Written by AbangNara | April 18th, 2013

Kelmarin,  Datuk Seri Najib Razak telah mengadakan satu pertemuan dengan artis-artis Malaysia. Di dalam pertemuan tersebut, Najib telah menjanjikan pembelaan daripada segi pemilikan rumah PR1MA dan kad Diskaun Rakyat 1Malaysia(KDR1M) kepada golongan artis Malaysia.

najib artis

Salah seorang yang telah hadir ke majlis ini ialah Datuk Aznil Haji Nawawi. Sebelum ini, Datuk Aznil secara terbuka menerusi Twitter telah menyatakan sokongannya terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Razak. Menurut Paknil, pembelaan seperti ini sememangnya dinantikan oleh artis Malaysia. Kata Paknil menerusi Harian Metro:-

Tindakan pantas yang diambil Perdana Menteri menunjukkan beliau sangat prihatin terhadap anak seni seperti kami dan tahu keadaan serta keperitan dialami selain tidak mahu mengambil masa lama untuk menyelesaikannya. Kita anak seni seharusnya mengambil iktibar supaya tidak mempunyai fikiran kedua atau ketiga untuk meneruskan kesinambungan pemerintahan sedia ada sebab kita tidak tahu mungkin kuasa yang ingin mengambil alih kepimpinan tiada “track record” seperti ini. (Najib) sudah menunjukkan prestasinya dan tak perlu berfikir panjang, rekod bersih dan cepat inilah yang sememangnya dinanti anak seni.

paknil
Walaupun mendapat pelbagai kecaman di Twitter kerana menyatakan pendirian politiknya, Abang Nara respek dengan keberanian Paknil. Setiap orang mempunyai pendapat masing-masing. Inilah keindahan negara demokrasi. Yang penting, jangan lupa jalankan tanggungjawab keluar mengundi pada 5 Mei ini.

P.S: Nak Lihat Testimoni Pengguna SkinRich Orang Melayu? KLIK GAMBAR INI

Written by AbangNara | February 1st, 2013

Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada Aznil Haji Nawawi atau lebih dikenali dengan nama Pak Nil atas kurniaan darjah Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran “Datuk”. Memang Pak Nil layak menerima penghargaan ini.

datul aznil

Istiadat penganugerahan akan diadakan di Istana Negara, Jalan Duta & akan disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah hari ini. Kurniaan pangkat kebesaran ini adalah sempena Hari Wilayah Persekutuan. Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada Datuk Aznil atas berita gembira ini.

P.S: Bandar Itali yang menyegarkan mata memandang.

Written by AbangNara | August 3rd, 2012

Nampaknya tahap keselamatan di Malaysia semakin hari semakin rendah. Kalau baca Harian Metro, pasti akan ada kes rompak, rogol, samun dan sebagainya setiap hari. Terbaru, Kosmo melaporkan yang rumah Aznil Haji Nawawi telah digeledah perompak kira-kira jam 10 malam menyebabkan kerugian RM40,000.

rumah paknil dirompak

Ketika kejadian, Paknil tiada di rumah namun ibu dan amahnya berada di tempat kejadian. Syukur sebab tiada sesiapa yang dicederakan oleh si perompak. Antara barangan yang dilaporkan hilang ialah cincin, gelang emas, anting-anting dan rantai kaki. Semoga Paknil tabah dengan ujian yang diberikan di dalam bulan Ramadhan ini.

vco cantik

P.S: Gile hebat perubahan yang dialami HANYA selepas sebulan mengamalkan pemakanan Catalyst VCO Softgel + Collagen. Jerawat, jeragat dan semua masalah muka terus hilang. Wajah berseri-seri bak bulan purnama. Lebih banyak testimonial di website Cantik BeautifulNara. Untuk tempahan dan pertanyaan, emailkan ke lorongsetia8@gmail.com.