Written by AbangNara | December 31st, 2012

Sebentar sahaja lagi, tahun 2012 akan melabuhkan tirainya. Kami di BeautifulNara, mengharapkan agar tahun 2013 yang bakal menjelma akan membawa lebih banyak kegembiraan, kebahagiaan dan keceriaan dalam hidup anda.

2013

Untuk menutup tirai 2012, Abang Nara ingin berkongsi dengan anda beberapa perkara menarik tentang BeautifulNara sepanjang tahun 2012. Mari kita mulakan dengan 10 artikel yang paling mendapat perhatian daripada anda semua sepanjang tahun ini.

Tahun 2012 juga menyaksikan BeautifulNara berada di kedudukan pertama untuk “Google Most Searched Blog”. Ini satu peningkatan kerana pada tahun 2011, BeautifulNara berada di kedudukan kedua. Tahniah juga diucapkan kepada rakan-rakan blogger lain yang berjaya memasuki carta Top 10 ini.

beautifulnara

Selain itu, jumlah pelawat BeautifulNara pada tahun 2012 sangat-sangat memberangsangkan. Jika pada tahun 2011 menyaksikan hanya sekitar 63 juta pageview, tahun 2012 angka tersebut melonjak kepada 309 juta. Apa pun yang paling mengharukan ialah jumlah “returning visitor” yang mencecah hampir 80%.

beautifulnara

Lebih membanggakan ialah BeautifulNara merupakan laman web Malaysia yang ke 10 paling ramai dilawati berdasarkan statistik yang dikeluarkan sekitar bulan Mac 2012. Bertanding dengan nama-nama besar seperti The Star, Harian Metro dan Utusan, ini satu pencapaian yang sangat-sangat memberangsangkan untuk sebuah blog.
beautifulnaraDi kesempatan ini, kami ingin mengambil kesempatan memohon ampun dan maaf sekiranya ada salah silap sepanjang tahun 2012. Nantikan lebih banyak kejutan untuk anda (terutamanya pembaca setia BeautifulNara) pada tahun 2013 kelak. Teruskan membaca, teruskan memberi sokongan dan teruskan melayari BeautifulNara pada tahun hadapan. Terima kasih!!!

Written by AbangNara | November 19th, 2012

Dah tengok belum video-video yang Abang Nara kongsikan sempena Project Listen oleh Prudential? Apa? Belum lagi? Penat tau Abang Nara rakamkan video ini khas untuk anda semua. Siap pakai make up lagi nak nampak lebih ensem!!!.

listen prudential

Silalah ke laman web www.projectlisten.com.my untuk mengetahui kisah penuh tentang diri Abang Nara yang kacak lagi bergaya ini.

Written by AbangNara | November 12th, 2012

Sedar tak sedar sudah 4 tahun rupanya Abang Nara menulis di BeautifulNara ini. Dengan hanya 100 pembaca sehari pada tahun 2008, kini BeautifulNara adalah 10 daripada laman web Malaysia yang paling banyak dilawati.

BEAUTIFULNARA

Pertengahan tahun 2012, Abang Nara mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan memberikan 100% fokus terhadap BeautifulNara. Senang cerita, Abang Nara kini ialah full time blogger. Nampak macam seronok kerana bekerja sendiri, tetapi hakikatnya agak sukar lebih-lebih kini Abang Nara sudah pun bergelar seorang ayah.

beautifulnara

Kadang-kadang bila nak update blog, si anak tiba-tiba buat muka manja nak berdukung. Bila idea datang, si anak menangis nakkan susu. Wife Abang Nara sekarang ini pula tiada di rumah sebab tengah menjalani kursus kerja selama 3 bulan. Memang kelam kabut dibuatnya.

BEAUTIFULNARA

Ketika si anak sudah tidur, Abang Nara dengan pantasnya akan update berita terkini untuk pembaca BeautifulNara. Abang Nara cuba menulis dengan gaya santai untuk menghiburkan pembaca. Kadang-kadang cuba buat lawak untuk membuatkan anda tergelak. Abang Nara cuba yang terbaik untuk anda semua.

beautifulnara

Kadang-kadang penat juga kerana terpaksa menapis komen-komen melampau yang ditulis oleh pembaca BeautifulNara. Ditambah pula dengan email-email daripada orang tidak dikenali yang berkongsi pendapat tentang industri hiburan negara. Semuanya Abang Nara baca dan kongsikan di BeautifulNara sekiranya bersesuaian.

BEAUTIFULNARA

Selalunya jemputan ke majlis-majlis tertentu pun terpaksa tidak pergi kerana komitmen terhadap keluarga. Bukan sombong, cuma anak masih kecil dan masih perlu diberikan perhatian sepenuhnya. Diharap tiada yang salah sangka. Mana yang sempat hadir, akan Abang Nara pergi jika keadaan mengizinkan.

BEAUTIFULNARA

Inilah sedikit sebanyak cerita tentang kehidupan Abang Nara sebagai seorang full time blogger. Masih baru dan masih banyak yang kena dipelajari. Abang Nara dah kongsikan cerita ini di www.projectlisten.com.my. Kongsikan cerita anda di sana juga!!!

Written by AbangNara | November 9th, 2012

Memenangi anugerah Best Entertainment Blog di Nuffnang Blog Awards 2011 ialah kemuncak kepuasan menjadi seorang blogger. Terasa masa yang digunakan untuk menulis sangat berbaloi.

blogger

Pasti ada yang tertanya-tanya best sangat ke jadi blogger ini? Ikuti kisah Abang Nara sebagai seorang full time blogger di laman web www.projectlisten.com.my untuk mengetahuinya sendiri.