Written by AbangNara | March 30th, 2015

Tahun lalu, seluruh peminat Running Man digembirakan dengan kehadiran 5 orang anggota program hiburan tersebut ke Kuala Lumpur. Kali ini, para peminat Malaysia sekali lagi boleh bergembira apabila kehadiran kesemua ahli Running Man iaitu Jae Suk, Seok Jin, Gary, Kim Jong Kook, Ha Ha, Kwang Soo dan Song Ji Hyo akan turun ke Tasik Bakun, Sarawak untuk menjalani penggambaran salah sebuah episod di situ. Memang daebak!!!

running man di Malaysia

5 ahli Running Man tahun lalu di Malaysia

Pemilihan Tasik Bakun, Sarawak sebagai lokasi penggambaran adalah kerana keunikan tempat tersebut dan juga sambil menghadiri Festival Filem Antarabangsa Asia (AIFFA 2015) yang akan berlangsung di Kuching, Sarawak pada 9 sehingga 11 April depan sebagai tetamu khas. Tidak diketahui tarikh tepat penggambaran tersebut akan dilakukan, namun pastinya ia sekitar tarikh di atas. Fuh!!! Ini rasa nak pergi book chalet/hotel/rumah sewa di sekitar Tasik Bakun nie.

running man

Jadi jika anda peminat tegar Running Man, inilah satu-satunya peluang untuk anda melihat mereka beraksi secara ‘live’. Kenalah berkorban sedikit. Sedangkan Korea pun boleh dijelajahi, inikan pula Tasik Bakun. Hehehe. Selamat berjuang!!!

Written by AbangNara | July 16th, 2014

Berita baik untuk peminat setia program variasi Korea yang amat popular iaitu Running Man. Saluran TV One Asia akan membawa ahli Running Man iaitu Song Ji Hyo, Jong Kook, Jae Suk, Gary, Ha Ha, Seok Ji dan Lee Kwang Soo turun ke Malaysia November ini. Tidak dapat dipastikan sama ada kesemua ahli program ini akan turut serta, namun yang pastinya ini satu berita baik untuk kesemua peminat Running Man.

running man

Peminat di Singapura juga akan turut mendapat peluang untuk bertemu mata dengan ahli-ahli Running Man. Ini pastinya amat menggembirakan peminat program variasi ini yang telah kecewa apabila Indonesia baru-baru ini diumumkan sebagai negara terakhir penggambaran luar negara dilakukan. Sekurang-kurangnya dengan kehadiran mereka untuk beramah mesra, akan terubat rindu di hati para peminat.

running man

Sama-samalah kita nantikan maklumat lanjut mengenai kehadiran Running Man ke Malaysia ini. Abang Nara pasti akan turut sama berlari bersama mereka kelak. Tak sabar rasanya. Informasi lanjut boleh didapati di Facebook One TV Asia.

Written by AbangNara | July 1st, 2013

Akhirnya yang dinanti-nanti sudah tiba. Harga tiket untuk sesi bertemu peminat oleh Running Man sudah pun diketahui. Bermula daripada RM169 sehingga RM689, tiket-tiket ini dijangka akan habis dijual seperti pisang goreng panas.

running man in malaysia

Perlu diingatkan hanya 4 orang ahli Running Man iaitu Haha, Seok Jin, Gary dan Jong Kook yang akan hadir pada 7 September ini. Pembeli tiket turut sama akan mendapat hadiah ekslusif seperti di bawah:-

Pakej Premium 
Hi5 & Sesi Autograf
Beg Kertas RM edisi terhad
Poster RM edisi terhad
 
Pakej VIP RM469.00
Beg Kertas RM edisi terhad
Poster RM edisi terhad
Cabutan Bertuah – 20 Peminat berpluang menghadiri Sidang Media
 
Pakej RM369.00
Beg Kertas RM edisi terhad
Poster RM edisi terhad
 
Pakej RM269.00
Beg Kertas RM edisi terhad
Poster RM edisi terhad
 
Pakej RM169
Poster RM edisi terhad

Chantilly2013

P.S: Pelangibonda Busana Muslimah kini mengeluarkan koleksi telekung exclusive terbaru yang berkualiti tinggi. Diperbuat daripada kain France Chantilly Silk yang import khas untuk anda semua sempena menyambut kedatangan Ramadhan/Syawal tahun ini. Turut sesuai yang plan nak kahwin boleh buat hantaran! *ehem* . Layari Facebook Gudang.My untuk info lanjut.

running man in malaysiaSesi bertemu peminat ini akan diadakan di Kenanga Wholesale City bermula jam 7 malam. Untuk maklumat lanjut dan cara pembelian tiket, sila layari www.bigpocketgroup.com atau Facebook BigPocketGroup.

Written by AbangNara | June 14th, 2013

Kim Jong Kook yang dikenali sebagai Sparta di dalam rancangan Running Man telah pun tiba di Malaysia semalam. Daripada email yang Abang Nara terima, memang meriah sambutan yang diberikan oleh peminat Kim Jong Kook ketika ketibaanya di KLIA semalam. Ternyata populariti lelaki gagah ini tidak dapat disanggah lagi.

kim jong kook di malaysia

Ini baru Kim Jong Kook seorang. Bayangkan apabila ahli-ahli Running Man kesemuanya turun ke Malaysia September ini. Mahu pecah KLIA dibuatnya. Kim Jong Kook juga telah ditemuramah oleh radio One FM pagi tadi.

kim jong kook di malaysia

Kim Jong Kook hadir ke Malaysia untuk mempromosikan album terbarunya menerusi sebuah konsert mini. Semoga mereka yang telah memberi tiket akan terhibur dengan persembahan Kim Jong Kook kelak. Lagi 24 keping gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

P.S: Audi S3 Sedan akan dilancarkan tidak lama lagi