Written by AbangNara | April 17th, 2013

Alang-alang sudah bercerita mengenai Neelofa di bawah, apa kata Abang Nara sambung sedikit mengenai Neelofa dan ABPBH2012. Secara jujur, Abang Nara agak kecewa atas kegagalan Neelofa merangkul sebarang anugerah walaupun tercalon sehingga 4 kategori.

neelofa
Walaupun tewas, Neelofa tidak terkilan dan mengakui yang bukan rezekinya kali ini untuk menang. Kata Neelofa:-

Lofa tidak ada rasa kecewa sebab kita tahu yang kak Fara pernah menang sebelum ini. Bagi Lofa, peminat Lofa dah cuba yang terbaik. Mungkin Lofa perlu masa untuk perbaiki pengacaraan Lofa. Atau mungkin belum masanya Lofa menang. Lofa tak merajuk dan mungkin itu bukan rezeki

neelofa

Salah satu kontroversi yang berlaku di ABPBH2012 ialah reaksi Tasha Shilla yang dikatakan “over” ketika mengumumkan kemenangan Fara Fauzana. Apabila ditanya mengenai hal ini, Neelofa memberitahu yang dia tidak melihat apa yang telah terjadi. Kata Neelofa:-

Sejujurnya Lofa tak tengok reaksi Tasha ketika tu sebab Lofa tengah bersedia di belakang pentas untuk catwalk. Keesokan harinya, kak Fara Fauzana menghubungi saya dan bertanya, “adik, awak okay dengan Tasha Shilla?” Lofa tanya, kenapa pula? Kemudian kak Fara kata, Tasha tak sepatutnya buat reaksi macam tu… dia tak tahu ker kita ni baik. Lofa cakap, “takper, biarlah”. Lofa langsung tak tengok bagaimana reaksi dia ketika itu dan Lofa cuma ada tengok komen-komen di Instagram yang mengatakan dia berlaku biadap dan Lofa tak mahu bersuara apa-apa. Bagi Lofa, Lofa tetap hormati dia.

neelofa

Sikap sebegini harus dipuji dan patut diamalkan oleh setiap insan. Kalau tak berjaya, usaha lebih keras lagi. Dan tak perlu membesar-besarkan perkara yang remeh. Kepada Neelofa, teruskan usaha anda. Tingkatkan lagi mutu lakonan dan pengacaraan. Moga suatu hari nanti bakat anda akan diakui orang ramai.

Written by AbangNara | April 16th, 2013

Susulan keluhan peminat Adi Putra yang mempertikaikan jumlah undian yang diterima oleh pelakon ini di ABPBH2012, empunya badan telah memaklumkan yang dia enggan lagi dicalonkan di dalam ABPBH untuk menjaga hati peminatnya.

adi putra

Berkata kepada portal GUA, Adi Putra memberitahu langkah ini diambil untuk mengurangkan pertikaian akibat pengiraan undi. Kata Adi Putra:-

Saya tidak ada apa-apa komen kerana itu merupakan keputusan yang telah saya buat. Dapat dilihat di Twitter ramai yang mempertikaikan jumlah undian ABPBH 2012 dan saya mengambil pendekatan ini untuk mengurangkan pertikaian

adi putraIni sebenarnya satu langkah yang bijak juga. Daripada setiap tahun terus menerus timbul rasa tidak puas hati, lebih baik tak tercalon terus. Apa pun, rezeki di tangan Allah. Jadi mana tahu satu hari nanti Adi Putra terbuka hati untuk dicalonkan kembali dan tiba-tiba menang pulak. Siapa tahu kan?

Written by AbangNara | April 11th, 2013

Ok Abang Nara janji ini yang terakhir perkongsian gambar-gambar sekitar malam ABPBH2012 dilakukan. Lepas ini tak ada lagi dah kecuali kalau ada special request daripada anda. Abang Nara pasti kehangatan ABPBH pun dah suam-suam sekarang ini.

zarul

Persembahan paling mantap bagi Abang Nara ialah nyanyian daripada kumpulan zaman 90 an dulu. Abang Nara paling suka dengan lagu nyanyian Zarul Umbrella, Ramalanku Benar Belaka. Memang syahdu. Kalau anda tak tahu, Zarul ada blog di www.zarulumbrella.com. Bolehlah ushar kalau free.

Memang Abang Nara satu family turut sama berkaraoke ketika mereka menyampaikan lagu masing-masing. Teringat kenangan zaman muda-muda dulu. Hehehe. Lagi 54 keping gambar sekitar ABPBH2012 dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar Ryaniez Moments Photograhy.

 
Written by AbangNara | April 10th, 2013

Abang Nara sebenarnya turut terkejut apabila Zizan gagal memenangi Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian 2012. Seperti yang anda tahu, Abang Nara meramal yang Zizan akan membawa pulang trofi tersebut. Sayangnya, undian tidak mencukupi dan trofi itu menjadi milik Shaheizy Sam.

zizan

Berkata kepada portal Murai, Zizan mengakui dirinya agak terkilan kerana tidak memenangi anugerah tersebut. Memang layak untuk Zizan kecewa kerana tahun 2012 namanya memang meletup-letup. Hampir kesemua filem lakonannya berjaya dan popularitinya memang mencanak naik. Kata Zizan:-

Memang saya berharap untuk menang. Itu pun kerana saya mahu hadiahkan kejayaan itu kepada peminat yang bertungkus lumus mengundi dan menyokong. Adalah sedikit rasa terkilan, kerana apa yang diniatkan dari awal itu tak dapat ditunaikan.Tetapi seperi semua sedia maklum, ini adalah anugerah berdasarkan undian. Untuk peminat saya yang memang tidak jemu menyokong, InsyaAllah saya akan adakan sedikit majlis sebagai penghargaan buat mereka agar mereka terus menyokong karier Zizan Razak

zizan

Abang Nara respek Zizan kerana walaupun kalah, dia tetap akan mengadakan majlis penghargaan buat peminatnya. Itu memang satu langkah terpuji. Mungkin kali ini bukan rezeki Zizan. Boleh cuba lagi tahun hadapan. Hidup Zizan!!!

P.S: Lagi video gaduh budak sekolah