Written by serenity | October 20th, 2017

Minggu ini kisah antara Datuk Seri Vida, 46, dengan pembantu peribadinya, Ahmad Iqbal Zulkefli, 23, telah menjadi viral. Ia bermula apabila Netizen mempersoalkan siapakah pemuda itu yang sering memuat naik gambarnya bersama Vida di akaun Instagram miliknya.

jadi makin hangat apabila Ahmad Iqbal membuat pengakuan kepada Harian Metro bahawa dia tidak menolak sekiranya ditakdirkan berjodohan dengan Vida. Malah, ibu Ahmad Iqbal yang berusia 49 tahun juga tidak menolak sekiranya Vida dijodohkan dengan anak lelakinya dan menjadi menantunya.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by serenity | August 29th, 2017

Pelakon Nonny Nadirah menafikan dan sanggup bersumpah bahawa dia tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan suami Adira, Datuk Red.

mStar Online melaporkan, Nonny juga menafikan pernah bertemu mahupun berhubung dengan lelaki itu.

Sumpah demi Allah, saya tak pernah berjumpa, berhubung atau menjalinkan hubungan cinta dengannya (Datuk Red).

Saya tidak pernah memberikan nombor telefon kepadanya dan tidak tahu dari mana dia dapat.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by serenity | August 7th, 2017

Umum mengetahui bahawa Datuk Hans Isaac telah mengikat tali pertunangan dengan ratu cantik dan pengacara bernama Gabriella Robinson.

Bagaimanapun pertunangan itu terpalit kontroversi apabila bekas kekasih Gabriella mendakwa dicurangi oleh wanita itu untuk bersama Hans. Gabriella menafikan dakwaan tersebut, mendakwa perhubungannya dengan bekas kekasih telah putus sebelum bertunang dengan Hans.

Seseorang yang prihatin memberitahu penulis, Gabriella dalam perkembangan terbaru telah memadam gambar-gambar Hans dari akaun Instagramnya. Menurut individu itu yang enggan dinamakan, ia baru saja dipadam oleh Gabriella. Kata sumber itu:

Dulu lepas Hans umumkan tunda kahwin, ada lagi gambar makan malam dengan keluarga. Lepas itu Hans dah pun padam gambar itu.. Tinggal gambar lama saja.

Kali akhir periksa Instagram Gabriella ada lagi gambar Hans, sekarang dah tak ada batang hidung Hans dekat Instagram dia lagi.

Dan sebenarnya ini sesuatu yang agak pelik, mengapa padam gambar yang telah dimuat naik? Mungkin Gabriella ada alasan tersendiri.

Iyalah, perhubungan mana yang tidak sekali-sekala dilanda badai? Kita doakan pasangan ini akan bersatu akhirnya nanti.-beautifulnara.com

 

Written by serenity | August 7th, 2017

Kontroversi Aliff Aziz, 26, dan Afifah Nasir, 24, diserbu oleh isteri Aliff, Bella Astillah, 23, yang sedang berpantang setelah melahirkan anak pertama mereka menjadi tajuk akhbar dan laman web minggu lepas.
aliffifah
Penulis difahamkan berlaku pergelutan suami-isteri dalam pertemuan itu yang menyebabkan Bella cedera di wajah dan lutut.Bella seterusnya membuat laporan polis, menyebabkan Aliff ditangkap polis.