“Vaksin Mungkin Sebab Saya Tak Alami Gejala Teruk” – Zaquan Adha Positif Covid-19

Hiburan

“Vaksin Mungkin Sebab Saya Tak Alami Gejala Teruk” – Zaquan Adha Positif Covid-19

Pemain bola sepak Malaysia Zaquan Adha mengakui tidak mengalami gejala teruk selepas disahkan positif Covid-19. Menerusi live di Instagram miliknya, Zaquan turut menasihati orang ramai supaya mengambil suntikan vaksin.

1 year lalu

Peminat Tegur Penampilan Terkini Zaquan Adha Seiras Shah Rukh Khan, "Ingat Saya Seorang Yang Perasan!" - Ayu Raudhah

Advertisement

Zaquan atau nama lengkapnya Mohamad Zaquan Adha bin Abdul Radzak mengakui suntikan vaksin mungkin penyebab dia tidak mengalami gejala serius.

Zaquan Adha

Kapten Negeri Sembilan FC itu berkata dia dan kembarnya Aidil Zafuan mempunyai masalah asma sejak kecil dan perkara tersebut membimbangkan ibunya.

Alhamdulillah, walaupun saya ada penyakit asma, saya tidak ada semput atau demam kecuali hilang deria rasa dan bau.

Zaquan berkata ibunya amat risaukan kesihatannya lebih-lebih lagi selepas dijangkiti virus itu. Tambah Zaquan, dia sedang menjalani kuarantin kendiri di rumah dan hanya berada di dalam bilik.

Advertisement

Terdahulu, Zaquan memohon maaf kepada seluruh penyokong skuad Jang itu apabila mereka terpaksa menarik diri daripada saringan Piala Malaysia musin ini gara-gara penularan virus Covid-19.

Kelab itu mengesahkan bahawa 4 pegawai dan 20 pemainnya dijangkiti virus berkenaan dan perlu menjalani pengasingan di rumah dan dipantau pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagramTelegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

1 Comment

  1. solitaire spider

    October 25, 2021 at 4:42 pm

    The bahawa 4 pegawai dan 20 pemainnya dijangkiti virus berkenaan dan perlu menjalani pengasingan di rumah dan dipantau pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...