“Punca Bukan Industri, Lebih Kepada Peribadi..” – Nazim Othman Dedah Ingin Bersara, Harap Dapat Tawaran Filem Buat Kali Terakhir

Hiburan

“Punca Bukan Industri, Lebih Kepada Peribadi..” – Nazim Othman Dedah Ingin Bersara, Harap Dapat Tawaran Filem Buat Kali Terakhir

Pelakon popular Nazim Othman telah mendedah dirinya sedia untuk menamatkan karier seninya dan beralih pada bidang yang lain. Katanya, sebagai karya terakhirnya sebagai seorang pelakon, Nazim berharap dapat berlakon dalam sebuah filem.

Kerana hal peribadi

Menurut aktor berumur 40 tahun ini, dirinya enggan memberitahu sebab mengapa dirinya mengambil keputusan untuk bersara itu. Tambahnya, dia tidak akan berkongsi perkara tersbeut kepada umum apabila tibanya waktu berbuat demikian.

Advertisement

Terlalu peribadi untuk saya kongsikan. Bukan berkaitan dengan industri puncanya tapi lebih kepada peribadi.

 

Bila tiba waktu itu pun saya tak boleh kongsi, tunggu sahaja.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by nazimothman (@nazimothman)

Berhajat ingin berlakon filem

Pada masa yang sama, Nazim berkata dia sudah menyuarakan keputusan ini kepada beberapa rakan terdekat dan pengarah-pengarah terkenal. Aktor ini juga berharap dirinya dapat terlibat dalam sebuah filem sebelum menutup lembaran hidupnya sebagai seorang anak seni.

Selain itu, Nazim mendedahkan dia sudah pun membuat perancangan secara terperinci dengan apa yang bakal dirinya lakukan setelah bersara menjadi seorang pelakon.

Orang-orang terdekat tahu perancangan saya ini. Saya juga pernah bercakap dengan beberapa orang pengarah dan menyuarakan hasrat agar dapat berlakon filem sebelum bersara.

 

Sepanjang 15 tahun, saya tidak pernah berlakon filem. Semoga impian itu akan tercapai sebelum saya bersara.

 

Tentang perancangan masa depan, semua saya sudah sediakan. Saya ada exit plan sendiri apa yang hendak dibuat selepas ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by nazimothman (@nazimothman)

Selain itu, kami sertakan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

fasha sandha
2 months ago

Fasha Sandha Kongsi Cerita Ibu Paksa Jadi Pelakon - "Saya Pernah Kena Pukul Dalam Toilet Sebab Taknak Pergi Audition"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...