“Saya Tak Kata Dia Tak Ikhlas..” – Dipuji ‘Chill’ Dapat Cium Penjuru Yamani, Nazim Othman Enggan Dibanding Dengan Hafiz Mahamad

Hiburan

“Saya Tak Kata Dia Tak Ikhlas..” – Dipuji ‘Chill’ Dapat Cium Penjuru Yamani, Nazim Othman Enggan Dibanding Dengan Hafiz Mahamad

Baru-baru ini, influencer bernama Hafiz Mahamad menjadi bualan ramai selepas video memaparkan dirinya menjadi ‘hulk’ kerana mahu memberi staf wanitanya cium Hajarul Aswad tular di media sosial.

Dibandingkan dengan Nazim Othman

Susulan itu, tular semula video memaparkan pelakon, Nazim Othman tenang dan tersenyum sewaktu mencium Penjuru Yamani tanpa perlu membuat kecoh di tengah-tengah Kaabah.

Advertisement

Menjawab tentang soal itu, Nazim enggan dibandingkan dengan Hafiz Mahamad kerana merasakan dirinya tidak layak untuk menilai ibadah seseorang.

Bahkan, dia sempat menitiskan air mata sewaktu menceritakan pengalamannya sewaktu berada di Tanah Suci kerana segala urusan dipermudahkan.

Keikhlasan itu penting, bagi influencer tersebut saya tak kata dia tak ikhlas. Bukan position saya untuk menentukan keikhlasan seseorang.

Netizen puji jawapan Nazim Othman

Rata-rata netizen yang meninggalkan komen memuji jawapan diberi oleh aktor tersebut dan ada juga turut berasa sebak apabila melihat Nazim menangis disebabkan pengalamannya di Tanah Suci.

komen

komen

Sekadar info, ramai yang mengecam perbuatan Hafiz Mahamad di Tanah Suci baru-baru ini dan netizen menganggap konten yang dibuat olehnya itu keterlaluan.

hafiz mahamad
2024-03-04 10:06:55

(VIDEO) "Dah Puas Dah Buat Content?" - Bersungguh-Sungguh Nak Bagi Staf Wanita Cium Hajarul Aswad, Hafiz Mahamad Teruk Dihentam

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok