Blog Hiburan Sensasi Dan Terkini Tentang Artis Malaysia

Luahan Hati Seorang Peminat Hiburan Malaysia

Wednesday, February 24th, 2010

email icon small

Semalam kami ada menerima satu kiriman email yang menarik dari seorang peminat hiburan tanah air kita. Izinkan kami untuk berkongsi luahan hati seseorang itu. Sesungguhnya apa yang ditulis oleh si pengirim email ini adalah juga apa yang terbuku di hati kami. Namanya terpaksa kami rahsiakan untuk langkah-langkah keselamatan.

Harap jika ada pihak artis yang membaca ini, renung-renungkanlah ya. Dan kalau anda ada benda nak tambah, sila jangan malu-malu untuk memberi pandangan di ruangan komen.

Salam. Saya cuma nak berikan pendapat tentang satu perkara yang saya fikirkan tentang golongan artis ini. Apabila ada org atau sesiapa sahaja yang membuat tahana atau penganiayaan terhadap mereka, selalu saja ayat ini akan keluar “Biarlah.itu antara mereka dan Tuhan”. atau pun “Asalkan Tuhan tahu niat saya, itu sudah memadai”.

Kenapa bila tiba tentang perkara awak dizalimi, awak akan kaitkan Tuhan utk membalas perbuatan jahat org tu?. Kenapa tak kaitkan dengan pemakaian awak,cara bergaul awak, halal haram awak. Saya sangat sedih melihat artis melayu ini, peminat punyalah menyokong kerjaya mereka tetapi balasannya ditunjukkan dgn contoh yang tidak elok pula.

Bukannya tidak boleh bersosial tetapi kita boleh saja berseronok tanpa mengambil arak, berpelukan dan menjaga pemakaian. Mereka tidak pernah melihat diri sendiri tetapi cuma mahu mengaitkan Allah dengan orang lain.

Bila pakai baju nmpk separuh dada bg yg perempuan, mini skirt muat-muat punggung, peluk sana sini, pergi clubbing tonggeng botol arak dan hisap rokok,itu tak mahu dikaitkan dengan Tuhan kah? Tak malu ke kita pada Tuhan untuk membalas perbuatan jahat org lain sedangkan diri kita pun lebih kurang sama saja dengan mereka?

Ya Allah..niat saya..moga dibuka kan pintu hati mereka ini oleh Allah swt. Maaf andai terkasar bahasa. Yang kurang dari saya, sempurnanya dari Allah swt.

Wassalam.

P.S: Jika anda berminat untuk meluahkan apa yang terbuku di hati tentang artis Malaysia, terus hantar email kepada kami di borakartis @ gmail.com. Jika email anda menarik kami akan siarkan untuk tatapan ramai.

(GOSIP)Artis Realiti TV Bermata Galak Bakal Berkahwin Dengan Datuk?

Friday, February 12th, 2010

kawin datuk

Kami rasa kami tau siapa tapi disebabkan sekarang musim zaman-menyaman, kami rasa takut nak bubuh nama artis yang terlibat nie.  Ini adalah gosip yang dikeluarkan oleh Harian Metro semalam. Kami dah boldkan beberapa hint yang penting.

Terbaru, artis kecil molek bermata galak yang khabarnya sedang sibuk membuat persiapan perkahwinan dengan seseorang berstatus Datuk.

Menurut seorang teman rapat SS, artis wanita yang lahir dari program realiti popular dan sempat membintangi sebuah filem ini merancang mengakhiri zaman daranya sekitar pertengahan tahun ini.

Namun, apa yang mengejutkan SS, artis wanita yang sememangnya memiliki wajah kesayangan mentua kerana penampilannya yang sopan, khabarnya tidak kisah hidup bermadu.

Kalau tidak silap sebagaimana dimaklumkan teman rapat SS tadi, artis wanita itu mungkin isteri ketiga atau keempat Datuk yang dimaksudkan.

