January 9th, 2015

Alhamdulillah. Murah sungguh rezeki Aaisyah Dhia Rana. Tidak dapat dinafikan kecomelannya memang mampu menarik perhatian dan membuat orang ramai tidak lekang mata memandang. Terbaru, Aaisyah Dhia Rana telah dilantik menjadi duta Mothercare. Memang sesuai sangat-sangat perlantikan ini. Pastinya ia akan menjadi satu kombinasi yang sangat awesome.
aaisyah Abang Nara pun memang selalu pergi Mothercare cari barang-barang anak. Baju ada, stroller ada, stokin, puting dan macam-macam lagilah. Memang lengkaplah Mothercare nie. Tak sabar rasanya nak tengok muka Aaisyah Dhia Rana menghiasi Mothercare. Kata Che Ta mengenai perlantikan ini:-

Sebelum ini memang saya tidak kisah jika dia mengikut jejak langkah kami, tetapi sekarang kami bertukar fikiran. Kalau boleh saya mahu Aaisyah menjadi ustazah, tetapi kita hanya merancang, masa depan tidak boleh diramal.

Ketika kecil ini saya tidak kisahlah andai dia menjadi model iklan atau duta produk kerana dia masih kecil dan tidak memahami apa yang berlaku.

Tambahan pula penggambaran iklan biasanya mengikut jadual waktu bayi. Bagi saya tidak salah untuk Aaisyah memiliki pendapatan sendiri pada usia dua bulan. Wang yang diperoleh akan disimpan dalam akaun banknya, apabila dia berusia 18 tahun, dia sudah kaya dengan pendapatan sendiri.

Pada bulan Februari ini, Che Ta dan Zain akan menunaikan umrah selama 12 hari kerana Che Ta telah bernazar untuk ke sana sekiranya hamil. Juga ada berita gembira untuk Aaisyah kerana ibunya merancang untuk hamil sekali lagi pada tahun hadapan. Yeah~~ Tahun depan Aaisyah akan jadi kakak. Insya Allah. Kata Che Ta:-

Tahun ini saya mahu berehat kerana apabila ada anak kecil memang penat dan tidak cukup tidur. Jika ingin hamil semula pun mungkin pada tahun hadapan. Doktor memberitahu tidak ada masalah untuk saya hamil lagi tetapi wanita yang berusia 40-an ke atas berdepan dengan pelbagai risiko apabila hamil. Kita hanya merancang, andai rezeki diberi oleh Allah saya terima dengan hati terbuka

aaisyah Sama-samalah kita doakan agar Che Ta dan Zain dimurahkan rezeki untuk menimang cahaya mata kedua. Insya Allah kali ini baby boy pulak. Tahniah sekali lagi buat Che Ta dan keluarga. Semoga kehadiran Aaisyah akan terus menyerikan hidup anda. Sumber Kosmo.


Comments are closed.

Loading...