Nora, Yusry KRU & Habsah Hassan Dikurnia Gelaran Datuk

Berita

Nora, Yusry KRU & Habsah Hassan Dikurnia Gelaran Datuk

Sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan hari ini, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riáyatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah berkenan mengurniakan pingat Panglima Mahkota Wilayah (PMW) bergelar Datuk kepada beberapa orang penggiat seni iaitu Nora, Yusry KRU dan Habsah Hasan.

Advertisement

Ketika dihubungi Astro Awani, Nora yang popular dengan lagi Di Persimpangan Dilema tidak lekang mengucapkan syukur di atas kurniaan tersebut.

Kalaulah Abang Johan (Allahyarham Johan Nawawi) masih ada, dia lah orang yang paling gembira atas kurniaan ini.

Anak-anak yang sangat teruja dan gembira. Mereka menangis bila saya kongsikan berita gembira ini. Kami kongsi kegembiraan ini bersama.

Selain daripada Nora, Habsah Hasan iaitu seorang penulis lirik dan skrip popular tanah air juga telah dikurniakan pingat PMW oleh Yang di-Pertuan Agong. Sepanjang lebih empat dekad bergiat aktif dalam bidang seni, ribuan naskhah telah dihasilkannya.

Ini adalah kurniaan yang amat istimewa. Saya menjunjung kasih atas kurniaan daripada Yang di-Pertuang Agong. Tentu sekali anugerah kebesaran ini akan memberi motivasi kepada saya untuk terus berkarya.

Penyanyi kumpulan KRU, Yusry juga antara salah seorang daripada 335 penerima Darjah Kebesaran, Pingat dan Bintang Wilayah Persekutuan. Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, pengurniaan itu diberi untuk menghargai sumbangan besar penggiat seni dan budaya terhadap bidang mereka.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Astro Awani

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...