Written by AbangNara | September 1st, 2014

Menarik penjelasan daripada Ustaz Kazim Elias mengenai perkahwinan Ramli MS dan Alyah. Secara umum, ramai orang (termasuk Abang Nara) mengkritik tindakan komposer terkenal ini yang telah menyorok pernikahannya dengan Alyah selama setahun. Hanya baru-baru ini apabila diserbu oleh JAIS barulah status perkahwinan mereka terbongkar. Untuk makluman, mereka berdua telah disatukan sebagai suami isteri di Batam, Indonesia.

kazim elias

Secara asasnya, perkahwinan di dalam Islam perlu diwar-war dan dihebahkan walaupun dengan seekor kambing sahaja. Namun penjelasan daripada Ustaz Kazim Elias ini menunjukkan bahawa perbuatan menyorok pernikahan daripada umum yang telah dilakukan oleh Ramli MS adalah tidak salah. Kata Ustaz Kazim Elias:-

Sebenarnya, perkahwinan kita sunat untuk diwar-warkan dan dengan itu kita juga disunatkan membuat kenduri walaupun dengan seekor kambing sahaja.

Ini bererti, seekor kambing itu cukup untuk keluarga terdekat sahaja dan sekiranya pasangan itu enggan memberitahu kepada umum, itu hak mereka. Yang penting, perkahwinan itu sah dan keluarga terdekat sudah tahu

Malah perbuatan Alyah yang selama ini tidak mengiyakan perkahwinannya dengan Ramli MS juga dibenarkan di dalam Islam. Terang Ustaz Kazim Elias lagi:-

Tak payahlah nak hentam pasangan itu. Mereka tidak bersalah, malah ada hak mahu merahsiakan perkahwinan itu.

Selain itu, menafikan pernikahan kepada umum juga tidak akan jatuh talak sebaliknya ia dipanggil kategori Kinayah.

Bagaimanapun, bagi pihak Ramli mahupun Alyah pula, mereka pun tidak perlu melatah kerana menjadi normal sebagai selebriti, masyarakat mahu tahu semua mengenai mereka

alyah

Hari ini Abang Nara belajar benda baru selepas membaca penerangan Ustaz Kazim Elias ini. Rupa-rupanya perbuatan Ramli MS dan Alyah tidak salah dari segi agama. Selama ini pemahaman Abang Nara silap. Terima kasih kepada Ustaz Kazim atas penerangan ini. Semoga pembaca BeautifulNara tidak lagi menyalahkan Ramli MS dan Alyah kerana perbuatan mereka selama ini. Sumber Mstar Online.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

39 responses to Sorok Nikah, Perbuatan Ramli MS & Alyah Tak Salah – Ustaz Kazim Elias

  1. dina says:

    salah lah tu kalau sampai JAIS kena serbu rumah sbb dah buat orang lain buruk sangka dan menggalakkan fitnah. pastu kena denda lagi.
    Please dont encourage people this way ya…. dah kahwin jangan sorok sbb takut jugak si lelaki pi ayat pompuan lain kata bujang lagi….

    0

    0
    • tak salah seban JAIS serbu pun puas hati yg mereka sah kawin. yg denda tu pun dgn authority je, dgn Allah mereka dah buat benda yg betul. patutnya kita concern pada pasangan yg belum kawin tapi lagak melebih2 mcm dah confirm….

      0

      0
      • minah jambu idop umno ! merah biru says:

        memang la dorang buat perkara yg betol ngan Allah…hanye Allah saje yg mengetahui segala Nye..tapi manusia tau ke segala Nye ? babtu jadi manusia jangan suka tipu tipu Allah pon tk suka paham !

        0

        0
        • minah, cuba bezakan antara berahsia dgn tipu. diorg tak tipu cuma merahsiakan. itu hak diorg. ko sapa nak amik tau? sedara pun bukan. jgn nak jadi sibuk boleh? kalau perangai cam minah memang la Malaysia tak maju. sibuk hal org lain, diri sendiri tercicir.

          0

          0
      • One Direction says:

        ustaz BN: perkahwinan boleh jer di rahsiakan…kalau nafi x jatuh talak pun.
        ustaz PAS: perkahwinan wajib di hebahkan…kalau nafi boleh jatuh talak.

        yang mana satu yang betul ni ????

