mira Filzah dan Redza Rosli.

Sumber Berita : mStar Online

Written by Bella | May 17th, 2017

Siapa yang tidak kenal dengan pemain bola sepak, Zaquan Adha yang merupakan kembar kepada Aidil Zafuan. Khabarnya, beliau kini sudah menceburi bidang lakonan. Betul ke?

Menerusi satu video di Instagram TV3 Malaysia, terdapat satu “teaser” drama yang menunjukkan Zaquan bergandingan bersama pelakon Elfira Loy menerusi sebuah drama yang bakal ditayangkan di stesen televisyen tersebut hari ini.

Berikut “teaser” yang dimaksudkan : –

"Mesti ramai yang ternantikan gandingan mereka, kan? akan datang, 17 May 2017.." ​

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia) on

Adakah ini bermakna Zaquan benar-benar sudah mengikuti jejak langkah isterinya, Ayu Raudah dan bergelar pelakon?  Nampaknya hari ini kita boleh lihat sisi berbeza Zaquan. Sama-sama kita nantikan kemunculan beliau. Siapa tahu Zaquan boleh jadi pelakon lelaki terkenal pula selepas ini mengalahkan Fattah Amin. Hehe.

Written by Bella | March 22nd, 2017

Takziah kepada pemain bola sepak negara, Aidil Zafuan dan Zaquan Adha di atas berita pemergian bapa tercinta, Abdul Razak Salleh kira-kira jam 4 petang semalam akibat masalah pernafasan dan usus.

Difahamkan, Allahyarham Abdul Razak Salleh menghembuskan nafas terakhir di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban, Negeri Sembilan selepas menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Menurut anak ketiga Allahyarham, Mohd Zafran Abdul Razak, bapanya dimasukkan ke hospital sejak hari Isnin lepas.

Ayah sebelum ini sihat, cuma semalam dia mengadu sesak nafas. Selepas buat pemeriksaan, doktor mendapati buah pinggang ayah dah rosak dan masalah usus.

Jenazah akan dikebumikan di tanah perkuburan Makam Haji Said, Sikamat kira-kira jam 11 pagi ini. Allahyarham telah meninggalkan seorang isteri, Azizah Arsyad, 64 dan tujuh orang anak.

Sumber Berita : Sinar Harian

Written by Bella | December 28th, 2016

Tahniah kami ucapkan kepada Ayu Raudhah dan suaminya, Zaquan Adha yang bakal menerima kehadiran ahli keluarga baharu tidak lama lagi selepas Ayu mengesahkan beliau kini sedang hamil cahaya mata ketiga.

Berita gembira itu diumumkan oleh Ayu sendiri melalui satu foto beliau bersama suami yang dimuat naik di akaun Instagramnya.

ayuraudhah_7Insyaallah Coming Soon..  #babybump #3rdedition #prayforbabygirl

Ramai peminat yang teruja dengan berita itu dan ruangan komen di Instagram Ayu dibanjiri dengan ucapan tahniah dan mendoakan kesihatan ibu dan bayi didalam kandungan.

Alhamdullillah, rezeki Ayu Raudhah dan Zaquan Adha untuk menambah lagi zuriat. Semoga proses kehamilan dan bersalin nanti berjalan dengan lancar.