Written by AbangNara | June 14th, 2012

Abang Nara pernah bercerita tentang penyanyi yang bernama Zain ini tidak lama dahulu. Zain telah mendapat hak untuk menyanyikan semula lagu ciptaan JYP yang pernah dinyanyikan oleh 2AM. Untuk makluman, ramai penyanyi yang cuba mendapatkan kebenaran menyanyikan balik lagu 2AM ini, namun nampaknya JYP terpikat dengan kemerduan suara Zain.

Best kan? Abang Nara dapat rasakan kesyahduan dan feeling yang dilontarkan oleh Zain semasa menyanyikan lagu yang bertajuk “Lagu Ini” ini. Bukan senang untuk membawa lagu yang pernah dipopularkan oleh penyanyi hebat Korea, namun nampaknya Zain berjaya membuat sesuatu yang sangat mantap.

Nantikan temuramah ekslusif Abang Nara bersama Zain tidak lama lagi. Buat masa ini, layankan video klip di atas dan layari www.zainamri.com sekiranya anda ingin mengenali penyanyi ini dengan lebih lanjut lagi.

Written by AbangNara | May 24th, 2012

Selaku peminat lagu Korea, nama JYP sememangnya tidak asing lagi kepada Abang Nara. JYPlah yang bertanggungjawab untuk menaikkan nama-nama besar seperti Rain, Wondergirls, 2AM dan ramai lagi. Kini, JYP telah memberikan satu tugas berat kepada Zain, seorang penyanyi Malaysia untuk menyanyikan lagu ciptaannya di dalam Bahasa Melayu.

zain

Pada mulanya Abang Nara memang agak skeptikal dengan mereka yang cuba menyanyikan lagu Bahasa Korea di dalam Bahasa Melayu. Namun apabila Abang Nara mendengar suara si Zain ini, terus skeptikal Abang Nara hilang. Zain ternyata berada di kelasnya tersendiri. Suaranya ada jiwa, ada feeling dan ada penghayatan.

Abang Nara pun mencarilah info mengenai si Zain atau nama penuhnya Zain Amri ini. Rupa-rupanya Zain sudah pun melancarkan 2 single yang yang diberi tajuk “Arms Around Me” dan “Semoga Bahagia”. Dan pada 26 Mei ini, Zain akan melancarkan album sulungnya yang bertajuk “Just Zain”. Abang Nara serius teruja bukan hanya dengan suara Zain tetapi juga dengan video klip yang dihasilkan.

Not bad kan? Pasti ramai yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang Zain selepas mendengar suaranya di atas. Sekiranya anda berminat, boleh layari laman web www.zainamri.com. Dan jika anda mahu menghadiri majlis pelancaran album Just Zain, sila hubungi 012-210-3055 atau 03-2161-7789. Abang Nara berani jamin anda tidak akan menyesal.