        0

        0
        • One Direction yg jahil, sila baca sampai habis: Pendakwah dan penceramah terkenal, Ustaz Kazim Elias hari ini memaklumkan tindakan Datuk Ramli MS & isterinya, Alyah menyembunyikan perkahwinan mereka tidak salah daripada segi Islam asalkan ia diketahui keluarga kedua dua belah pihak.“Sebenarnya, perkahwinan kita sunat untuk diwar-warkan dan dengan itu kita juga disunatkan membuat kenduri walaupun dengan seekor kambing sahaja””“Ini bererti, seekor kambing pun cukup untuk keluarga terdekat sahaja dan sekiranya pasangan itu enggan memberitahu kepada umum, itu hak mereka. Yang penting, perkahwinan itu sah dan keluarga terdekat sudah tahu,“ ujar Ustaz Kazim kepada mStar Online.BACA: Ramli MS, Alyah Akan Adakan Resepsi Tertutup Hujung September IniUstaz Kazim menambah yang orang ramai mahu pun pihak media tidak perlu terlalu bersungguh menyalahkan pasangan itu kerana mereka mungkin ada sebab-sebabtertentu apabila tidak mahu mendedahkan perkahwinan tersebut kepada umum.“Tak payahlah nak hentam pasangan itu. Mereka tidak bersalah, malah ada hak mahu merahsiakan perkahwinan itu. Bagaimanapun, bagi pihak Ramli mahupun Alyah pula, mereka pun tidak perlu melatah kerana menjadi normal sebagai selebriti, masyarakat mahu tahu semua mengenai mereka,“ tambahnya lagi mengulas tentang isu ini.

          0

          0
    • Anonymous says:

      ngko nak puaskan hati manusia ke atau Allah? siapa yang penting? sibuk sgt dgn buruk sangka orang, buruk sangka Allah dgn pengumpat2 seperti kamu ni kamu x kesah pule??? dunia akhir zaman mcm ni laaa

      0

      0
      • mekD says:

        mekD hanya mampu tersenyum sinis dengan komen anda semua. hahahaa… mekD gemar ketenangan sambil melahap kentang goreng…mmmm…nyum nyum…

        0

        0
  2. yg kecoh sgt tu memang jahil agama.

    0

    0
    • minah jambu idop umno ! merah biru says:

      bukan nk kepo n bukan nk kecohhhh kalau tknk peminat ambek tau dudok aje kt batam sana diam2 !! bila bercakap pandai pulak kate > tmpa peminat sapeee lah saya < bila peminat nk ambek tau atau peminat kepo sikit pandai pulak nk cakap peminat kepo n kecoh podah !!

      0

      0
      • Anonymous says:

        Haha da menang you all allll allll keponya masyallah..,.

        Konon nya nak cari salah orangla pada siapa yg inform
        JAIS. Ah amek kau Ustaz da explain baru ternganga .

        Dengan Ustaz jgn main you all especially the kepos like minah jambu

        0

        0
        • mee kari says:

          Memang tak salah. Tu semua orang tahu. Tapi terbuka la ruang utk orang buat assumption alyah bini no 2 la… keluar tak restu la… kesian alyah kene tangung macam2. Thats not a nice thing to put ur wife through sedangkan tugas suami lindungi n jaga maruah isteri die.

          0

          0
        • Anonymous says:

          jangan kate minah jambu saje yg kepo ..sape2 yg masok kt blog nara komen pasal ramli ni semua kepo !! kalau tknk kepo jangan masok kt blog n komen pasal ramli ok dh paham ?????? bagos huhu bwekkkkkk !! hahahahahahaha..

          0

          0
        • minah jambu idop umno ! merah biru says:

          eh lupa pulak minah jambu nk letak nama tadi kt komen minah jambu yg kt atas…Al maklom lah minah jambu lapar belom makannnnnnn..

          0

          0
  3. […] Sorok Nikah, Perbuatan Ramli MS & Alyah Tak Salah – Ustaz Kazim Elias (3) […]

    0

    0
  4. minah jambu idop umno ! merah biru says:

    helo ustaz kazim sayanggggggggggggggggggggg kite bukan Nye nk hentam dorang dua niiiii cuma kite nk tau aje kenape dorang sembunyikn pernikahan dorangggg…pernikahan ni kan perkara yg baik kenape nk di sembunyiknnnn ? dh tentu Nye kite sebagai peminat tk sikit sebanyak akan pikir yg bukan2 sampai timbol Nye fitnah ustaz kazim sayang oiiiiiiii…! nikah kt batam pulak tu …Malaysia nk gi Thailand kn dekat kenape kt batam ustaz kazim ? memang la dia pakai duit ringit Malaysia tkan duit Thailand pulak kan …helo ustaz kazim u kalau tk bermisai lagiiiiiiii hensem lov uuuuuuuuuuuuu muah !! 9 + 2 brape ? = ni semua bang nara punye pasal …

    0

    0
    • Anonymous says:

      Orang malaysia ni emosiii melebih2. Berjuta lagi rakyat malaysia ni terang2 berkapel berkepit sana sini terang2. Tengok adik beradik, kawan2, sedara mara kat kelililng tu. Bersepah berkepit jantan betina. Tu yang org patot risau. Ni menyibukkkkk je hal org lain. Kes2 yg jarang berlaku jugak yg korang kepohkan. Bila ustaz cakap takpe, nak melawan cakap ustaz pulak. Kalau setakat belajar agama time pendidikan islam sekolah rendah n menengah je tak payah melawan cakap ustaz.

