Written by AbangNara | December 11th, 2013

Dengan hanya sekali lafaz, akhirnya termeterailah ikatan suami isteri di antara Zain Saidin, 29 tahun dan Rozita Che Wan, 40 tahun. Bertempat di Gazebo Setia City Convention Centre, majlis pernikahan telah berlangsung kira-kira jam 9.10 malam tadi. Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada mereka berdua atas masjid yang dibina ini.
gambar pernikahan rozita che wanRozita Che Wan telah diwalikan oleh adiknya Roshidi Che Wan dan menerima 9 peti hantaran wang hantaran dalam bentuk cek berjumlah RM23,200, mas kahwin RM9,300 dan juga cincin nikah bernilai RM93,000. Selain itu, peti hantaran tersebut turut mengandungi telekung dan sejadah, set minyak wangi, beg tangan, sepersalinan kain, kasut, sirih junjung, telefon bimbit dan cincin.
gambar pernikahan rozita che wanSebelum majlis akad nikah bermula, cincin pertunangan telah disarungkan oleh ibu Zain iaitu Siti Aishah Abdullah. Pihak lelaki pula menerima sebanyak sembilan peti hantaran berupa baju Melayu, kemeja-T, kasut, beg dan tali pinggang, sirih junjung, set minyak wangi, gelang tangan dan jam serta cincin.
gambar pernikahan rozita che wanChe Ta turut menggayakan barangan kemas pertama delima terdiri daripada tiara berlian, dua bentuk cincin, sepasang anting-anting labuh, rantai leher dan dua pasang rantai tangan bernilai RM6.5 juta tajaan Habib Jewels. Apa pun, sama-samalah kita doakan agar perkahwinan Zain dan Rozita berkekalan sehingga ke akhir hayat dan diserikan dengan kehadiran cahaya mata. Tahniah!!! Kredit gambar Ikram Ismail dan CarlosNizam.

Written by AbangNara | December 6th, 2013

Wow. Tengok kad kahwin pun dah terasa betapa “grand“nya majlis perkahwinan Rozita Che Wan dan Zain Saidin yang bakal berlangsung pada 11.12.13 ini. Mesti Che Ta dan Zain tengah berdebar-debar tahap tertinggi punya. Lebih-lebih lagi Zain yang bakal melafazkan akad untuk menjadikan Che Ta miliknya secara halal.

kad kahwin rozita che wan dan zain

Cantik kan? Nampak klasik sangat-sangat. Semoga majlis perkahwinan Che Ta dan Zain akan berjalan lancar seperti yang dirancang kelak. Sama-samalah kita doakan. Buat Zain, jangan lupa prektis akad nikah anda. Jangan cuak bro!!! Hehee.

P.S: Kerajaan teruskan AES kerana yakin berjaya kurangkan kesalahan trafik

 

 

Written by AbangNara | November 26th, 2013

Fantastic! Marvelous! Beautiful! Romantic! Itulah perasaan yang Abang Nara rasakan apabila menatap gambar-gambar pra perkahwinan Rozita Che Wan dan Zain Saidin yang telah dibidik oleh Annas Easkey. Menggunakan latar belakang keindahan kota Paris dan pulau Bali, kecantikan Che Ta dan kekacakan Zain memang tidak boleh dinafikan lagi.

rozita che wan

Daripada sinar mata Zain dan senyuman mereka berdua menatap Che Ta, Abang Nara boleh bayangkan betapa dalamnya cinta bakal pengantin ini. Memang kedua-duanya sama cantik sama padan. Abang Nara paling jeles apabila melihat gambar Che Ta dipayungi Eiffel Tower. Awesome sangat-sangat!!!

rozita che wan

Tak sabar rasanya untuk melihat lebih banyak gambar mereka berdua dikongsikan oleh Annas Easkey. Kalau anda sudah jatuh cinta dengan hasil karya Annas, bolehlah ikutinya di Instagram Annas Easkey dan Facebook Annas Easkey. Lagi beberapa keping gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

rozita che wan

 

P.S: Baru lepas melahirkan anak? Sering kepenatan kerana berpantang sambil menjaga si comel anda? Cubalah ambil set pantang + ESP Shaklee yang pasti akan menambah tenaga dan juga susu badan anda. Kalau tak pasti mana yang terbaik, boleh LIKE Facebook Doktor Vitamin Anda dan tanyakan pendapat mereka yang pakar. Kalau nak lebih cepat, Whatsapp sahaja ke 013-217 8267

 
Written by AbangNara | October 1st, 2013

Tak tahulah pula Abang Nara jika ada pihak yang terasa apabila tidak dijemput ke majlis merisik Zain Saidin dan Rozita Che Wan. Bagi Abang Nara, tak perlulah terasa. Majlis merisik je kot. Kalau majlis tunang atau pernikahan tak dijemput, yang itu wajar terasa. Lagipun majlis merisik memang biasanya ahli keluarga sahaja yang hadir.

che ta merisik

Apa pun Abang Nara kagum dengan kerendahan hati Zain Saidin yang memohon maaf kepada mana-mana pihak yang terasa hati tidak dijemput ke majlis tersebut. Kata Zain kepada Mstar Online:-

Saya memohon maaf kepada mana-mana pihak termasuklah kawan-kawan artis, rakan-rakan media atau sesiapa sahaja yang berkecil hati kerana saya tidak menjemput mereka. Saya nak jelaskan, ia hanya majlis merisik. Bukan bertunang. Hanya keluarga terdekat sahaja yang hadir

Zain juga turut menjelaskan bahawa majlis merisik ini nampak meriah kerana banyak tajaan yang diterima. Cuma lokasi sahaja yang perlu dibayar olehnya. Alhamdulillah. Inilah rezeki orang nak mendirikan masjid. Kata Zain lagi:-

Saya buat majlis itu selepas dapat ‘sponser’ melainkan dewan sahaja (bayar). Saya berjanji, pada majlis bertunang dan nikah yang akan diadakan serentak pada Disember depan, saya dan Rozita akan membuat jemputan rasmi

che ta merisik

Tak sabar pula Abang Nara nak melihat majlis pertunangan dan pernikahan Zain dan Che Ta. Rasa-rasa ada ke nama Abang Nara dalam senarai jemputan. Harap-harap adalah. Nak tengok dengan mata sendiri betapa cantiknya Che Ta di hari bahagianya itu. Beberapa lagi gambar sekitar majlis merisik Zain dan Che Ta dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Instagram Annas Easkey.