Blog Hiburan Sensasi Dan Terkini Tentang Artis Malaysia

(GAMBAR)Inikah Kekasih Baru Nora Danish?

Tuesday, February 16th, 2010

kekasih baru nora danish

Sumber dari forum CARI menyatakan kemungkinan besar lelaki dalam gambar di atas adalah kekasih baru Nora Danish. Ini cuma gosip sahaja. Tapi dari segi posing mengambil gambar, memang ada logiknya la jugak. Selalu kapel-kapel jer yang posing amik gambar macam nie kan?

Kami mengerti yang ramai lelaki-lelaki di luar sana yang tergila-gilakan si janda Nora Danish nie. Almaklumlah muka dia macam budak-budak. Tak makan dek usia. Cute dan comel sentiasa. Tapi nampaknya lelaki di atas seolah-olah telah berjaya mencuri hati Nora Danish. Maka kempunanlah Datuk-Datuk, Tan Sri Tan Sri dan VIP-VIP yang menaruh hati kepada Nora Danish.

Kalau korang pernah ternampak dan tau siapakah gerangan lelaki di atas, meh kongsi ngan kitorang. Lagi gambar kekasih baru Nora Danish? dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

(more…)

(KUIZ)Cuba Cari Siapakah Artis Di Dalam Gambar Di Bawah

Tuesday, December 1st, 2009

artis

Kalau mata korang tajam setajam mata kami, pastinya sekali tengok pun dah dapat perasan artis kat gambar di atas. Kalau lebih tajam dari mata kami, korang akan dapat nampak gak seorang lelaki yang amat-amat popular. Cuba la carik ~~

P.S: Ingat lagi tak artikel kami pasal vsHub? Kalau tak ingat leh klik kat sini ye.Untuk pengetahuan korang, sekarang nie vsHub tengah buat promotion 15% discount untuk shipping charge dia. Ini semua sebab harga barang kat US tengah murah gila-gila sempena hujung tahun. Tunggu apa lagi? Time nie la nak shopping dan gunakan vsHub sebagai perantara korang. Dan untuk korang yang berminat nak beli barang dari Jepun, vsHub dah pun bukak untuk terima tempahan dari Jepun. Jom shopping pedang Samurai kat Jepun jom.

(UNDI)Lisa Surihani Dan Nora Danish, Mana Satu Pilihan Anda?

Tuesday, November 17th, 2009

nora danish lisa surihani

Bayangkan tiba-tiba kat dunia ini tinggal hanya anda, Nora Danish dan Lisa Surihani. Ikutkan hati sememangnya kalau boleh anda nak kedua-duanya sekali untuk dijadikan bini anda. Sayangnya Nora Danish dan Lisa Surihani tak mahu berkongsi kasih anda. Mungkin kerana anda terlalu hensem dan gagah perkasa. Anda terpaksa (walaupun tak rela) untuk memilih sama ada Nora Danish ataupun Lisa Surihani untuk dijadikan isteri anda yang tercinta. Siapakah yang anda akan pilih? Sila undi di bawah.

Jawapan Nora Danish Tentang Isu Penarikan Diri Dalam Spa Qistina

Saturday, November 14th, 2009

spa qistina

Kesian kami kat Nora Danish dan Fasha Sandhay yang tersepit dalam kontroversi ntah apa-apa macam nie. Akhirnya dua-dua nampak jahat. Peminat Nora Danish akan cakap Fasha jahat, peminat Fasha akan cakap Nora Danish tak profesional. Last-last yang rugi adalah 2 orang nie jugak. Yang gembira sudah tentulah penerbit dan pengarah drama Spa Qistina. Dapat promosi free yang melampau-melampau sebab pergaduhan nie.

Bila kami baca kenyataan jawapan Nora Danish pasal isu nie, kami sedikit tak faham. Bukan nak menyatakan yang Nora Danish tak professional, tapi tertanya-tanya apa bezanya jumpa di atas pentas modellling dengan semasa berlakon? Dua-dua pun jumpa jugak kan? Sukar nak selami jiwa raga seorang perempuan yang terpaksa bergelar janda kerana seorang wanita lain.

Apa-apa pun bacalah artikel ini sepenuhnya untuk mengetahui jawapan Nora Danish tentang isu penarikan dirinya dalam drama Spa Qistina. Panjang jugak penjelasan dia tapi kalau anda wajib baca kalau anda peminat setia ND ataupun ada cita-cita nak ngorat ND.

(more…)

Nora Danish Yang Pemaaf, Kami Suka ~~~

Thursday, November 5th, 2009

nora danish

Ish, ish dan ish sekali lagi. Bagus dan baik betul si Nora Danish nie. Beruntung betul sapa yang dapat menjadi suami Nora Danish yang pemaaf nie. Genap setahun dia bercerai dengan Jejai, Nora Danish menjelaskan yang dia dah memaafkan Fasha Sandha secara perlahan-lahan. Memaafkan tapi belum mampu lagi untuk melupakan. Cuba baca skit apa Kak Nora Danish kita cakap:-

Pasal isu sudah maafkan Fasha, memang saya dah maafkan dia secara perlahan-lahan tetapi sukar untuk saya lupakan apa yang dia sudah lakukan sebelum ini. Walaupun saya dah bercerai setahun lalu, tapi ‘sakit’ tu masih ada dan tidak mudah untuk dilupakan.

Walaupun Fasha taknak mengaku dia yang menjadi punca penceraian Nora Danish dan Rizal, tapi dari ayat Kak Nora kita kat atas tue, bolehla kot kita anggap memang Fasha yang jadi puncanya. Tapi apa-apapun, kami tabik kat Nora Danish sebab mampu memaafkan si Fasha Sandha. Bukan senang nak memaafkan orang lain. Lebih-lebih lagi kalau orang itu terlibat dalam menjatuhkan rumah tangga kita sendiri.

Tahniah dan semoga lebih tabah menghadapi masa-masa akan datang. Dan semoga cepat bertemu jodoh di masa hadapan. Mesti ramai yang dah “cucuk” line tapi tak dilayan oleh Kak Nora kita.