      0

      0
      • minah jambu idop umno ! merah biru says:

        oi helo ! kite tk cakap yg cakap ustaz tu salahhh kan ustaz kazim dh cakap tk salah kalau sembunyi kan pernikahan ! minah jambu ada cakap yg cakap ustaz tu salah tak ha ?? bongok betol orang cakap ape dia cakap ape bodoh nk mampos !!

        0

        0
        • minah, Lantak la dia tak nak hebohkan ke apa. Nanti banyak belanjanya. Lepas tu ada yang bergaduh berebut nak taja sana taja sini. Lepas tu TV pulak nak hak esklusif penyiaran. Semua tu makan masa. Sedangkan jadual mereka berdua padat. Lagi, malas nak layan soalan2 bodoh wartawan kat press conference. “Macam mana boleh kenal?” “Jumpa kat mana?””Hantaran berapa?” “Apakah sifat yang buat hati tu terpikat?” “Apakah kebaikan dia?” “Apa keburukan dia?” Bla bla bla…and all other nonsense. Ambil contoh perkahwinan Lisa Surihani, Awal Ashaari dan Rozita Che Wan. Ada yang puji, tak kurang yang mengutuk. So lebih baik dia dua orang ni buat senyap sudah. Janji family dan sanak saudara tahu. Lu orang sapa yang nak sibuk menentukan perlu sorok atau perlu hebah. Sekadar nak tahu tu namanya busybody. Pihak JAIS datang sebab ada orang lapor. Kononnya nak bongkar hal sebenar mereka berdua. So dah bongkar apa lagi nak? Ada si pembongkar jadi jutawan? Tak jugak kan. Hidup kita semua tetap berterusan macam biasa. Takde perubahan pun. Kesimpulannya…rileks la. Itu yang ustaz tu cuba sampaikan. Tak payah nak melatah atas perkara yang sikit pun tak menyusahkan hidup kita. Sekian.

          0

          0
      • yer ker says:

        to anon 1:13pm
        dorang ni duduk berdua dalam rumah tapi x tahu status apa…mesti lah orang syak benda bukan2. Kalau kau… jiran lelaki kau bawak balik perempuan…kau tengok jer ker dengan alasan “jangan sibuk hal orang”. gitu ?

        0

        0
        • itu jiran ke namanya? maaf cakap. jiran jenis camtu melambak kat kl ni. masa time gotong royong dia ilang. setahun sekali baru bertegur. memang la jiran camni tak patut tau pun org kawin tak kawin sebab tak pernah bertanya, tau2 terus nak repOT JAIS. last2 malu sendiri.

          0

          0
  5. cik wan kembang says:

    Mesti ada sebab kenapa disorokkan. Cuma x paham kenapa ramai yg emosi.. kita x duduk tempat diorang jd kita x tau apa yg nereka hadapi. Doa yg baik2 sudah…. org kata x yah la nak mami jarum sangat…esok2 x tau pulak nnti jd kat kita. Sekian.

    0

    0
  6. minah jambu idop umno ! merah biru says:

    lain kali kalau tknk peminat2 kepo jangan jadi artis jangan jadi penyanyi jangan jadi pelakon dudok rumah aje kire bulu huh !!

    0

    0
    • minah, kau ni memang la gelap hati dan bodoh bertingkat2. kalaupun dia artis, yg perlu ko sibukkan ialah kerjaya dia, bukan peribadi dia. hal peribadi mcm kawen sedara mara dah tau. setel. lu sapa nk amik tau minah? lu ada bayar khemah kawin dia ke?

      0

      0
  7. Lara says:

    Hikmah disbealik semua ni.. kita semua terbuka mata supaya tak cepat menghukum orang, atau lebih baik tak payah nak sibuk sangat intai dalam rumah orang, better kita tegah maksiat yang jelas dan nyata depan mata ni liko those perempit gangster dan kapel muda2 berpeluk sakan di khalayak. ada berani?

