Written by Bella | May 10th, 2017

Semalam, pasangan Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin telah menimang cahaya mata lelaki pertama mereka. Baru sahaja bergelar bapa, pasti Sam juga merasa cukup teruja.  Pelakon filem Polis Evo itu akui beliau terlalu seronok sehingga menjenguk anaknya setiap lima minit di wad penjagaan bayi.

Alhamdulillah, Syatilla selamat melahirkan bayi lelaki pagi tadi menerusi pembedahan. Sam sangat bersyukur kepada Allah kerana kedua-duanya selamat. Isteri bagaimanapun perlu berehat kerana masih lemah.  Mungkin kerana Sam sendiri sukakan budak, jadi setiap lima minit sekali Sam akan menjenguk anak di wad jagaan bayi.

Buat masa ini, Sam dan Syatilla masih belum memikirkan nama yang sesuai untuk anak lelaki mereka.

Sementara itu Sam juga berkata beliau dan isteri tidak mempunyai sebarang halangan untuk berkongsi gambar anak mereka bersama peminat.

Sam tak kisah nak kongsi atau menunjukkan gambar anak kerana kami memang ingin berkongsi kegembiraan bersama peminat. Sam juga tidak mempunyai masalah untuk mewujudkan akaun Instagram khas untuk anak kami nanti.

Siapa yang tidak seronok dan gembira bila bergelar ibu dan bapa, lebih-lebih lagi ketika cahaya mata sulung dilahirkan. Kami harap tidak lama lagi, Sam dan Syatilla dapat berkongsi wajah anak mereka bersama peminat. Ramai dah tak sabar hendak melihat kecomelan bayi mereka.

Sumber Berita : BH ONLINE

PENGALAMAN HIDUP ANDA AMAT BERPOTENSI UNTUK MENGUBAH HIDUP ORANG LAIN. KLIK DI SINI UNTUK MAKLUMAT LANJUT!

9 responses to Shaheizy Sam Kongsi Rasa Teruja Selepas Timang Cahaya Mata Pertama

  1. nok gebuzzz says:

    ye la….tahniah2…

    1

    0
  2. susher says:

    dh ada contoh anak bole buat duit & byr tax silakan…makpak lenggang ikut anak keje…patutnya anak lenggang ikut makpak keje…pelik aku!!!

    2

    0
  3. Anonymous says:

    alhamdulillah…ibu dan baby selamat. moga kehidupan sam dan isteri serta anak bertambah murah rezeki..ceria dan bahagia..aminnn.

    1

    0
  4. Mami says:

    sepital kt malaysia ni dibenarkan ke pakai makeup ala2 nk gi gala dinner waktu nk beranak..setahu aku..kalu kt negeri lain sepital dorang strict..pakai bedak pun kalau boleh tkle..

    4

    0
    • Anna says:

      Betul tu …tu yang hairan tu … Habis clean di suruhnya mandi segalanye …. Agaknya ni sama hospital yang ratu kokdiang tu beranak kot .

      4

      0
    • cik kunt says:

      sepital swasta dapat kot makcik. dah die bayor beribu mau tak sepital x bagi..ye dok? sepital gomen mmg tak le

      2

      0
      • Anna says:

        Ooi tok chik ….org cakap private hospital la ngok …atas sbb sbb infections ke apa ke … Aku beranak pun bayar berbelas ribu gak ..dok first class gak …kau ingat artist saja ke mampu beranak kat private hospital .

        2

        0

Leave a Comment

Optional