Written by AbangNara | March 4th, 2013

Nama Nur Fazura sememangnya sudah dikenali di dalam dunia hiburan Malaysia. Sementara itu, Hanis Zalikha adalah bintang baru yang kini namanya semakin disebut-sebut oleh banyak pihak.

fazura hanis

Kedua-duanya telah hadir ke malam Bella Awards baru-baru ini. Dan kedua-duanya nampak sangat menawan di dalam pakaian masing-masing. Rasanya kalau seorang lelaki disuruh membuat pilihan antara Fazura dan Hanis, pasti mengambil masa berminggu-minggu.

fazura hanis

10 lagi gambar kedua-dua cantik manis Fazura dan Hanis Zalikha dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar Instagram Fazura dan Instagram Hanis Zalikha.

 
Written by AbangNara | December 31st, 2012

Adat dunia hiburan. Asalkan popular sedikit, sudah pasti ada yang cemburu. Terkejut juga Abang Nara membaca Pancaindera semalam apabila dikatakan Hanis Zalikha sudah di”aim” oleh seseorang untuk dijatuhkan. Adakah ini gara-gara populariti Hanis yang naik mendadak sepanjang tahun 2012?

hanis zalikha

Untuk anda yang tidak tahu, Hanis Zalikha merupaka seorang blogger dan model sebelum menceburi dunia hiburan. Mula dikenali menerusi drama Memberku Hawa, Hanis terus dilamar oleh TV9 untuk mengacarakan program Mad Markets. Mungkin kerana kemurahan rezeki Hanis, ada pihak yang cemburu seperti yang ditulis di dalam Pancaindera semalam:-

Ini aku nak bagitau kau (Joyah) yang ada orang dah pangkah Hanis. Ini pangkah yang tak baik. Budak ni dah lama aim Hanis. Dengarnya dia pernah ada hubungan cinta dengan Hanis. Sama ada bekas kekasih atau tidak, aku tak pasti. Aku dengar dia ada pakwe lain tapi dah putus. Kau koreklah sikit cerita dia Joyah. Aku nak tahu sangat yang Hanis tue jenis propa atau macam mana.

hanis zalikha

Bagi Abang Nara, tak perlulah nak cemburu-cemburu nie. Sudah memang tertulis rezeki Hanis untuk jadi popular pada tahun 2012. Lebih baik yang ada niat nak jatuhkan Hanis tue berusaha lebih keras untuk memajukan diri sendiri. Lagipun sepanjang Abang Nara kenal Hanis, memang orangnya sangat baik. Tak ada nak propa-propa pun. Simple je orangnya.

P.S: Al-Quran dengan darah Saddam Hussein.

Written by AbangNara | July 31st, 2012

Siapa sini tak kenal Hanis Zalikha? Abang Nara pasti hampir kesemua pembaca BeautifulNara mengenali Hanis yang sangat popular dengan penulisannya yang amat kelakar di dalam blog IniBelogSaya. Pada tahun 2010, pencarian “Hanis Zalikha” di dalam Google telah pun mengatasi Siti Nurhaliza. Selepas muncul di dalam drama Memberku Hawa, Hanis mengorak selangkah lagi apabila mendapat tawaran berlakon di samping Syamsul Yusof dan Kamal Adli di dalam filem Gangster Celop.

hanis zalikha

Dan ekslusif untuk pembaca BeautifulNara, Hanis Zalikha telah pun berkongsi pengalamannya bekerja dengan 2 jejaka hangat Malaya iaitu Kamal Adli dan Syamsul Yusof sepanjang penggambaran filem Gangster Celop. Serius banyak perkara menarik yang Abang Nara dapat tahu tentang personaliti kedua-dua jejaka ini selepas membaca tulisan Hanis ini.

hanis zalikha

***daripada sini dan ke bawah adalah tulisan Hanis Zalikha
What was it really like working with Syamsul Yusof and Kamal Adli? –Few tweets I received sepanjang pergambaran Gangster Celop. Hmmm I can’t answer your question with a tweet. I need a whole entry for that. So Syamsul and Kamal, be afraid… because here we go (wah calling them by their first names, buddiesss *pop collar*).

hanis zalikha

Kamal sangat pleasant dan polite… masa awal-awal, hahahaha! Dulu kalau jumpa mesti hi awak, awak sihat tak dan bersalaman. Pastu dah lama-lama, dua-dua pun dah jemu ngadap muka masing-masing, lalu itu semua tinggal kenangan. Kahkahkah.