    0

    0
  8. mak non says:

    Klu ikutkn kne bgtau sbb nk elakkan fitnah..apepun mgkin ade sbb peribadi sbb tu dirahsiakn…so kite ni jgn jatuh hukum klu x arif dlm hal2 sebegini

    0

    0
  9. mee kari says:

    Memang tak salah. Tu semua orang tahu. Tapi terbuka la ruang utk orang buat assumption alyah bini no 2 la… keluar tak restu la… kesian alyah kene tangung macam2. Thats not a nice thing to put ur wife through sedangkan tugas suami lindungi n jaga maruah isteri die.

    0

    0
  10. anon says:

    Kalau dah kawin kenapa nak sorok pulak…. ..benda baik, bagi tau je lah kat semua org. Tak paham aku. Tapi dari gaya bahasa si ramli, mcm seorg yg cerewet. Hai tak tau lah berapa lama si Alyah ni blh tahan hidup dgn org mcm ni.

    0

    0
  11. Cz says:

    Tak pyh sibuk2 hal rumah tangga org…tingkatkan amal soleh jga rumah tangga masing2…Subahnnallah manusia akhir zaman.

    0

    0
  12. the adams says:

    Memang kelakar lah komen2 BN hehe.. boleh pulak nak tnya apasal sorok? Kalau diarong bgitau korg pulak ckp, ade aku kesah.. dh rahsia kn korg ckp boleh jdi fitnah.. tahap penyibuk 200%

    0

    0
  13. minah jambu idop umno ! merah biru says:

    nasib baik JAIS gi serbu kalau tidakkkkkkkk dorang maseh tknk kasitau dorang dua ni laki bini…ada pompan kawin lagi tua dari ramli ni tkde pe pon ok2 je kawin kasitauuuu lagiiii…

    0

    0
  14. hairul azreeng says:

    ~Hari ini Abang Nara belajar benda baru selepas membaca penerangan Ustaz Kazim Elias ini. Rupa-rupanya perbuatan Ramli MS dan Alyah tidak salah dari segi agama. Selama ini pemahaman Abang Nara silap. Terima kasih kepada Ustaz Kazim atas penerangan ini. Semoga pembaca BeautifulNara tidak lagi menyalahkan Ramli MS dan Alyah kerana perbuatan mereka selama ini~

    kelakar la abg nara ni..perli sungguh ye? hihihihh

    0

    0
  15. ntahpape says:

    nara, bdosa besar tau klu melaga2kan dan membelit kenyataan. dah sah2 kat situ Ustad cakap “Ini bererti, seekor kambing itu cukup untuk keluarga terdekat sahaja dan sekiranya pasangan itu enggan memberitahu kepada umum, itu hak mereka. Yang penting, perkahwinan itu sah dan keluarga terdekat sudah tahu”

    nara sekolah cukup tingkat ke?? u punya tgjwb sebagai blogger utk MENDIDIK pembaca u, bukannya semberono nk kasi ayat belit. apa ni? sesama Islam pun da penyakit mcm nieh???

    0

    0
  16. binjai says:

    mmg tak salah nk sorok nikah tp rsnye zmn fitnah skrg ni seelok-eloknya bgtau..bkn ape,bl tak bgtau jd camni laa…boleh membuat org pkr y bkn2,dan boleh jd fitnah..kkdg kt tak boleh nk salahkan org y buat citer,y ske pikir bukan2 sbb kita sndri y mengundang fitnah itu..so,klu tak nk org buat fitnah bg je laa tau..abis citer..bl org tnye,jwb xperlu nk nafikan..mmg laa war2 kan perkahwinan itu sunat tp ianya sunat muaqad..sunat y dituntut..sunat ni kan de byk jenis..lain kali bljr feqh munakahat kasi abis dl yee ramli n alyah..

    0

    0
  17. Akusebatangkara says:

    Pelik ngan si ramlims ni, dah tua2 pun bingai..lebih baik datin eina, baru 19years old lg matang buat decision. Dah tua tak yah la nak menyalak…ko rasa ko tak salah yg menyalak padahal..

    0

    0
  18. ms propa says:

    Takde budget nak buat majlis kahwin..

    0

    0
  19. noni says:

    Perkahwinan wajib diwar2kan bukan? sunat?

    0

    0
  20. […] Sorok Nikah, Perbuatan Ramli MS & Alyah Tak Salah – Ustaz Kazim Elias (37) […]

    0

    0
  21. KB says:

    assalam…
    izin celah.
    kadang kita kena fikir jauh.
    maaf, ini boleh jadi masalah sosial.
    orang yg persoal sbb memahami…
    1. kalau betul keluarga setuju, nikah di malaysia pun xde masalah kan?
    2. kalau mcm ni akan jadi ikutan anak muda lain, asal x lepas kawen kat malaysia, lari kawen kat luar.
    3. tak faham, kawen luar elak fitnah, atau tambahkan fitnah…

    UKE, sgt baik tutup aib org…

    0

    0