Blog Hiburan Sensasi Dan Terkini Tentang Artis Malaysia

(KUIZ)Cuba Cari Siapakah Artis Di Dalam Gambar Di Bawah

Tuesday, December 1st, 2009

artis

Kalau mata korang tajam setajam mata kami, pastinya sekali tengok pun dah dapat perasan artis kat gambar di atas. Kalau lebih tajam dari mata kami, korang akan dapat nampak gak seorang lelaki yang amat-amat popular. Cuba la carik ~~

P.S: Ingat lagi tak artikel kami pasal vsHub? Kalau tak ingat leh klik kat sini ye.Untuk pengetahuan korang, sekarang nie vsHub tengah buat promotion 15% discount untuk shipping charge dia. Ini semua sebab harga barang kat US tengah murah gila-gila sempena hujung tahun. Tunggu apa lagi? Time nie la nak shopping dan gunakan vsHub sebagai perantara korang. Dan untuk korang yang berminat nak beli barang dari Jepun, vsHub dah pun bukak untuk terima tempahan dari Jepun. Jom shopping pedang Samurai kat Jepun jom.

Nora Danish Yang Pemaaf, Kami Suka ~~~

Thursday, November 5th, 2009

nora danish

Ish, ish dan ish sekali lagi. Bagus dan baik betul si Nora Danish nie. Beruntung betul sapa yang dapat menjadi suami Nora Danish yang pemaaf nie. Genap setahun dia bercerai dengan Jejai, Nora Danish menjelaskan yang dia dah memaafkan Fasha Sandha secara perlahan-lahan. Memaafkan tapi belum mampu lagi untuk melupakan. Cuba baca skit apa Kak Nora Danish kita cakap:-

Pasal isu sudah maafkan Fasha, memang saya dah maafkan dia secara perlahan-lahan tetapi sukar untuk saya lupakan apa yang dia sudah lakukan sebelum ini. Walaupun saya dah bercerai setahun lalu, tapi ‘sakit’ tu masih ada dan tidak mudah untuk dilupakan.

Walaupun Fasha taknak mengaku dia yang menjadi punca penceraian Nora Danish dan Rizal, tapi dari ayat Kak Nora kita kat atas tue, bolehla kot kita anggap memang Fasha yang jadi puncanya. Tapi apa-apapun, kami tabik kat Nora Danish sebab mampu memaafkan si Fasha Sandha. Bukan senang nak memaafkan orang lain. Lebih-lebih lagi kalau orang itu terlibat dalam menjatuhkan rumah tangga kita sendiri.

Tahniah dan semoga lebih tabah menghadapi masa-masa akan datang. Dan semoga cepat bertemu jodoh di masa hadapan. Mesti ramai yang dah “cucuk” line tapi tak dilayan oleh Kak Nora kita.

(GAMBAR)Erra Fazira Di Majlis Pertunangan Umie Aida

Thursday, October 1st, 2009

Fuiyooo ~~ Banyak betul gambar Erra Fazira masa majlis pertunangan Umie Aida nie. Padahal bukan dia yang bertunang pun. Mesti ada cameraman khas mengikut Erra je.

Lisa Surihani pun ada gak rupanya masa majlis nie. Semua artis-artis yang datang pakai baju pink tue. Memang dah dirancang rasanya kot. Kasik nampak lagi berseri sikit Umie Aida pakai baju biru. Kan kontra kalernya kan?

Lagi gambar Erra Fazira dan beberapa artis lain di majlis pertunangan Umie Aida dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

(more…)

(GAMBAR)Body Nora Danish Yang Tetap Maintain Mantap

Tuesday, March 24th, 2009

gambar terbaru nora danish

Kami sesungguhnya kelu seribu bahasa apabila melihat gambar penampilan terbaru Nora Danish selepas mengandung. Tak berubah walau satu inci pun body Nora Danish. Tetap maintain mantap, hot dan ayu gitu.

Kalaulah ABPBH 2008 ada anugerah janda terpanas dan terhangat, rasa-rasanya pertandingan sengit pasti akan berlaku antara Nora Danish dan Rozita Che Wan. Kalau kami pastinya akan vote Nora Danish, sebab mukanya yang sangat comel macam budak tingkatan 5.

Kalau anda pula bagaimana? Siapakah yang akan anda undi untuk janda atau ibu tunggal yang paling hangat?

P.S: Mesti si Rizal tengah menghantukkan kepalanya ke dinding sebab menyesal ceraikan si Nora Danish. Mana nak cari perempuan yang boleh maintain body sebijik macam sebelum mengandung.

(LAGI GAMBAR)Majlis Cukur Jambul Anak Nora Danish

Tuesday, March 24th, 2009

majlis cukur jambul anak nora danish

Seperti yang dijanjikan, lagi gambar terbaru anak Nora Danish, Putera Rayqal Ramli semasa majlis cukur jambul. Terlupa pulak nak beritahu yang bekas suami Nora Danish, si Rizal pun ada jugak semasa majlis tersebut.

Sila baca artikel ini sepenuhnya untuk menilai sendiri siapa yang lebih comel, anak Nora Danish atau Nora Danish. Kami perlukan pendapat anda kerana terlalu sukar bagi kami untuk membuat pilihan.

(more…)