Kamal, I can say that dia nih penceria set. Dia suka melawak (surprisingly he’s VERY funny), and suka kacau orang. Lagi-lagi kalau dia dah start mengantuk. Memang banyak gelagat, tak bosan kalau dia ada. Kalau korang pernah tengok dia berlakon teater, korang akan faham betapa livelynya dia nih. Too bad his personality tak translate well on screen.

Oh lagi satu, Kamal pemurah orangnya. Dia kalau bab makan, SUKA SANGAT BELANJA ORANG. Contohnya macam kitorang shoot dekat kedai makan, tiba-tiba dia terasa nak makan satay. Habis semua orang dia belanja. Perangai dia memang camtu. Bagusnya budak ni, bagus semoga murah rejeki :’)

Kalau pasal kerja, dia sangat versatile. I feel like Ahmad Idham can throw anything at him, and dia boleh deliver bermacam gaya. Bila on set, dan kami nak start berlakon, dia mula bagi ideas how to make the scene/shot better (not to Ahmad Idham, but to me and Syamsul). Macam-macam lah dari kepala otak dia sangat kreatif dan fresh. Tiba-tiba jer “Eh jom kita buat camni…camni..apa kata you camni I camni”. Dude, I’m waiting for you to become a director one day ya.

Dia mungkin tak seramai peminat macam Aaron Aziz, which I know exactly why… Dia tak photogenic. If you love him, you’ll love him even more when you meet him in person. Presence dia lagi kuat in real life (dia sangat charming). Kasihan si tak photogenic nih.

hanis zalikha

Syamsul kali pertama berada di tempat yang sama (depan Aswara untuk scene tracking taxi), kami tak berjumpa pun. Sebab dia terperap dalam kereta dia. Fuh, what a snob. Or so I thought. Rupanya bila bekerja dengan dia, dia buat you rasa selesa. If ada scene dengan dia, we’ll talk about it. If ada photoshoot, he’ll joke around to strengthen the chemistry. All in the name of work, he’s a pro like that. Some say he’s been trained since young (untuk focus kerja). A sharp and passionate man. Tapi over time, semakin lama dah makin selesa, he talks about the most random things. Topik yang tiba-tiba. Tak sangka Shark nih random ghopernyer.

hanis zalikha

Tapi unlike Kamal, Syamsul hanya jalankan tugas dia solely as pelakon. It could be that dia tak lontarkan as much ideas sebab what he says carry so much more weight (as compared to Kamal) seeing that dia pun director, Ahmad Idham pun director. Tak bestlah kalau dia pun nak direct bersama, amboi ekau lawan tauke.

Ramai juga yang tanya handsome tak dia betul-betul? Tinggi tak? Baik tak? Eh yang tanya nih nak jadikan calon ke apa, ehem excuse me dia dah berpunya uols hehehe. Let me put it this way, kehandsoman dia sebijik macam yang korang tengok dalam tv.

Kalau rasa handsome, handsomelah. What you see is what you get, wah gitueww. Sama saja dalam TV dan luar TV. Yang buat dia tampak gah dan sasa is his height. I pakai 4inches heels pun dia still lagi tinggi. Saya paham kenapa mokcik-mokcik suka dia sekarang, rasa safe to be around him. Macam sangat gagah.

Pastu rupanya dia sangat pandai menulis. Kalau dah cair dengan muka dia, tengok gaya penulisan dia, hmph dari cair terus tersejat korang. Blog dia adalah www.prodigiousburnsoul.blogspot.com/ .

hanis zalikha

Kalau nak tengok dua lelaki serious dan control macho buat komedi/lawak (sumpah takleh blah, I keep laughing like a hyena on set), dan seorang perempuan blur tersepit antara mereka (ehem), Gangster Celop is the movie to catch this December/January.

Written by AbangNara | May 23rd, 2011

hanis zalikha dan izara

Siapa Hanis Zalikha? Ish, ish, ish. Biar betik korang tak tahu. Hanis Zalikha merupakan seorang penulis blog yang femes amous dan namanya telah dicari lebih banyak daripada Siti Nurhaliza menerusi Google pada tahun 2010. Sememangnya Hanis masih muda remaja dan sesuai untuk dijadikan cover depan majalah Remaja.

Siapa Izara? Abang Nara tak tahu ejaan nama sebenarnya sama ada Izara ataupun Ixara. Tetapi Izara ialah naib juara pertandingan Dewi Remaja 2010. Dulu Abang Nara pernah kongsikan beberapa keping gambar Ixara untuk tatapan anda semua. Memang cantik orangnya kalau tak macam mana boleh dapat naib juara kan?

Apa tunggu lagi? Dapatkan majalah Remaja bulan ini untuk mengetahui rahsia 2 gadis yang masih single mingle ini. Mana tahu ada tips-tips untuk korang mengorat dia. Tak gitu?