Written by serenity | May 9th, 2013

Beberapa hari ini agak kecoh juga di laman Internet apabila timbul desas desus yang pelakon dan pengamal perubatan Islam Ashraf Muslim akan berkahwin untuk kali kedua dengan seorang wanita bernama Wan Sakinah.

Kami telah menerima kiriman e-mel dari pembaca BeautifulNara.com yang enggan dikenali mendakwa gambar-gambar yang dikepilkan olehnya ialah Wan Sakinah yang dikatakan akan berkahwin dengan Ashraf dengan kebenaran isteri pertamanya Noor Dayana Lokman.


Menurut penghantar e-mel, Wan Sakinah ialah seorang krew produksi di sebuah stesen televisyen swasta untuk sebuah rancangan bual bicara yang popular di Malaysia.

Kebenaran dakwaan ini tidak dapat dipastikan, namun sekiranya benar dan dan ada kebenaran dari isteri pertama apa salahnya bukan. Kalau tak silap, pernikahan Asyraf dan Noor Dayana berlangsung pada Ogos 2011 dan sudah setahun  setengah mereka melayari bahtera perkahwinan.

Sementara itu melalui laman Twitternya, Ashraf telah memberi reaksi mengenai laporan akhbar Harian Metro mengandungi kenyataan dari Wan Sakinah:

Salam semua. Luahan hati. Makin lama makin ramai yang suka melemparkan fitnah demi kepentingan masing-masing. Ingat kita ada Allah.

Makin banyak fitnah dilemparkan yg direka-reka oleh wartawan Harian Metro. Semoga Allah memberkati kamu. Ingat kita ada Allah.

Tidak dapat dipastikan apa maksud sebenar Ashraf Muslim mengenai ‘fitnah’ yang didakwanya. Apa pun mari kita doakan semoga penyelesaian terbaik akan dicapai oleh pihak-pihak terlibat.


/>

Written by serenity | May 6th, 2013

Satu lagi filem yang diadaptasi dari novel cinta popular ialah Pilot Cafe. Novel asal ditulis oleh Ahadiat Akashah dan pelakon-pelakon utama filem ini ialah pelakon kacak Fahrin Ahmad serta heroin popular Izara Aishah dan Neelofa.




Buat masa ini filem ini sedang dalam proses penggambaran. Diarahkan oleh pengarah Osman Ali, mampukah filem ini untuk mencatat kutipan memberangsangkan seperti filem adaptasi novel yang juga diarahkan oleh Osman Ali iaitu Ombak Rindu?

Trivia filem ini, watak utama yang dipegang oleh Fahrin Ahmad pada asalnya dikatakan akan dibawakan oleh aktor kacak Aaron Aziz. Namun mungkin masih belum ada rezeki untuk menyaksikan gandingan Aaron dan Izara Aishah. Kalau dua pelakon ini bergandingan pasti meletup. Fahrin Ahmad memegang watak lelaki utama bernama Kapten Ameer Reza, Izara memegang watak Maya manakala Neelofa memegang watak Sharmila.

Antara pelakon lain yang membintangi filem ini ialah Datuk Eizlan Yusuf, Keith Foo, Azad Jazmin dan ramai lagi. Secara ringkasnya, filem ini mengisahkan tentang percintaan yang berputik di sebuah kafe.

Lagi 19 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar Facebook Pilot Cafe.


Jangan lupa ke Karnival Seni Kreatif Kita pada 11 dan 12 Mei ini di Bukit Layang-layang, Pasir Gudang, Johor. Karnival dibuka dari 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Bermacam-macam aktiviti menarik antaranya pameran, demonstrasi seni pertahanan diri Capoeira, persembahan kebudayaan, persembahan komedi “Lawak Ke Der” dan bermacam-macam lagi. Boleh bawa tikar dan makanan sambil berpiknik kita bersantai seni. Jom ramai-ramai!

 
Written by serenity | April 13th, 2013

Pukul 1.36 petang semalam,  anak lelaki Datuk Lee Chong Wei dan Datin Wong Mew Choo iaitu Kingston telah dilahirkan secara caesarian di Hospital Gleneagles Jalan Ampang dengan selamat.


Berat Kingston ialah 3.4 kg. Chong Wei berharap Kingston akan membawa tuah kepadanya dalam mengejar gelaran di kejohanan badminton dunia. Dia yang teruja dengan kelahiran bayinya berkata akan menjaga Kingston, walaupun di waktu malam. Sumber berita asal The Star.

***

Marilah berkunjung ke Bazar Seni Industri Budaya Kebangsaan pada 13 dan 14 April 2013 (Sabtu dan Ahad). Pelbagai pertandingan seperti Dam Aji Gergasi, Catur Gergasi, Kompang Berformasi, pertandingan breakdance, dan pertandingan mewarna bagi kanak-kanak bakal dilaksanakan. Hadiah menarik menanti anda. Sambil berkunjung anda juga boleh bersantai seni.

Borang penyertaan secara percuma boleh didapati di khemah urus setia mulai jam 2.00 petang di perkarangan Panggung Bandar raya, Jalan Raja, Kuala Lumpur. Mari kita ke sana! Dibawakan khas untuk anda oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN)!

Written by serenity | April 12th, 2013

Neelofa dan fesyen rekaan Syaiful Baharim sememangnya serasi, bagai melengkapi. Diketahui juga Syaiful telah beberapa kali menggayakan Neelofa untuk beberapa majlis besar, yang terbaru Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2012 di mana juara Dewi Remaja 2010 itu tampil dengan gaun rona keemasan untuk tema ledakan geometri yang…meledak.



Mungkin nanti ada yang komen kami biased pada orang Kelantan kerana menampilkan Neelofa di sini untuk ke sekian kali (sedangkan kebenarannya kami berasal dari negeri Perak), atau kami ada skandal dengan Neelofa (itu lagi dangkal, kerana kami seorang perempuan). Kamu boleh kata apa saja, kebenarannya hanya kami yang tahu. Neelofa ditampilkan kerana dia cantik, popular dan mampu menarik minat pembaca ke BeautifulNara.

Dan selagi dia popular dan relevan maka dia akan terus ditampilkan di blog ini. Eat your hearts out.

Sekiranya anda berminat dengan rekaan Syaiful yang ringkas tetapi polos dan elegan ini, sila ke www.syaifulbaharim.com untuk maklumat lanjut bagi cara membeli pakaian rekaan beliau.

Lagi 17 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar We Love Neelofa.

***