Written by AbangNara | April 4th, 2013

Raja Azmi ini memang sempoi orangnya. Kalau selebriti lain confirm ada yang mengamuk kerana kisah cinta mereka sering diperkatakan, Raja Azmi berharap setiap kontroversi yang dilaluinya akan dijadikan pengajaran oleh masyarakat. Cool kan?

raja azmiBerkata kepada Mstar Online, Raja Azmi mengakui yang dia agak lupa diri apabila bercinta dengan seorang pemuzik muda baru-baru ini. Kata Raja Azmi:-

Cerita buruk tentang saya diharap dapat dijadikan tauladan oleh masyarakat supaya tidak melakukan kesilapan sama dan perkara yang baik dapat dijadikan contoh. Saya sebenarnya sunyi selepas bercerai dengan bekas suami dan sebulan percintaan saya dengan pemuda itu saya akui agak lupa diri dengan cinta orang muda. Selepas ini saya akan mencari pasangan yang seusia atau pun jarak umur yang tidak jauh daripada saya.

raja azmi

Selain daripada kisah Raja Azmi, Abang Nara turut sama suka membaca ruangan Di Celah Celah Kehidupan di dalam Mingguan Malaysia setiap hari Ahad. Banyak kisah yang boleh dijadikan pengajaran terutama untuk mereka yang sudah berumahtangga. Terima kasih kepada Raja Azmi kerana membenarkan kisah hidupnya dijadikan iktibar kepada kita untuk dijadikan panduan di dalam bercinta terutamanya.
aura white
P.S: Begitu mudah sekali cara penyediaan Aura White ini. Hanya 3 langkah sahaja. Untuk makluman anda, Aura White sekarang tengah hangat di pasaran seperti pisang goreng panas. Ini sebab kesannya yang boleh dilihat dalam tempoh masa 10 hari saja. Dapatkannya sekarang dengan PM di Facebook CantikNara, email ke lorongsetia8@gmail.com atau SMS/WhatsApp ke 013-594-7061.

Written by AbangNara | March 20th, 2013

Pengakuan cinta Raja Azmi terhadap seorang pemuzik muda yang berusia 27 tahun baru-baru ini memberikan kejutan terhadap banyak pihak. Perbezaan umur yang agak tinggi tidak menghalang mereka berdua untuk jatuh cinta. Sayangnya, cinta tersebut telah pun berakhir sejak sebulan yang lalu.

raja azmi putus cinta

Percintaan dengan pemuda yang bernama Hafiz itu dianggap sebagai cinta monyet oleh Raja Azmi. Berkata kepada Utusan Malaysia, Raja Azmi tidak putus harapan untuk terus bercinta lagi.

Kami sudah berpisah sejak sebulan lalu. Kami berpisah secara baik dan saya juga tidak lagi mengunjungi pusat hiburan di mana dia (Hafiz) bekerja. Saya anggap percintaan tersebut sebagai ‘hujan lalu’, mungkin terlalu terkejut dari perceraian, saya mengambil langkah pantas untuk mencari pengganti. Namun akhirnya saya tahu hubungan ini tidak akan ke mana-mana. Saya tidak akan serik untuk mencari cinta, saya seorang wanita yang ingin dimanja, kerana selama 28 tahun berumah tangga saya sudah biasa begitu. Bagaimanapun, mungkin kali ini kriteria lelaki pilihan itu sedikit berbeza, lebih matang atau sama umur dengan saya

raja azmi

Elok benarlah Raja Azmi mahukan lelaki yang lebih kurang sama umur. Pasti cara pemikiran pun berbeza dan lebih matang kerana sudah banyak pengalaman hidup. Semoga Raja Azmi akan bertemu dengan lelaki idamannya suatu hari nanti. Jangan terburu-buru memburu cinta. Nanti tak kesampaian sekali lagi.

p/s: Hangat betul butik zawara, semua kawan-kawan abang nara dah jadi peminat setia butik zawara, Jom sama-sama tampil bergaya dan sopan dengan koleksi exclusive dari zawara. Kualiti macam jenama antarabangsa tapi harga murahnya!!! KLIK GAMBAR INI

Written by AbangNara | March 10th, 2013

Jalani Sidek, bekas suami pengarah popular, Raja Azmi dilaporkan telah selamat berkahwin dengan seorang ahli perniagaan iaitu Zaleha Mohd Khalid. Sebelum ini, hubungan mesra antara Jalani dan Zaleha telah pun menjadi perbualan banyak pihak, malah diketahui oleh Raja Azmi sendiri.

jalani sidek zaleha

Berita gembira ini telah dilaporkan melalui Pancaindera hari ini menerusi ruangan Laser Miss J. Menurut sumber, tarikh perkahwinan Jalani dan Zaleha tidak diketahui sama ada sebelum atau selepas penceraian berlaku. Apa pun, semoga Jalani bahagia bersama isteri barunya. Tahniah diucapkan.

P.S: Sejarah terciptanya pokok tembakau

Written by AbangNara | January 23rd, 2013

Nampaknya kesunyian Raja Azmi ketika tidur seorang diri di atas katil bakal terubat tidak lama lagi. Menurut portal Murai, Raja Azmi telah membuat pengakuan yang dirinya kini sedang dilamun cinta dengan seorang pemuzik yang jauh lebih muda daripadanya.

raja azmi

Untuk makluman, umur Raja Azmi pada tahun ini mencecah usia 53 tahun. Sementara itu, kekasih baru Raja Azmi berumur separuh daripada umurnya. Ini bermakna umur jejaka tersebut sekitar 27 tahun. Hebat jugak teknik Raja Azmi mengorat lelaki muda ini. Kata Raja Azmi:-

Gosip tersebut benar. Yes, I’m In Love With A Young Man dan apa yang saya suka tentang diri dia adalah kerana dia seorang yang sangat matang. Malah, dia juga seorang yang benar-benar caring. Walaupun saya lebih berusia daripada dia, tapi dia tidak pernah buat saya rasa diri saya ini tua. Sebaliknya, dia selalu buat saya rasa diri saya ini masih muda. Dan, dia pulak yang carry diri dia macam orang tua. Dah macam terbalik pulak.

raja azmi

Walaupun usia percintaan mereka baru masuk sebulan, bagi Raja Azmi yang penting adalah perasaan yang dikongsi oleh mereka berdua. Romantik juga kata-kata yang dituturkan oleh Raja Azmi. Boleh buat ayat mengorat kalau anda mahu.

Sesetengah orang mungkin akan beranggapan bahawa hubungan kami ini masih terlalu baru untuk dinilai. Namun, bagi saya, cepat atau lambat itu bukanlah isunya. Yang penting di sini adalah perasaan yang dikongsi kami berdua. Perkenalan saya dengan bekas suami, Jalani Sidek pun tidak sampai sebulan juga. Lepas itu, dia terus meminang saya. Hasilnya, rumahtangga kami mampu bertahan selama 28 tahun. Dan, bercinta dengan lelaki muda juga bukanlah sesuatu yang baru buat saya kerana Jalani sendiri sebenarnya muda 5 tahun daripada saya

Tak kisahlah muda ke, tua ke atau sama umur kerana cinta itu sememangnya tidak mengenal usia. Yang penting kebahagiaan dapat dikecapi oleh Raja Azmi dan kekasihnya. Tak gitu? Semoga hubungan ini akan berakhir ke jinjang pelamin akhirnya.