#TriviaNara – (FOTO) 31 Tahun Berlalu, Pemergian ‘Elvis Malaysia’ Allahyarham Sudirman Dalam Kenangan

Hiburan

#TriviaNara – (FOTO) 31 Tahun Berlalu, Pemergian ‘Elvis Malaysia’ Allahyarham Sudirman Dalam Kenangan

Tarikh 22 Februari pastinya menjadi sejarah buat industri hiburan tanah air kerana 31 tahun dahulu, sebutir bintang lagenda yang dikenali sebagai Datuk Sudirman Haji Arshad telah meninggal dunia.

Jom kita susuri kisah Allahyarham Sudirman dan trivia-trivia menarik mengenai lagenda industri seni nyanyian Malaysia ini.

Advertisement

Dilahirkan pada 25 Mei 1954

SudirmanSumber : Google  

Pemilik nama penuh Sudirman bin Arshad ini dibesarkan di Pahang dan telah mula menunjukkan minat mendalam terhadap bidang muzik sejak usianya masih muda.

Sering menyanyi untuk ahli keluarga dan jiran-jiran, Sudirman memulakan kerjayanya dalam bidang muzik apabila dia dinobatkan sebagai juara Bintang RTM pada Ogos 1976.

Kalau anda nak tahu, Sudirman memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Undang-Undang dan juga berkebolehan sebagai seorang penggubah lagu, penulis, pengarang buku kanak-kanak, kartunis, usahawan dan juga pernah bergelar pelakon.

Penghibur Nombor 1 Asia

SudirmanSumber : Google  

Ketika di puncak populariti, Sudirman digelar sebagai penghibur milik masyarakat, seniman rakyat dan juga ‘Elvis’ Malaysia. 16 tahun berkecimpung dalam dunia seni, beliau telah berjaya merakamkan 15 album studio, 52 album kompilasi selain memenangi pelbagai anugerah tempatan dan antarabangsa.

Sudirman juga merupakan artis tempatan pertama yang berupaya mengadakan konsert di Royal Albert Hall, London pada tahun 1989.

Konsert gergasi percuma di Jalan Chow Kit

Sudirman jalan chow kitSumber : Google  

Allahyarham Sudirman pernah mengadakan konsert berskala besar secara percuma di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur pada tahun 1986. Sekitar 100 ribu warga kota telah hadir dan antara lagu ikonik yang dinyanyikan oleh beliau adalah Chow Kit Road! selain momen istimewa apabila beliau mengakhiri persembahan dengan lagu patriotik sambil memakai bendera Malaysia.

Air tin Sudi

Sudirman pernah menubuhkan perusahaan yang diberi nama Sudirman Usaha Dagang Industri (SUDI) Sdn Bhd dan telah mengeluarkan minuman tin berkarbonat berjenama SUDI.

Air Tin SudiSumber : Google  

Hadir dengan tiga perisa iaitu Kola, Oren & Lemonade, tin minuman SUDI turut dihiasi dengan wajah Sudirman selain bahan makanan lain seperti sardin, santan, koktel dan mi segera di bawah jenama yang sama.

Namun, perusahaan Sudirman itu tidak bertahan lama setelah beliau jatuh sakit dan perniagaannya juga terpaksa ditutup sekitar tahun 1991.

Perkahwinan dan Perceraian

Allahyarham Sudirman telah berkahwin dengan kekasih hatinya sejak kecil yang dikenali sebagai Kamariah ‘Kay’ Jamaluddin (1981) namun bercerai 3 tahun kemudian.

Sudirman isteri kaySumber : Google  

Gara-gara terlalu kecewa dengan perpisahan itu, Sudirman merakam rasa duka dan sedihnya dalam beberapa buah lagu seperti Terasing, Merisik Khabar dan Setiamu Tiada Lagi (nyanyian Ibnor Riza).

Beliau juga mengambil seorang anak angkat bernama Suraj Kumar bagi mengisi kekosongan jiwanya kerana Sudirman enggan bernikah untuk kali kedua.

Sudirman Suraj KumarSumber : Google  

Sakit dan Kematian

Allahyarham Sudirman telah meninggal dunia pada 22 Februari 1922 ketika berusia 37 tahun di rumah kakaknya, Datin Rodziah yang berlokasi di Kuala Lumpur setelah 7 bulan menghidap penyakit radang paru-paru.

Berita kematian sudirmanSumber : Google  

Terdapat pelbagai khabar angin yang menghiasi dada-dada akhbar mengenai sebab dan punca beliau sakit namun ketika Sudirman dirawat  di satu lokasi rahsia oleh ahli keluarganya, beliau berkata:

Tolong beritahu mereka (peminat dan rakan media), kalau sayangkan saya, jangan datang tengok saya.

Allahyarham Sudirman Haji Arshad (25 Mei 1954 – 22 Februari 1992)

1 year ago

#TriviaNara - Kisah Giulia Tofana, Cipta Alat Mekap 'Beracun' Untuk Bantu Beratus Isteri 'Hapuskan' Suami Jahat

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...