July 21st, 2020

Akui ‘terasa’ dengan teguran Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai sikap segelintir masyaarakat yang mula mengabaikan amalan ‘new normal’ dalam kehidupan, pengacara dan penyanyi Datuk Aznil Nawawi mengambil jalan sendiri ketika muncul dalam persembahan secara ‘live’ di sebuah program televisyen.

Aznil Haji Nawawi yang lebih mesra disapa sebagai Pak Nil dilaporkan terus menukar pakaian mewah kepada pakaian Personal Protective Equipment (PPE) dan telah menggunakan pelindung muka semasa membuat persembahan secara langsung di TV3.

“Mulanya Pak Nil nak pakai baju jenama Emporio Armani untuk program Muzik-Muzik (TV3) malam ni. Tapi selepas pengumuman perdana menteri mengenai kelonggaran kita menjaga operasi standard (SOP) sebab kita masih dalam PKPP, Pak NIl terus tukar plan dan pakai PPE ke studio semasa buat persembahan lagu Apo,”

Dia juga telah berkongsi mengenai perkara itu di laman instagram miliknya. Dalam pada itu, Pak Nil turut memuat naik beberapa keping foto sepanjang dia sedang mengadakan persembahan.

View this post on Instagram

#skuadkebaikanmilo @milo_malaysia @yayasanpesona

A post shared by Datuk Aznil Hj Nawawi (@aznilnawawihm) on

 Aznil yang hadir dalam usaha mempromosikan lagu terbaharunya bertajuk Apo itu turut sempat menyumbang beberapa pelitup hidung, mulut dan muka kepada kru penerbitan yang bertugas pada malam itu.

Terdahulu, Perdana Menteri Malaysia telah tampil dalam memberikan perutusan khas mengenai kebimbangan beliau terhadap kemunculan 13 kluster baru jangkitan COVID-19 sepanjang tempoh PKPP yang masih dilaksanakan kini.

Sumber : mStar Online


Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...