Written by AbangNara | May 13th, 2012

Pelbagai versi gosip yang telah melanda rumah tangga Erra Fazira. Banyak suara-suara liar yang menyatakan bahawa suami Erra Fazira telah pun berkahwin lain. Namun hari ini di dalam BiPop, Erra tampil untuk menjelaskan yang rumah tangganya masih utuh. Yang penting, Emran masih suami kepada Erra dan bapa kepada Aleesya.

erra fazira

Kalau dahulu jantung Erra sering berdegup kencang apabila gosip liar timbul, kini Erra tidak ambil kisah lagi. iMalah Erra pelik apabila orang luar lebih mengetahui tentang rumah tangganya berbanding dirinya sendiri. Kata Erra:-

Saya tahu orang luar suka bercakap soal rumah tangga saya, macam-macam versi cerita yang saya dengar tapi hakikatnya, suami masih di depan mata saya. Emran masih suami saya dan bapa kepada Aleesya. Mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia bagaimana? Biarlah mereka bercakap selagi boleh… Jika menafikan, ada pula cakap saya cuba berselindung atau `cover line’. Nak `cover line’ apa, jika tidak benar! Saya tidak suka membebankan fikiran, soalnya orang luar lebih mengetahui soal isi rumah tangga saya. Bagi saya, suami dan anak menjadi keutamaan, kerjaya pula sudah jatuh nombor dua selepas saya berkahwin

Jadi kepada mereka yang menyebarkan dan mereka cerita tentang keruntuhan rumah tangga Erra Fazira dan Engku Emran, diharap dengan penjelasan ini semua pihak akan berpuas hati. Mereka bertiga masih bahagia sebagai satu keluarga. Sama-samalah kita doakan kebahagiaan ini berkekalan sehingga ke akhir hayat. Amin ~~

Written by AbangNara | December 29th, 2011

Macam-macam. Susah juga jadi suami kepada selebriti terkenal tanah air yang bernama Erra Fazira. Kalau tak nampak bersama di satu-satu majlis, dikatakan ada keretakan rumah tangga. Kalau selalu bersama, dikatakan kena queen control. Habis nak buat macam mana? kesian kat Erra dan suami yang dikatakan ada masalah rumah tangga hanya kerana jarang dilihat bersama di event-event.

erra fazira dan suami

Kata Erra:-

Ada orang selesa jika kita kerap membawa pasangan ke acara hiburan dan ada kalanya pula mereka tidak suka. Jadi saya tidak boleh nak ikut kehendak semua. Bagi pihak saya pula, terpulang kepada Emran untuk mengikut saya atau tidak. Mengenai perhubungan kami pula, tidak perlulah saya hendak hebohkan kepada umum. Biarlah rahsia. Lebih-lebih lagi untuk azam 2012 saya ingin memberi fokus lebih kepada kerjaya.

Betul kata Erra tue. Takkan nak berkepit je kan? Suami dia pun ada kerjaya yang agak tinggi jugak. Mesti Engku Emran pun busy dengan kerjanya. Abang nara doakan agar keluarga Erra terus kekal bahagia forever and ever. Tahun 2012 nie jangan fokus terlampau sangat kepada kerjaya sampai terlupa family. Seimbangkan kedua-duanya sekali ye kak Erra.

P.S: Lukisan yang sangat cool ~~