Written by serenity | April 12th, 2013

Lagu hit terbaru Misha Omar, Angin Syurga sememangnya membuai perasaan. Apatah lagi menonton video muzik rasminya yang menampilkan pelakon kacak, Nazim Othman. Pada pendapat kami mood video ini sesuai sekali dengan liriknya, namun ia mengingatkan kami pada video muzik “She’s All I Ever Had” dendangan Ricky Martin terutamanya dari segi jalan cerita.




Untuk makluman anda, video ini baru saja dikeluarkan semalam di rangkaian Vevo Misha Omar. Jom layan video yang cantik ini untuk mulakan hari anda.

***

Adakah anda masih ingat dengan Pertandingan Gubahan Lagu Rakyat yang dianjurkan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) pada tahun lepas?

Pemarkahan telah dibuat dan pemenang-pemenang telah dipilih. Mereka akan diumumkan di Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Gubahan Lagu Rakyat yang akan diadakan di Pentas Bergerak, Perkarangan Panggung Bandaraya pada 13 April 2013 (Sabtu) mulai jam 8.00 malam. Sememangnya Malaysia tidak tandus dengan penggubah lagu berbakat! Jom rasakan debaran pengumuman pemenang bersama kami di sana nanti!

Written by AbangNara | January 8th, 2013

Entah bagaimana Abang Nara boleh terlepas pandang pengakuan cinta Nazim Othman dan Bella Dally ini. Mungkin Abang Nara terlepas pandang ketika Nazim Othman mengesahkan yang mereka berdua bercinta 6 bulan lalu.

nazim othman dan bella dally

Terbaru, Nazim Othman dan Bella Dally telah hadir bersama ke AJL27. Dengan gaya rambut baru ala-ala Kpop, Nazim Othman dan Bella Dally memang pasangan yang sama cantik dan sama padan. Berikut ialah pengakuan cinta Nazim Othman kepada Bella:-

Ya memang hati saya sudah dimiliki dan ianya milik Bella Dally. Dia adalah cinta baru saya selepas beberapa kali putus cinta dan setakat ini apa yang boleh saya katakan kami serasi. Malah mungkin sikap saya mementingkan komunikasi menjadikan hubungan kami berjalan dengan lancar. Apa yang penting bagi saya dalam setiap perhubungan perlu ada kepercayaan antara satu sama lain. Itulah yang saya berlajar supaya tidak melakukan kesilapan serupa seperti cinta saya sebelum ini.

nazim othman dan bella dally

Abang Nara doakan agar hubungan Nazim dan Bella ini berkekalan sehingga ke jinjang pelamin. Kepada peminat Nazim Othman, jangan kecewa dan sakit hati ye. Abang Nara tahu ramai yang terpikat dengan kehenseman Nazim Othman. Namun nak buat macam mana kan? Bukan jodoh Nazim dengan anda. Hehehe.

Written by AbangNara | September 20th, 2012

Hari ini merupakan episod terakhir drama Kau Yang Terindah. Drama hebat lakonan Nazim Othman dan Neelofa ini sememangnya menjadi ikutan ramai. Namun episod akhir drama ini telah menimbulkan persoalan apabila ada babak berpegangan tangan dan tidur sebilik yang berlaku di Tanah Suci Mekah.

drama kau yang terindah

Ramai penonton yang melahirkan rasa kurang senang kerana pelakon yang tiada hubungan apa-apa melakukan perkara tersebut di Mekah. Namun Erma Fatima selaku pengarah drama Kau Yang Terindah segera menafikan penggambaran babak tersebut berlaku di sana. Menurut Erma, kesemua adegan tersebut di rakam sepenuhnya di Kuala Lumpur.

drama kau yang terindah

Semoga dengan penjelasan daripada Erma ini tiada lagi kontroversi yang akan ditimbulkan. Mungkin untuk drama seterusnya, Erma dapat terus menghilangkan adegan-adegan yang melanggar batas agama.

P.S: Anda pengguna android dan iPhone? Klik di sini untuk download apps Nuffnangx BeautifulNara untuk memudahkan anda mengikuti update terkini laman web ini.

Written by AbangNara | July 19th, 2012

Kalau dah namanya artis, memang perkara kecil pun boleh jadi besar. Pagi tadi, Nazim Othman telah menimbulkan sedikit kontroversi apabila mengeluarkan tweet tentang keusangan UKM. Nazim Othman telah tiba di UKM di awal pagi untuk membuat penggambaran di situ dan meluahkan perasaanya tentang keadaan UKM di kala itu.

ukm usang nazim othman

Oleh kerana tweet di atas, banyak pihak terutamanya pelajar UKM yang melahirkan rasa tidak puas hati. Mungkin mereka kecewa apabila universiti kesayangan mereka dikatakan usang oleh Nazim Othman yang sedang mencipta nama menerusi drama Dejavu Di Kinabalu. Namun Nazim Othman ada penjelasannya yang tersendiri.

ukm usang nazim othman

Secara jujur, ada logiknya penjelasan Nazim Othman itu. Namun sebentar tadi, Nazim Othman telah pun memohon maaf kepada semua pihak yang terasa hati dengan kata-katanya. Yang penting, Nazim Othman tidak berniat langsung untuk mencari publisiti murahan menerusi tweetnya itu.

ukm usang nazim othman

Diharap student UKM yang emosi dengan kenyataan Nazim Othman dapat memaafkannya. Abang Nara dapat rasakan keikhlasan Nazim dalam hal ini. Untuk langkah seterusnya, ungkin pihak UKM boleh menceriakan kembali UKM dengan mengecat kembali bangunan-bangunannya dengan warna yang lebih ceria. Tak gitu?