Dikejarkan Ke Hospital, Ako Mustapha Dirawat Di Bahagian Kecemasan

Hiburan

Dikejarkan Ke Hospital, Ako Mustapha Dirawat Di Bahagian Kecemasan

Isteri kepada Ako Mustapha memberitahu bahawa pelakon itu dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur dan kini sedang dirawat di bahagian kecemasan.

Melalui caption yang dimuat naik di akaun Instagram milik Ako, isterinya, Kartina Shuaib berharap agar orang ramai mendoakan suaminya supaya diberikan kesembuhan.

Advertisement

Selain itu, Tina juga meminta peminat-peminat untuk terus berdoa agar segala urusan untuk mereka sekeluarga dapat dipermudahkan oleh Allah SWT.

Walau bagaimanapun, tiada sebarang informasi yang diberikan oleh Tina tentang sebab mengapa suaminya dimasukkan ke hospital.

Perkongsian itu mendapat perhatian netizen dan majoriti mendoakan agar Ako Mustapha cepat sembuh daripada penyakit yang dihadapi.

Sekadar informasi, Ako dan Kartina Shuaib mendirikan rumah tangga pada 17 Januari 2009 dan dikurniakan empat orang cahaya mata.

Selain itu, kami juga kongsikan artikel trending pada pautan di bawah:

2 minggu lalu

(VIDEO) "Dia Pulak Yang Ceraikan..." - Watak Erra Lafaz Talak 3 Dekat Suami Dapat Perhatian Penonton

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...