Written by AbangNara | December 11th, 2013

Dengan hanya sekali lafaz, akhirnya termeterailah ikatan suami isteri di antara Zain Saidin, 29 tahun dan Rozita Che Wan, 40 tahun. Bertempat di Gazebo Setia City Convention Centre, majlis pernikahan telah berlangsung kira-kira jam 9.10 malam tadi. Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada mereka berdua atas masjid yang dibina ini.
gambar pernikahan rozita che wanRozita Che Wan telah diwalikan oleh adiknya Roshidi Che Wan dan menerima 9 peti hantaran wang hantaran dalam bentuk cek berjumlah RM23,200, mas kahwin RM9,300 dan juga cincin nikah bernilai RM93,000. Selain itu, peti hantaran tersebut turut mengandungi telekung dan sejadah, set minyak wangi, beg tangan, sepersalinan kain, kasut, sirih junjung, telefon bimbit dan cincin.
gambar pernikahan rozita che wanSebelum majlis akad nikah bermula, cincin pertunangan telah disarungkan oleh ibu Zain iaitu Siti Aishah Abdullah. Pihak lelaki pula menerima sebanyak sembilan peti hantaran berupa baju Melayu, kemeja-T, kasut, beg dan tali pinggang, sirih junjung, set minyak wangi, gelang tangan dan jam serta cincin.
gambar pernikahan rozita che wanChe Ta turut menggayakan barangan kemas pertama delima terdiri daripada tiara berlian, dua bentuk cincin, sepasang anting-anting labuh, rantai leher dan dua pasang rantai tangan bernilai RM6.5 juta tajaan Habib Jewels. Apa pun, sama-samalah kita doakan agar perkahwinan Zain dan Rozita berkekalan sehingga ke akhir hayat dan diserikan dengan kehadiran cahaya mata. Tahniah!!! Kredit gambar Ikram Ismail dan CarlosNizam.

104 responses to (TAHNIAH)Rozita Che Wan & Zain Saidin Kini Suami Isteri Dengan Sekali Lafaz

  1. mumia mesir says:

    Agak2 antara chet ta n ninasabri sape yg prgnnt dl…

  2. feyus says:

    Waaa. makin cute kak ta ni. dah macam anak dara plak.
    Daftar Streamyx & UniFi Di Sini

  3. mak c kina says:

    tiara miss universe konon nye…sori la che ta,wrong story…

  4. observer says:

    perbandingan antara perkahwinan che ta & Jovianina.
    personally saya rasa jovianina lebih elegant dan boleh dinobatkan as wedding of the year. tak salahkan cik ta, kasihan melihat mangsa tajaan. kalau dilihat kepada artis2 yg ditaja, mmg gah je lebih berjuta2 tapi tak nampak mcm rega berjuta pun, cthnya wedding norman & memey dulu. yg herannya cik ta ni muka sepesen je posing tak natural lgsg. kenapa kah cik ta ku sayang? cuba senyum, kan ke cantik. peace!

  5. tengah tepi says:

    yg kutuk dengki sbb kawen xde org nak taja mcm che ta,..rezeki kawen ni bkn sllu..biorlah kt dia nk grand ker x.. dah org taja dia..lau org derma ank yatim org diam2 jer x heboh..xkn nk paksa org derma..ustaz pun nak tegur biar jgn smpi aibkan org..

  6. Nok-Nok-Nok says:

    Hellooooooooooooooo…

    Biar Nok jelas kan secara Berilmiah disini-.
    Perkara Pertama yang Kita kena tahu adalah KONSEP PENAJAAN… kan dari awal dah dibagitau perkahwinan tu DITAJA. Kita kena la faham bahawa kenapa Penaja tu nak Taja… Ianya konsep pengiklanan dan matlamat Penaja adalah untuk orang ramai kenal jenama diaorang dan produk diaorang..!!

    Kita sebenarnye yang KELIRU. Yang meng-war2 kan nilai juta2 tu adalah pihak Penaja dan juga Media.. Dalam konsep Kahwin Taja ni, Ianya ibarat Che’ Ta jadi DUTA jenama diaorang untuk jangka masa pendek.. Kalau nak kata Riak tu, itu sangat subjektif sebab Nok pernah diberitahu oleh seorang cikgu, Orang perempuan kalau memakai barang kemas, tak banyak mesti ada sedikit rasa riak dalam hati.
    So, Nok hanya aggap Che Ta Tak riak, mungkin sekadar bangga dalam hati..

    Kita Mengomen dan memandang negatif tapi dalam masa yang sama kita MENAFIKAN kita dengki atau iri hati.. Itu terpulang pada pengomen sendiri. Nok rasa lebih baik kita doa benda baik2 jer kat pengantin ni..

    Next time., cuba fikir dulu sebelum bercakap atau mengomen. Penulisan kita adalah cerminan peribadi kita..

    Daaaaaaaaaaaaa….

  7. beruk says:

    islam sangat menyukai wasatiah.
    yg ingin diraih adalah berkat, bukan nak tunjuk hebat.

  8. luke says:

    Salam abang Nara. Selalu dalam tajuk letak nikah sekali lafaz macam ada sesuatu yg bernilai dengan sekali lafaz terima nikah. Terima akad nikah tu sebenarnya mudah. Tak perlu sekali nafas pun atau sekali lafaz.konsepnya ialah jawapan mengakui terima nikah tu. Maaflah kerana bagi komen ni. Tapi bagi yg faham pasti akan tersenyum kerana tiada keperluan atau keafdalan untuk sekali lafaz dalam pernikahan. Harap sedikit info ni boleh bantu orang Islam cari maklumat yg benar dan buat perkara ikut asas ilmu yg betul bukan ikutan semata.

  9. […] (TAHNIAH)Rozita Che Wan & Zain Saidin Kini Suami Isteri Dengan Sekali Lafaz (102) […]

  10. baby busyuk says:

    oii!~ bnyak gile pondan dlam mjlis che’ ta n zain ny weyhh!