Kalau betullah artis yang dimaksudkan di atas adalah artis yang kami teka (rasanya anda semua pun dah leh teka sapa kot), memang kami kecewa sangat-sangat. Kenapa nak berkahwin dengan suami orang? Takkanlah tak ada ada anak teruna kat Malaysia nie dah. Dah la hidup bermadu pulak tue. Bukannya tak boleh tapi …. Faham-fahamlah sendiri.

Adakah artis Malaysia sekarang nie lebih mementingkan kekayaan dari segi harta benda daripada kebahagiaan hidup? Pening kepala kami. Tapi kalau benar-benar jatuh cinta, dapat restu isteri-isteri lain, kawin ajerlah. Tunggu la nanti keluar ayat klise “Dah jodoh saya“. Menyampah I ~~~

P.S: Gambar di atas sekadar gambar hiasan, tidak ada kaitan dengan gosip ini.

P.P.S: Rasanya dulu artis realiti TV nie pernah dikaitkan dengan suami orang. Tapi dia dah nafikan dah. Kita tunggu penafian gosip yang nie pulak.

(KUIZ)Siapakah Artis Wanita Bertudung Ini?

Friday, November 20th, 2009

artis

Rasanya semua orang tau kot sapa artis kat gambar atas tue tapi nak suruh gak korang teka. Teka jangan tak teka.

(GAMBAR)Liyana Farah Suradi

Thursday, November 19th, 2009

liyana farah suradi

Akhirnya dapat gak kami tahu nama pelakon Awan Dania nie. Liyana Farah Suradi rupanya nama diberi. Cantik dan indah betul namanya. Kalau korang terlupa siapa dia nie, cuba tengok  gambar Liyana Farah Suradi diraba di dalam kolam renang oleh seorang lelaki yang agak rakus riak mukanya.

Semalam tengah check-check email adalah seorang pembaca BeautifulNara yang hantarkan gambar-gambar si artis yang kurang popular ini. Katanya diambik dari Facebook Farah Liyana Suradi sendiri. Bila tengok betul-betul rasanya memang gambar-gambar yang dihantar tue tak lain tak bukan memang gambar minah nie. Wow, seksi agak terlampau jugak.

Kesian kami kat artis-artis wanita yang suam-suam kuku nie. Bukan dia nie sorang je tapi berapa ramai lagi yang terpaksa berseksi meksi untuk mengfemeskan diri. Kalau tak seksi memang compem tak dapat tawaran berlakon dari direktor-direktor. Tengok macam Lisa Surihani dan Scha Al Yahya. Tak perlu nak gambar dalam kolam renang, tak perlu nak belah sana belah sini sebab memang ada bakat dan pakej untuk terus maju.

Lagi gambar Farah Liyana Suradi dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

P.S: Anda suka dengan barangan dari Korea tak? Cuba ushar kat VanityMask punya website. Macam-macam barangan berkualiti dari Korea yang diorang jual. Kualiti terjamin, penghantaran pantas dan yang paling penting murah beb ~~

(more…)

Zaidi Omar Terlibat Dalam Kemalangan Maut

Friday, November 6th, 2009

zaidi omar

Sila jangan salah tafsir tajuk di atas. Zaidi Omar masih hidup ye. Cuma dia terlibat dengan kemalangan yang menyebabkan seorang pemandu motosikal mati di tempat kejadian. Masa tue Zaidi tengah bawak kereta BMW 5 Series dia kat MRR2 bila tetiba je mangsa datang dari arah bertentangan. Tue yang terlanggar sampai mati tue.

Rupa-rupanya mangsa yang bawak motor tue try taknak kantoi dengan road-block polis. Itu yang dia terjah je pergi jalan sebelah. Malang sememangnya tak berbau bila mangsa melayang kira-kira 15 meter dan terhantuk kepala. Terus mati di tempat kejadian. Mungkin tak pakai helmet kot?

Apa-apa pun takziah buat mangsa dan jugak buat Zaidi Omar. Mesti masih dalam trauma sebab tue bila ada media try nak contact dia tak dapat. Berhati-hatilah semasa memandu kenderaan anda. Lebih-lebih lagi skang nie kalau petang je mesti hujan. Memang membahayakan.

Kalau nak baca berita penuh versi Berita Harian, sila baca artikel ini sepenuhnya.

(more…)