Written by AbangNara | December 22nd, 2013

Tahniah diucapkan kepada pemain bola sepak kebangsaan, Safee Sali yang telah sah bergelar suami kepada Sasha. Untuk makluman, Sasha berasal dari Indonesia, Majlis pernikahan telah berlangsung semalam, 21 Disember kira-kira jam 10.20 pagi secara sederhana di rumah pengantin perempuan.

safee sali nikah

Majlis resepsi sebelah pengantin lelaki akan diadakan pada 28 Disember 2013 di Kampung Dato Kamaruddin Tambahan, Bidor, Perak. Semoga perkahwinan Safee dan Sasha berkekalan sehingga ke akhir hayat. Beberapa lagi gambar pengantin baru ini dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Instagram FeverPictures.

 
Written by AbangNara | December 9th, 2013

Tahniah diucapkan buat pemain bola sepak kebangsaan, Safee Sali yang bakal mengakhiri zaman dudanya dengan seorang wanita warga Indonesia. Majlis perkahwinan sebelah pihak lelaki bakal berlangsung pada 28 Disember ini. Safee sebelum ini pernah berkahwin dengan Sabarina Yusoff pada tahun 2007 dan bercerai pada 2012 dengan 2 orang anak hasil perkahwinan tersebut.

safee sali dan isteri

Di dalam kad kahwin yang telah tersebar, nama bakal isteri Safee Sali ialah Sasha. Memang padan sekali. Safee & Sasha. Muka pun ada iras. Semoga perkahwinan kali ini berkekalan sehingga ke akhir hayat.

safee sali dan isteri

Jutaan tahniah diucapkan buat Safee dan Sasha atas berita gembira ini. Semoga dengan perkahwinan ini, kehidupan Safee akan lebih teratur dan tenang sekaligus meningkatkan mutu permainannya di atas padang. Tahniah Safee dan Sasha!!!