Koreografer Terkenal Ahmad Kassan Meninggal Dunia Di Singapura

Hiburan

Koreografer Terkenal Ahmad Kassan Meninggal Dunia Di Singapura

Menerusi satu hantaran di Instagram, pengacara terkenal Datuk Aznil Hj Nawawi ada memaklumkan satu khabar duka mengenai pemergian jurulatih dan koreografer tarian terkenal iaitu Ahmad Kassan yang dilaporkan meninggal dunia.

Aznil menyampaikan berita sedih itu menerusi satu video yang dimuat naik di Instagram untuk pengetahuan peminat.

Advertisement

Saya baru dapat berita perkhabaran duka tentang pemergian sahabat Pak Nil, Allahyarham Ahmad Kassan yang merupakan nadi kuat dalam program Macam Macam Aznil suatu ketika dahulu.

Beliau dikhabarkan meninggal dunia di Singapura. Saya dah lama tak berhubung dengan dia. Saya cuma dapat perkhabaran tentang diri dia melalui posting dia di Facebook, Instagram. Baru sebentar saya menerima khabar duka bahawa beliau telah kembali ke rahmatullah.

Pengacara itu juga memohon doa daripada orang ramai dan berharap roh Ahmad Kassan dicucuri rahmat dan dikumpulkan bersama orang-orang yang soleh dan beriman.

Sekadar info, Ahmad Kassan sememangnya dikenali dengan imejnya yang ceria dan periang selain diminati ketika kemunculannya dalam program-program TV seperti Macam Macam Aznil dan banyak lagi.

Ahmad KassanSumber : Google  

Bukan sahaja orang dewasa, malah kanak-kanak turut mengingati imej Ahmad Kassan dan para penari yang sering membawa fesyen unik dan berwarna warni ketika membuat persembahan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Raymond Goh
8 months ago

Kritikal Di Hospital Akibat Komplikasi Jantung, Doakan Mohd Zaman Goh - "Tengok Nightline Sebab Dia Je"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...