Syura Terkilan Bekas Suami Dedah Kisah Rumah Tangga

Hiburan

Syura Terkilan Bekas Suami Dedah Kisah Rumah Tangga

Pendedahan bekas suami Mohd Fadhly iaitu bekas suami Syura yang mendakwa  penyanyi itu mula lupa diri selepas menjadi juara Master Chef Selebriti Malaysia dan mendesak untuk bercerai membuatkan beberapa pihak mula memandang serong kepada Syura.

Enggan memberikan sebarang komen mengenai kenyataan bekas suaminya sebelum ini kerana tertekan dan merasa serabut, Syura yang kini sudah lebih tenang mengakui merasa terkilan dengan Fadhly yang membuka “aib” rumah tangga mereka.

Advertisement

Saya nak ‘berterima kasih’ sangat-sangat kepada bekas suami kerana mula membuka aib rumah tangga sendiri. Saya diam bukan untuk mengiyakan atau menafikan tetapi tidak mahu memalukan mana-mana pihak. Apatah lagi keluarga bekas suami adalah saudara saya sendiri kerana Fadhly merupakan sepupu rapat. Kalau saya mula bercerita, bukan sahaja dia, tetapi seluruh keluarga kami akan terasa kesannya. Biarlah saya pendam sahaja demi menjaga kebaikan semua.

Mengenai tuduhan Fadhly yang beliau lupa diri selepas bergelar juara, Syura bagaimanapun tidak mahu mengulas lebih lanjut mengenainya.

Sudah agak lama sebenarnya kami hidup berasingan, tetapi disebabkan masih berstatus suami dan isteri, saya diamkan sahaja tanpa memberi sebarang komen walaupun ramai telah menyedari perpisahan kami. Puncanya biar kami sahajalah yang mengetahuinya.

Fadhly dalam kenyataan beliau juga ada mengaku bahawa beliau masih sayangkan Syura dan berharap agar satu hari nanti mereka dapat bersama semula. Ditanya mengenai hasrat bekas suaminya itu, Syura menjelaskan beliau sudah selesa hidup sendiri dan beberapa perkara yang terjadi antara mereka sebelum ini agak mustahil untuk kedua-duanya kembali  sebagai suami isteri.

Bukan sekali, tetapi dua kali berlakunya perpisahan antara kami. Jelas di situ memang sukar untuk kami kembali bersama. Saya pun sudah terbiasa dengan keadaan seperti sekarang ini dan semakin selesa. Lagipun, hubungan kami masih baik demi anak-anak.

Selepas ini harapnya baik Mohd Fadhly mahupun Syura tidak lagi bercerita mengenai rumah tangga mereka kepada pihak media.  Ia untuk kebaikan semua orang agar tiada pihak yang makan hati atau terasa.

Sumber Berita: Utusan Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...