Written by AbangNara | June 25th, 2012

Makin lama makin menyampah pun ada dengan kontroversi yang melanda Neelofa dan Anzalna ini. Tak habis-habis. Lepas seorang demi seorang bagi kenyataan. Yang terbaru, Anzalna muncul di dalam BiPop semalam menyatakan dia tidak akan meminta maaf kerana kalau dia berbuat demikian, itu tandanya dia bersalah.

anzalna

Anzalna yang hampir terfikir untuk bersara kerana malu berdepan dengan kontroversi yang ditimbulkannya sendiri berkata sokongan padu daripada pelbagai pihak memberikannya kekuatan untuk tidak rebah. Kata Anzalna:-

Jika boleh saya mahu perkara ini diselesaikan segera. Saya sedia bersemuka, malah jika ada sebarang ketidakpuasan hati lebih baik diselesaikan secara berdepan. Dalam keadaan sekarang, saya perlu mengikut saluran yang betul dengan mendapatkan bukti seperti yang dituntut Neelofa melalui peguamnya. Saya tidak akan minta maaf kerana itu menunjukkan saya salah. Tidak mengapa, sekurang-kurangnya saya belajar sesuatu. Saya akan lebih berhati-hati biarpun saya yakin di pihak benar. Mungkin sekarang isu ini hangat tetapi lambat laun akan dilupakan juga.

Hmmmmmmmm. Susah jugak kalau begini. Bagi Abang Nara memang isu ini akan dilupakan juga suatu hari nanti, tetapi impak yang diberikan pasti sangat besar kepada Anzalna dan Neelofa. Marilah sama-sama kita berharap agar impak tersebut ialah impak positif dan bukannya negatif. Kepada Anzalna dan Neelofa, silalah selesaikan perkara ini secepat mungkin sebelum peminat anda sendiri bosan.

blouse kayangan gudang

P.S: Dapatkan blouse kayangan dengan harga semurah RM39 sahaja. Kualiti kain dijamin bermutu tinggi. Anda pasti akan tampil lebih bergaya dan comel di bulan Ramadhan kelak. Lawati www.gudang.my sekarang juga untuk melihat lebih banyak pilihan

Written by AbangNara | June 14th, 2012

Selepas Neelofa mengadakan sidang media semalam untuk memaklumkan tentang notis tuntutan yang telah dihantar terhadap Anzalna, Utusan Malaysia hari ini melaporkan yang Anzalna sedia memohon maaf kepada Neelofa untuk menyelesaikan persengketaan ini. Menurut Anzalna, perkara ini hanya kecil dan boleh diselesaikan dengan berbincang.

anzalna sedia mohon maaf

Abang Nara pun setuju dengan tindakan Anzalna yang mahu memohon maaf dan tidak memanjangkan cerita ini. Bak kata Anzalna, industri hiburan Malaysia ini kecil sahaja. Tak perlu gaduh-gaduh. Alih-alih akan jumpa orang yang sama juga.

Benda ini perkara kecil sahaja. Boleh dibawa berbincang. Tak perlulah nak saman menyaman. Saya hairan juga kenapa saya seorang yang ingin disaman. Kenapa tak saman akhbar yang terbitkan cerita itu sekali? Industri ini tidak besar mana pun. Saya tidak kisah untuk bersemuka dengan Lofa, memberi penjelasan dan meminta maaf untuk tidak memanjangkan cerita. Saya terima dengan hati terbuka untuk berbincang secara terbuka.

Abang Nara cadangkan agar Neelofa dan Anzalna buat sidang media bersama-sama dan masing-masing memohon maaf atas apa yang telah berlaku. Apa kata anda?

Written by AbangNara | June 13th, 2012

Izara Aishah pastinya sangat sedih melihat rakan-rakannya iaitu Anzalna dan Neelofa bergaduh sesama sendiri semenjak dua menjak ini. Kalau Abang Nara jadi Izara pun, pasti Abang Nara turut bersedih. Sebagai rakan sejak di pertandingan Dewi Remaja lagi, pastinya Izara mahukan semua kawan-kawanya mesra selalu. Yang pastinya, Izara menyatakan yang dia tidak menyebelahi mana-mana pihak di dalam isu ini.

izara

Kata Izara kepada wartawan Mstar Online.

Sejujurnya saya tidak faham apa yang menggangu mereka sehingga berlaku perbalahan ini. Kedua-duanya sudah mengecap populariti dan berada dalam kedudukan tersendiri. Sebagai kawan saya berharap mereka berfikir panjang sebelum mengatakan sesuatu dan fikir tentang masa depan. Mereka adalah kawan saya dan tidak pernah menyebelahi mana-mana pihak dan saya lebih senang buat hal sendiri. Namun saya berharap mereka dapat berbaik-baik kerana masing-masing sudah besar dan mempunyai nama dalam industri.

Ada betulnya juga kata-kata Izara ini. Neelofa dan Anzalna dua-dua pun dah popular dan dah ada nama dalam industri hiburan. Tak guna gaduh-gaduh kerana hanya menjatuhkan reputasi diri masing-masing. Semoga Neelofa dan Anzalna dapat menyelesaikan perkara ini dengan baik dan tidak perlu membawanya ke muka pengadilan.