December 31st, 2012

Adat dunia hiburan. Asalkan popular sedikit, sudah pasti ada yang cemburu. Terkejut juga Abang Nara membaca Pancaindera semalam apabila dikatakan Hanis Zalikha sudah di”aim” oleh seseorang untuk dijatuhkan. Adakah ini gara-gara populariti Hanis yang naik mendadak sepanjang tahun 2012?

hanis zalikha

Untuk anda yang tidak tahu, Hanis Zalikha merupaka seorang blogger dan model sebelum menceburi dunia hiburan. Mula dikenali menerusi drama Memberku Hawa, Hanis terus dilamar oleh TV9 untuk mengacarakan program Mad Markets. Mungkin kerana kemurahan rezeki Hanis, ada pihak yang cemburu seperti yang ditulis di dalam Pancaindera semalam:-

Ini aku nak bagitau kau (Joyah) yang ada orang dah pangkah Hanis. Ini pangkah yang tak baik. Budak ni dah lama aim Hanis. Dengarnya dia pernah ada hubungan cinta dengan Hanis. Sama ada bekas kekasih atau tidak, aku tak pasti. Aku dengar dia ada pakwe lain tapi dah putus. Kau koreklah sikit cerita dia Joyah. Aku nak tahu sangat yang Hanis tue jenis propa atau macam mana.

hanis zalikha

Bagi Abang Nara, tak perlulah nak cemburu-cemburu nie. Sudah memang tertulis rezeki Hanis untuk jadi popular pada tahun 2012. Lebih baik yang ada niat nak jatuhkan Hanis tue berusaha lebih keras untuk memajukan diri sendiri. Lagipun sepanjang Abang Nara kenal Hanis, memang orangnya sangat baik. Tak ada nak propa-propa pun. Simple je orangnya.

P.S: Al-Quran dengan darah Saddam Hussein.


Comments are closed.

Loading...