May 14th, 2020

Tidak kira siapa pun kita, apa pun latar belakang kita, sudah pasti ramai yang sedang bertungkus lumus mengejar segala fadilat yang boleh dicapai sepanjang bulan Ramadan yang mulia ini.

Selebriti popular iaitu Nora Danish juga tidak lupa untuk mengumpul pahala terutamanya pada 10 malam terakhir ini dengan membaca keseluruhan Al-Quran. Daripada entri di Instagramnya, wanita tersebut jelas tidak dapat menahan sebak atas pencapaian yang bermakna itu.

 

View this post on Instagram

 

Ya Allah , Syukur Alhamdullilah. Mengalir air mata kegembiraan. Mcm tak percaya dapat Khatam pada 9 malam terakhir Ramadhan ? SubhanAllah. Allah Maha Mengetahui. Khatam Quran ini Nora ingin sedekahkan Pada Arwah Papa. Semoga rohnya dicucuri rahmat, dan ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman. Ampunilah dosa dosa nya Ya Allah. Sesungguhnya Engkau lah Maha Mengasihani , Maha Penyayang Dan Maha Pengampun ?? Terima lah ya Allah bacaan hamba Mu yg tidak sempurna ini ?SesungguhNya Allah Maha Penerima. InsyaAllah Nora akan Khatam pula bersama ustazah / ustaz pabila semua dah ok. Nampak mudah Khatam ni bagi sesetengah orang , tetapi tidak bagi Nora. Dengan jadual Nora Yg padat, niat Nak Khatam bertahun tahun tersekat. Sampailah masa MCO tergerak hati Nak cari balik @pu_hafiz ada hadiahkan digital pen Al-Quran untuk Rayqal , so nak ajar Rayqal mengaji sebab MCO kan , takut lama berhenti mengaji dia lupa. Jadi nya , saya pula berminat dengan pen digital itu , Jadi saya pula start mengaji ? Aturan Allah ? Dan ditambahkan pula , bila lihat Instagram @elizadsharifuddin dah Khatam during MCO , lagi berkobar jiwa raga ini. Thank u babe, ? u pendorong semangat I. Harap post nora ini , akan pula membuka niat pada mereka Yg lain. InsyaAllah. Sama sama kita share benda yang baik. Pada mula nya. Satu muka surat nak habiskan rasa susahhhhh nyaaaa. Lama lama 5 muka surat, jadi 10 , jadi 20 , jadi 30 dan seterusnya sampai mencecah 150 muka surat satu hari. Sampai Rasa tak sabar Nak bgn tido n start mengaji. MasyaAllah. Berkat Doa lepas solat bersungguh2 sampai menangis minta Allah berikan jalan mudah untuk mengaji. Nak sangat hadiah pada arwah papa dalam bulan penuh keberkatan ini. Allah Maha Mendengar. Terima kasih kepada PU Hafiz untuk Quran digital pen ini. Juga Terima kasih pada followers Yg Mendoakan Setiap kali nora share perjalanan Khatam ini. Dan perjalanan Khatam ini tidak akan sempurna tanpa Doa Suami & Ibu tercinta? Terima kasih , love u both. Suami Yg byk bersabar mendengar suara sumbang Setiap hari ?????? Ada hikmah MCO ini Bagi saya. Boleh focus 110 percent. Kalau tidak ada je dugaan. Next , terjemahan ?

A post shared by Mrs Nedim (@noradanish) on

 

Jelas Nora, hatinya mula terusik dan memasang niat untuk mengaji al-Quran selepas menyaksikan beberapa rakan selebriti yang lain berjaya khatam kitab suci tersebut sementara mempunyai masa terluang semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kini.

Pelakon itu turut menjelaskan dalam tangisan bahawa proses untuk khatam al-Quran bukanlah sesuatu yang mudah baginya dek jadual seni yang sentiasa padat sehingga membantutkan niat tersebut selama bertahun-tahun lamanya.

“Ya Allah, syukur alhamdullilah. Mengalir air mata kegembiraan. Macam tak percaya dapat khatam pada 9 malam terakhir Ramadan. SubhanAllah. Allah Maha Mengetahui.”

Bahkan Nora merebut peluang ini untuk mengajar anak lelakinya iaitu Rayqal mengaji dan meluahkan rasa takut sekiranya dia lupa jika lama meninggalkan ibadah tersebut.

nora danish sebak khatam al-quran

Wanita genit itu tidak segan mengakui bahawa dia mengalami kesukaran pada awalnya untuk menghabiskan hanya sehelai muka surat, Pun begitu, setelah lama dipraktikkan, dia menjadi seronok sehingga tidak sabar untuk mengaji malahan pernah menghabiskan 150 muka surat dalam masa sehari. Alhamdulillah.

‚ÄúPada mulanya satu muka surat nak habiskan rasa susahnya. Lama2 lima muka surat, jadi 10, jadi 20, jadi 30 dan seterusnya sampai mencecah 150 muka surat satu hari.”

Nora menyatakan lama kelamaan dia rasa tidak sabar untuk bangun dari tidur dan mula mengaji. Katanya ini semua berkat doa selepas setiap kali solat sehingga dia menangis meminta Allah memberikan jalan mudah untuk dia mengaji.

Usaha jitu Nora nyata menerima sokongan ramai pengikutnya termasuklah rakan selebriti yang memanjatkan syukur dengan pencapaian manisnya itu.


One response to “Nora Danish Tak Dapat Tahan Tangisan Berjaya Khatam Al-Quran 9 Malam Akhir Ramadan”

  1. Anonymous says:

    Alhamdulillah

Loading...