Written by Bella | July 17th, 2017

Tentu anda semua tahu pasangan Yusry KRU dan Lisa Surihani tidak mahu terlalu mendedahkan ataupun dalam erti kata lain menjaga privasi anak-anak mereka, Yahaira Leanne dan Yusof Leonne.

Walaubagaimanapun, mereka sekeluarga bakal terlibat dalam musim kedua program realiti eBu Babypedia dan ia mengejutkan orang ramai sehingga ada yang mendakwa Lisa dan Yusry ingin “menjual” anak. Namun, Yusry menafikan dakwaan tersebut.

Tidak timbul isu kami ‘menjual’ anak untuk mendapat imbuhan cuma niat sekadar mahu berkongsi kegembiraan dan kasih sayang sebagai ibu bapa. Lagipun program ini tidak menggunakan nama anak kami sebagai tajuk. Lebih kepada sebuah program realiti keluarga berbentuk ilmiah. Sebab itu kami bersetuju terlibat menjayakannya dari musim pertama hinggalah yang kedua.

Sepatutnya orang ramai gembira akhirnya Yusry dan Lisa bersikap lebih terbuka untuk berkongsi sedikit tentang perkembangan anak mereka kepada umum. Apa salahnya bukan? Tambahan pula rakaman program realiti tersebut dijalankan di rumah mereka dan ianya lebih realistik dengan kehadiran Yahaira dan Yusof.

Sumber Berita : Utusan Online

Written by AbangNara | April 23rd, 2017

Tahniah diucapkan buat Yusry KRU dan Lisa Surihani atas kehadiran cahaya mata kedua mereka ini. Lisa Surihani telah selamat melahirkan anak lelaki di Pusat Perubatan Pantai di sini, jam 7.10 pagi tadi. Berita gembira ini telah dikongsikan oleh Yusry sendiri menerusi akaun Instagramnya.

lisa surihani

Pastinya kehadiran anak kedua ini akan melengkapkan lagi kebahagiaan keluarga Yusry dan Lisa. Semoga bayi ini akan membesar dengan sihat. Tahniah Lisa dan Yusry.

Written by Bella | April 19th, 2017

Sedang menanti hari untuk menyambut kelahiran anak keduanya, pengarah Yusry KRU jelas merasa cukup teruja. Terbaru, Yusry menerusi akaun Instagramnya telah memuat naik foto terkini  isterinya, Lisa Surihani

We are almost there sayang. Cepat betul masa berlalu. Yahaira nak jadi Kak Yong dah.

Sebelum ini, Yusry akui Lisa sudah membuat imbasan kehamilan dan mengetahui jantina anak mereka. Walaubagaimanapun, Yusry ingin merahsiakan jantina anaknya dan mahu memberikan kejutan buat semua.

Yusry dan Lisa bernikah pada 23 Februari 2012 dan dikurniakan seorang anak perempuan Yahaira Leanne yang lahir pada 15 September 2015.

Written by Bella | January 9th, 2017

Baru-baru ini Yusry menerusi akun Instagramnya mengumumkan isteri tercinta, Lisa Surihani kini sedang hamil anak kedua mereka. Berita itu membuatkan peminat mereka gembira dan tidak henti mendoakan kesejahteraan Lisa dan bayi didalam kandungan.

Yusry akui Lisa sudah membuat imbasan kehamilan dan mengetahui jantina anak mereka. Walaubagaimanapun, Yusry ingin merahsiakan jantina anaknya dan mahu memberikan kejutan buat semua.

Imbasan jantina sudah pun dibuat tetapi biarlah ia menjadi rahsia terlebih dahulu buat masa ini.

Pada masa yang sama, Yusry memberitahu pengalaman kehamilan yang pertama membuatkan Lisa kelihatan lebih tenang ketika mengandung anak kedua ini.

Alhamdulillah kandungan Lisa sudah pun memasuki bulan keenam dan setakat ini semuanya berjalan lancar dan lebih mudah. Lisa lebih tenang dengan kandungan kedua ini mungkin kerana sudah ada pengalaman dengan anak pertama sebelum ini.

Yusry dan Lisa mendirikan rumah tangga pada 23 Februari 2012. Mereka sebelum ini dikurniakan seorang anak perempuan Yahaira Leanne yang lahir pada 15 September 2015.

Sumber Berita : mStar Online