Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Teringat Nora Khatam Al-Quran Masa Ramadan Haritu” – Tampil Seksi, Penampilan Nora Danish Dikecam Netizen

Sehingga hari ini, laman Instagram pelakon Nora Danish bagai tidak lokek berkongsikan foto-foto percutiannya bersama teman rapat di Langkawi.

Advertisement

Bagaimanapun, perkongsian itu dilihat kurang enak oleh warganet kerana Nora yang juga ibu kepada dua cahaya mata itu berpenampilan agak seksi dan menjolok mata.

Bahkan, foto dirinya memakai gaun berwarna merah jambu di laman terbabit dilihat tidak henti-henti dikecam pihak berkenaan kerana ada yang beranggapan bahawa cara pemakaiannya adalah tidak sesuai dengan statusnya sebagai isteri dan ibu.

Selain dipuji cantik andai berpakaian menutup aurat, netizen juga turut menasihatinya agar mendekatkan diri kepada Allah SWT. Malah, ada juga yang kembali mengaitkan pemakaiannya dengan video khatam Al-Quran yang dimuat naik olehnya dimana Nora menitiskan air mata kerana berjaya khatam pada 10 malam terakhir pada Ramadan lalu.

Walaupun teruk dihentam, Nora yang terkenal dengan sikap profesionalnya itu langsung tidak membalas segala komen yang dilontarkan dan dilihat enggan mengambil pusing dengan apa yang diperkatakan golongan terbabit.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment

  1. anonymous

    December 23, 2020 at 11:29 am

    something weird bout her face.. or it is just me

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama